Search

12 Tempat Wajib Anda Singgah Di Singapore


Sekiranya anda berkunjung ke Singapore,pastinya anda terfikir tempat – tempat menarik yang boleh anda lawati di sana. Jadi,kali ini WOM.my ingin berkongsi dengan anda 12 tempat menarik di Singapore.
tempat menarik di singapore - women online magazine 1
1. Merlion Park
Merlion adalah tempat menarik di Singpore yang wajib anda singgah. Disini terdapat sebuah patung Singa yang selalunya menjadi latar belakang dalam gambar untuk membuktikan yang anda benar-benar telah jejak ke Singapore. Disini juga anda boleh lihat bangunan paling popular di Singapore iaitu Esplanade dan Marina Bay Sand Building yang terkenal dengan bangunan yang seolah-olah ada kapal diatasnya.


2. Pulau Sentosa
Pulau Sentosa merupakan yang paling popular di kalangan penduduk Singapura. Ia selalunya dijadikan sebagai tempat orang tempatan merehat-rehatkan diri di hujung minggu. Di sini anda juga boleh merasai sendiri pengalaman menaiki kereta kabel dengan pemandangan yang cukup mempersona. Anda juga boleh mencuba banyak permainan yang disediakan di sekitar Pulau Sentosa ini.
3. Universal Studio Singapore (USS)
Satu lagi tempat menarik di Singapore ini ialah Universal Studio Singapore (USS). Ia merupakan tempat yang paling banyak dikunjungi oleh orang Malaysia. Universal Studio Singapore adalah sebuah taman tema yang terletak di Pulau Sentosa, Singapura. Taman tema ini terbahagi kepada beberapa bahagian seperti Hollywood zone yang bertemakan selepas Hollywood Boulevard yang sebenar tahun 1970-an, New York yang bertemakan selepas pasca-moden New York City yang mempunyai kaki lima dan mercu tanda klasik yang meniru bandaraya dan sebagainya.
4. Jurong Bird Park
Di sini terdapat 129 spesies burung yang terdiri daripada burung yang yang pelik,unik dan menarik dari seluruh dunia. Sekiranya anda ingin melawati sekitar taman burung ini, perkhidmatan mini train disediakan.
tempat menarik di singapore - women online magazine 2
5. Orchard Road
Orchard Road merupakan salah satu tempat menarik di Singapore bagi kaum perempuan kerana di sini merupakan tempat untuk mereka yang inginkan barangan yang berjenama seperti Gucci, Coach, LV, Giorgio Armani, ZARA dan sebagainya. Anda juga harus bersedia untuk bersesak-sesak sekiranya anda datang pada waktu sekitar Krismas dan cuti sekolah. Apa yang pasti, Orchard Road bakal mengingatkan anda mengenai status kewangan anda dalam dunia yang mengejar wang, fesyen dan teknologi terkini.
6. E.A Aquarium
SEA Aquarium di Sentosa Resorts World ini adalah aquarium terbesar di dunia dan antara yang tercanggih pernah dibina. Ia dihuni oleh lebih 100,000 haiwan akuatik. Di sini anda bukan sahaja boleh melihat ikan lumba-lumba, ikan pari dan groupers tetapi juga lebih 200 ekor ikan jerung. Menariknya, kawasan pameran juga dibahagikan kepada beberapa kawasan iaitu dari haiwan akuatik di Kepulauan Jawa hinggalah ke kawasan Selat Melaka untuk memudahkan pengunjung memahami habitat dan jenis haiwan yang ada di satu-satu kawasan laut. Dibuka pada setiap hari bermula pada pukul 10 pagi hingga 7 malam,pastikan SEA Aquarium ini menjadi salah satu tempat menarik di Singapore yang wajib anda singgah.
7. Gardens By The Bay
Jika anda hanya mahu berjalan-jalan melihat kepelbagaian kota Singapura, apa kata anda ke Gardens by the Bay. Di taman ini anda boleh bersiar-siar percuma di kawasan terbuka sambil bergambar atau masuk ke dalam dome berbayar yang sejuk untuk melihat tumbuhan dari seluruh dunia. Anda juga boleh datang pada waktu malam dan melihat persembahan lampu di Supertrees pada jam 7:45 dan 8:45 malam. Gardens by the Bay ini dibuka setiap hari bermula pada jam 9 pagi hingga 9 malam,manakala bagi taman luar,ia dibuka pada jam 2 pagi hingga 5 pagi.
8. Skyline Luge
Ingin merasai pengalaman menaiki menaiki kereta kabel merentasi laut tetapi bajet anda tidak mencukupi? Anda sebenarnya mempunyai satu alternatif di Pulau Sentosa iaitu Skyride. Menariknya anda bakal menaiki tempat duduk seperti kerusi taman tanpa sebarang dinding sambil dibawa naik melihat panorama Pulau Sentosa. Anda juga boleh berseronok dengan anak anda dengan menaiki satu kenderaan tanpa motor bernama Sky Luge merentasi jalan-jalan khas di taman Skyline ini.skyline luge ini dibuka setiap hari bermula pukul 10 pagi hingga 9.30 malam.
tempat menarik di singapore - women online magazine 3
9. Singapore Flyer
Terdapat banyak cara untuk melihat Singapura dari tempat tinggi. Antaranya dengan menaiki roda Ferriss yang dipanggil Singapore Flyer. Merupakan roda pemerhatian terbesar di dunia, anda bakal di bawa naik setinggi 165 meter dengan pemandangan Helix Bridge, Marina Bay dan kota Singapura selama 30 minit. Bagi pasangan yang sedang berbulan madu,datanglah pada waktu senja untuk menikmati pemandangan yang lebih romantic sekaligus menjadikan ia merupakan tempat menarik di Singapore.
10. Night Safari,Singapore
Night Safari yang terletak berhampiran dengan Zoo Singapura adalah antara cara terbaik melihat haiwan yang aktif di waktu malam. Dengan lebih 2,500 ekor haiwan di safari seluas 40 hektar ini, anda boleh berjalan di 4 kawasan pejalan kaki atau menaiki tram selama 30 minit untuk melihat haiwan-haiwan yang sepatutnya aktif pada malam hari.
11. Pertunjukan Wonderfull
Untuk mereka yang mahu melihat pertunjukan cahaya dan air,jangan lepaskan peluang untuk melihat pertunjukan secara percuma di kota singa ini. Berdurasi selama 13 minit dan diadakan di Event Plaza, Marina Bay Sands, anda berpeluang melihat efek khas berwarna-warni hasil kombinasi projektor, lampu dan bunyi yang mengambil masa 3 tahun untuk dirancang. Waktu pertunjukan ini ialah pada Ahad hinggga Khamis iaitu pada pukul 8.00 malam dan 9:30 malam,manakala pada hari Jumaat dan Sabtu,waktu pertunjukan ialah pada pukul 8.00,9:30 dan 11:00 malam.


12. Bugis Street
Sebelum pulang ke Malaysia, tentunya anda ingin membeli sedikit cenderahati untuk dibawa pulang. Oleh itu,anda wajib ke tempat menarik di Singapore untuk pelbagai pilihan souvenir iaitu di Bugis Street.
Sekiranya di Kuala Lumpur,tempat ini kelihatan seperti Petaling Street atau Pasar Jalan TAR tetapi susunannya lebih tersusun.Di sini anda boleh membeli t-shirt, key chain, magnet peti ais dan pelbagai cenderamata. Anda juga boleh menggunting rambut, mengurut kaki dan membeli pelbagai barangan keperluan lain dari lebih 800 gerai di sini, menjadikan ia lokasi membeli belah paling besar di Singapura.