Search

10 Aktiviti Menarik Percutian Ke Langkawi ! Yang ke 2 Tu Mungkin Boleh Buat Korang Cuak Tapi Fun!

Sebenarnya banyak tempat-tempat menarik yang korang boleh terokai bila anda merancang percutian ke Langkawi. Ia bergantung kepada masa yang anda boleh peruntukkan dan bajet yang diperlukan untuk menerokai kesemua tempat-tempat menarik di Langkawi. Mari kita lihat senarai aktiviti menarik yang boleh korang turut serta di sana.




1.Island Hopping.
Korang boleh dapatkan servis tersebut di Pantai Cenang dan ia memerlukan anda spend 4 jam untuk aktiviti tersebut. Perjalanan menaiki bot dan singgah di 3 tempat utama iaitu Tasik Dayang Bunting, Pulau Singa Besar dan Pulau Beras Basah, Antara aktiviti yang terlibat seperti menjelajah Dayang Bunting Marble Geoforest Park, memberi makan helang dan mandi manda di pantai Pulau Beras Basah.

Sky Cab Langkawi

Sky Bridges
2.Menaiki Sky Cab.
Lokasi: Oriental Village, Burau Bay.
Untuk menaiki Sky Cab korang kena pergi ke Oriental Village dengan membelanjakan RM20 seorang korang boleh naik dan kebiasaanya ia termasuk dengan SkyDome, iaitu aktiviti menonton wayang 360 darjah dengan pengaman yang paling menakjubkan dan boleh membuatkan anda terkesima. Kalau korang ada bajet lebih boleh ambil pakej penuh termasuk 6D Cinemation, SkyTrail, F1 Simulator, aktiviti SkyPos, Sky Rex, Sky Bridge,  Duck Tours , 3D Art Museum dan Skyglide. Kalau anda lapar boleh menikmati makanan dan minuman di Sky Bistro sambil melihat pemandangan disekeliling Gunung Mat Cincang. Cuma satu aje, kalau korang gayat dan  phobia dengan ketinggian baik jangan turut serta.

Telaga Tujuh

3.Telaga Tujuh
Telaga Tujuh atau dalam bahasa orang kampung Seven Wells terletak di di tebing Gunung Mat Cincang, Berdekatan ada air terjun untuk aktiviti mandi manda bersama keluarga jangan pergi terlampau lewat, Mereka yang ada masalah sizikal sebaik-baiknya jangan turut serta, sebabnya mereka perlu mendaki 900 mata anak tangga untuk sampai ketempat tersebut dan memerlukan masa 45 minit hingga  sejam untuk sampai kesana. Dikatakan Telaga Tujuh merupakan tempat mandi manda pari-pari dan boleh merawat penyakit. Telaga Tujuh terbentuk dari aliran sungai yang menghala ke Teluk Burau ia mengalir dari satu kolam kecil hingga ke satu kolam yang lain hingga membentuk seolah-olah tujuh telaga.

Photo Credit: www.travelfish.org

4.Mangrove Tour.
Anda boleh dapatk servis Mangrove Tour di Pantai Cenang dimana dalam aktiviti tersebut  korang akan dibawa melalui hutan paya bakau menaiki bot, masuk ke Gua Buaya dan singgah untuk melihat Gua Kelawar, aktiviti menangkap ikan di Floating Fish Farm pengalaman disamping melihat pemandangan Kilim Geoforest Park disekitarnya.

Photo Credit : rin-treasure.blogspot.my

5.Borong Minyak Gamat di Kilang Gamat Nusantara
Korang yang biasa menggunakan minyak gamat sudah tentu tertanya bagaimana proses membuatnya sehingga menjadi produk siap yang boleh digunakan. Terdapat pelbagai bentuk yang korang boleh dapatkan samada dalam bentuk gel, minyak, ubat batuk, ubat resdung. Minyak gamat dihasikan dari ibu gamat dan campuran herba-herba tradisi untuk memberikan banyak kebaikan kepada para pengguna. Borong jangan tak borong untuk dijadikan buah tangan bila pulang nanti.

Photo Credit : carolinedavid87.blogspot.com

6.Langkawi Bird Paradise & Wildlife Park
Disini anda korang boleh bawa ahli keluarga untuk bertemu dengan burung-burung yang jinak serta haiwan-haiwan liar yang lain dan agak sukar untuk korang temui di luar sana. Aktiviti yang korang boleh lakukan seperti bergambar dengan haiwan dan memberi makan haiwan-haiwan yang jinak.

