Search

10 Tempat Menarik Di Bandung Yang Rugi Kalau Anda Tak Pergi

Tempat Menarik Di Bandung. Bandung merupakan ibu kota bagi wilayah Jawa Barat, Indonesia. Sebagai ibu kota yang terletak di tengah-tengah wilayah, lokasinya mempunyai nilai yang strategik kepada daerah-daerah di sekitarnya.
Disebabkan lokasinya di dataran tinggi, Bandung terkenal kerana iklim sederhana dan kerana itu ia telah menjadi salah satu destinasi pelancongan yang popular.
Bagi mereka yang berhasrat untuk melancong ke Bandung, WOM.my senaraikan beberapa tempat-tempat menarik di Bandung bagi memudahkan anda merancang aktiviti percutian.
Tempat-Tempat Menarik di Bandung
1. Gunung Tangkuban Parahu
Tempat Menarik Di Bandung - women online magazine 3
Tangkuban Parahu merupakan sebuah gunung berapi yang menjadi tarikan pelancongan utama di Bandung. Ia boleh dikatakan sebagai tempat pelancongan yang wajib dikunjungi bagi mereka yang tiba di Bandung.
Gunung ini terletak kira-kira 20km dari utara Kota Bandung. Pemandangan dari atas gunung ini sangatlah cantik, dimana kita dapat melihat gunung-gunung lain dibawahnya dan juga Kota Bandung. Menurut rakyat tempatan di sini, gunung ini mempunyai kisah lagendanya iaitu kisah percintaan di antara Sangkuriang dan Dayang Sumbi.
2. Kawah Putih
Kawah Putih tidaklah sebegitu popular seperti Tangkuban Parahu tetapi menurut penduduk di sini mereka berpendapat Kawah Putih lebih cantik.
Ia mendapat nama kerana kawah gunung berapi tersebut mempunyai batuan dan pasir yang memutih di sekitarnya. Tasik itu datang dari air hujan yang jatuh ke dalam kawahnya. Pada kebisaannya, air tasik kawah putih kelihatan kehijauan. Walaubagaimana cantik pun pemandangan di Kawah Putih, anda tidak akan bertahan lama di sana kerana bau belerangnya yang kuat.
3. Pasar Baru
Pasar Baru Bandung merupakan pasar yang tertua di Kota itu dan wajib dikunjungi bagi mereka yang berhasrat untuk berbelanja besar di Bandung.
Di sini anda boleh mendapatkan produk seperti telekung, kain ela, cenderahati dan lain-lain yang diperbuat dari sutera, satin dan sebagaimya. Peniaga di sini sangat mesra dan anda boleh mendapatkan harga yang lebih rendah berbanding di tempat lain.
4. Ciater Hot Springs
Ciater Hot Spring adalah kolam air panas yang wujud dari gunung berapi di sekitarnya. Ia sesuai untuk merehatkan dan menyegarkan badan sama ada mandi atau merendam kaki.
Ada yang berpendapat, jika kita mandi air panas yang bercampur belerang, ia boleh merawat beberapa jenis penyakit kulit. Di sini ada restoran dan gerai jika anda mahukan makanan atau minuman. Selain itu, disediakan juga menunggang kuda untuk hiburan anak-anak atau sekadar mengambil gambar kenangan. Terdapat juga tempat untuk camping, gelanggang tenis dan sebagainya.
5. Pasar Kasut dan Kulit Cibaduyut
Jika anda mengunjungi tempat ini, anda bukan sahaja boleh memilih pelbagai jenis kasut tetapi juga pelbagai jenis barangan kulit. Daripada tali pinggang dan beg tangan hinggalah ke dompet semuanya dibuat oleh pakar tempatan.
Anda juga boleh menempah kasut dengan ukuran kaki anda sendiri jika anda inginkan. Tetapi, sekarang banyak barangan kulit tiruan berjenama antarabangsa di sini. Walaupun materialnya di buat dari kulit, barangan yang anda beli tidak kiralah dari jenama Nike, Gap atau lain-lain jenama antarabangsa, kebanyakannya adalah barangan kulit tiruan dengan harga yang cukup murah.
6. Dusun Bambu
Direka sebagai taman, Dusun Bambu ialah kawasan untuk anda berehat sambil merasai suasana kampung tradisi yang diberi nafas baru di Indonesia. Kampung ini juga berfungsi untuk mempromosi Indonesia sebagai penghasil bambu (buluh) kedua terbesar selepas China.


Dusun Bambu ini dibangunkan dengan suasana Indonesia tetapi dengan cara ala barat. Anda boleh berehat di dalam kawasan berbentuk sarang burung yang dibuat dengan ranting kayu, berjalan di atas titi buluh sambil melihat keindahan sawah padi atau merasai makanan tradisi bersama keluarga di restoran.
7. Puncak Bogor
Tempat Menarik Di Bandung - women online magazine 2Tanah tinggi yang dingin dan anda boleh melihat keindahan kota Bogor dari puncak ini seperti melihat matahari terbenam dan sebagainya.Anda juga boleh bersantai dengan mengunjungi gerai-gerai dengan suasana udara yang dingin. Ada beberapa tempat menarik di sini seperti Kebun Teh Gunung Mas, Taman Safari, Air Terjun Cilember danBodogor Ecowisata.
8. Kampung Daun
Tempat Menarik Di Bandung - women online magazine 4
Suasana di Kampung Daun memang selesa yang mana ia dikelilingi pohon-pohon dan persekitaran semulajadi. Sangat sesuai jika untuk anda makan bersama keluarga atau teman dengan suasana tenang dan santai.Makanan Sunda & Padang adalah masakan utama di sini.
9. Trans Studio Bandung
Tempat Menarik Di Bandung - women online magazine 1
Merupakan antara yang taman tema tertutup yang terbesar di dunia dan hanya terletak kira-kira 3 km dari Kota Bandung. Anak-anak anda pasti akan teruja dengan pelbagai jenis permainan yang disediakan. Sekali masuk anda boleh main apa sahaja di dalamnya sehingga puas.
10. Ciwidey
Daerah ini terkenal dengan penghasilan produk pertanian dan perkebunan. Ramai yang datang ke sini untuk melihat pemandangan yang menarik.Kawasan tanah tinggi Ciwidey terdapat banyak ladang-ladang teh yang kelihatan karpet yang menutupi gunung-gunung di sekitarnya.