Search

Jom Nikmati Cuti-Cuti Indah Di Cameron Highland

Cameron Highlands atau dikenali sebagai Tanah Tinggi Cameron adalah salah satu stesen bukit Malaysia yang paling luas. Saiznya yang berukuran seperti Singapura memiliki kawasan seluas 712 kilometer persegi atau 275 batu persegi.

Di sebelah utaranya ia bersempada dengan negeri Kelantan manakala di sebelah barat ia berkongsi sebahagian daripada sempadan dengan Perak.Bercuti di Cameron Highlands merupakan salah satu destinasi percutian yang paling popular di Malaysia. Justeru itu, apakah tarikan Cameron Highlands sehinggakan ia menjadi tempat percutian yang paling popular?

Kampung Taman Sedia
Tarikan menarik di Cameron Higlands ialah kampung tradisional Taman Sedia. Kampung ini terletak berhampiran dengan Pekan Tanah Rata. Tahukah anda, ia adalah kampung penempatan Melayu yang pertama di daerah ini. Menurut kata orang dulu-dulu, kampung ini merupakan taman bagi orang bunian yang sangat cantik. Oleh kerana taman ini telah tersedia ada, jadi kampung ini telah dinamakan sebagai Kampung Taman Sedia.

Ladang Teh Boh Sungai Palas
Ladang ini merupakan lokasi pelancongan terkenal di dalam mahupun luar Negara. Ladang ini terletak kira-kira 3.5 km dari Brinchang dan hanya 500 meter dari Kea Farm. Kawasan penanaman teh ini memiliki pemandangan yang sungguh indah dan damai. Berukuran 8,000 ekar menerima jolokan nama ‘the big carpet’ atau ‘the green wave’. Untuk sampai ke sini, anda perlu menaiki kenderaan ringan dengan menyususri jalan yang agak sempit, berliku dan perlu membunyikan hon ketika melalui selekoh tajam. Percutian ke Cameron Highlands memang tidak lengkap jika tidak berkunjung ke ladang ini.

Ladang Teh Boh Farlie
Terdapat sebuah lagi lading teh Boh yang wajib untuk dilawati. Ianya terletak berhampiran dengan Pekan Ringlet, namun ianya tidak sepopular Ladang Teh Boh Sungai Palas. Ladang ini dibuka pada jam 9 pagi dan ditutup pada jam 4.30 petang. Anda boleh mendaki sehingga ke puncak sambil merakam gambar. Pastinya ia akan memberikan pengalaman yang cukup menarik buat anda.

Ladang Teh Bharat
Masih bercerita tentang lading teh, kali ini Ladang Teh Bharat di mana ia mula beroperasi pada tahun 1933 dengan keluasan penanaman pokok teh seluas 1,600 ekar. Ladang ini menanam teh jenis Camellia Sinensis yang berasal dari Uttar Pradesh, India. Teh ini dikenali dengan anama Cameron Valley. Singgahlah jika anda berkesempatan.

Pasar Malam Brinchang
Pasar Malam Brinchang merupakan lokasi outdoor shopping yang wajib anda kunjungi. Anda boleh membeli pelbagai jenis sayuran, buah-buahan, bunga-bungaan dan sebagainya dengan harga yang berpatutan. Terdapat jga gerai yang menjual pelbagai jenis cenderamata, pakaian, bantal hiasan, madu lebah dan juga makanan. Ianya dibuka seawall 2.30 petang hingga 11.30 malam pada setiap hari Jumaat, Sabtu dan sepanjang cuti persekolahan. Selalunya kawasan ini akan menjadi sesak dengan pelancong dan kenderaan lalu lalang.

Kea Farm
Kea Farm juga merupakan tempat membeli barang harian yang sentiasa dikunjungi tanpa mengikut musim. Biasanya pengunjung akan membeli sayur-sayuran dengan jumlah yang banyak untuk dibawa pulang.

Gunung Brinchang
Gunung Brinchang adalah salah satu destinasi menarik yang boleh dilawati oleh pelancong. Anda boleh menaiki kenderaan ataupun berjalan kaki (jungle trekking) sampai ke puncak. Anda boleh melihat kabus menyelimuti udara dan boleh menghirup udara segar dan nyaman.