Photo Credit: www.langkawicoral.com

7.Hutan Lipur Durian Perangin
Ia terletak berdekatan dengan Langkawi Bird Paradise. Selepas korang dah penat meronda di tampat burung dan hidupan liar tersebut bolehlah pergi mandi manda di  air terjun yang terletak di Hutan Lipur Durian Perangin yang terdiri dari 14 tingkat air terjun, memang ohsem sangat untuk aktiviti mandi dan berkelah sekeluarga.

Pantai Cenang

8.Pantai Cenang.
Disini korang boleh pilih bermacam aktiviti samada hendak mandi pantai atau melihat matahari terbenam  di Pantai Cenang sambil makan-makan bersama keluarga atau kawan-kawan. Disini anda boleh dapatkan banyak kemudahan seperti penginapan, restoran, pusat hiburan dan aktiviti sukan air yang lain.

Underwater World/ Sub Antatrica Section

9.Underwater World
Underwater World terletak di Kampung Buku Malaysia, Lubuk Semilang. Disini lebih kurang macam Aquaria di Kuala Lumpur tetapi lebih banyak aktiviti dan banyak kepelbagaian antaranya aktiviti melihat hidupan laut didalam akuarium bawah laut, melihat terumbu karang yang cantik, melihat hidupan laut yang jarang kita temui, melihat hidupan reptilia dan juga melawat hutan hujan tropika. Kalau nak lihat sesi memberi makan  haiwan seperti penguin dan anjing laut jangan lupa lihat jadual yang disediakan disitu. Dibahagian luar pintu Underwater Worlds korang boleh borong coklat sebagai buah tangan di Coco Valley, tapi kalau korang ada masa boleh pergi Kompleks Haji Ismail Group untuk lihat pelbagai barangan yang murah seperti bag tangan, pemanggang ajaib, pinggan mangkuk, mainan dan aneka coklat disini. Pastikan ongkosnya dulu sebelum datang ke sini!

Photo Credit: www.qwuen.com

10.Ayer Hangat Hot Village
Ayer Hangat atau Hot Spring terletak di Kampung Air Hangat yang menyajikan aktiviti seperti rendam kaki kalau atau boleh cuba mandi jacuzzi atau mendapatkan khidmat SPA seperti urutan badan untuk meghilangkan stress selepas banyak membeli belah di Kompleks Haji Ismail Group.

Dataran Lang

Tips Percutian Ke Langkawi

Beberapa tips ini mungkin boleh memudahkan perjalanan ketika bercuti nanti, mana tahu kadang-kadang korang dok kelam kabut atau rushing nak pergi bercuti tetapi tak tahu nak buat persedian.

1.Rancangan perjalanan dan ambil tahu pakej  dan masa perjalanan. Setiap aktiviti ada masa tertentu dan trip sebagai contohnya untuk Island Hoping hanya terdapat 2 trip sehari, dan masa lawatannya adalah 4 jam.

2.Sediakan bajet yang mencukupi, sebaiknya spares sikit untuk waktu kecemasan atau untuk shopping nanti.

3.Pastikan aktiviti yang disertai sesuai dengan ahli keluarga, yang kecil, warga emas dan sebagainya.

4.Dapatkan ejen yang boleh dipercai dengan harga yang berpatutan. Kalau dapat yang member
korang rekemenkan lagi cantik.

5.Guna streetview untuk pastikan servis hotel atau resort yang diambil memuaskan hati anda.

6.Booking awal tiket Airasia waktu promosi untuk dapat tambang percuma atau serendah RM10 per seat untuk destinasi dalam negara.

7.Elakkan pergi masa musim cuti sekolah dan cuti umum untuk elakkan kesesakan dan harga servis yang mungkin melambung tinggi.

8.Buat tempahan awal untuk hotel atau tempat penginapan untuk elakkan tiada kekosongan.

9.Jangan lupa bawa Mykad untuk dapat harga tiket yang murah bila membeli tiket disana.

10.Kalau korang jenis suka shopping sakan dan memang nak borong banyak barang pastikan limit berat bagasi dan tambahan  yang korang perlukan jika menaiki kapal terbang.

Itulah serba sedikit tip-tips yang boleh kami kongsikan dan beberapa aktiviti menarik percutian ke Langkawi yang kami boleh kongsikan. Sebenarnya banyak lagi tempat-tempat menarik di Langkawi ni dan kalau ada kesempatan dalam kami akan kongsikan lagi tempat-tempat makan yang best, dan beberapa pantai yang menarik juga untuk di jejaki. Harapan kami supaya cuti korang akan lebih happening dan menjadi pengalaman yang manis yang korang tak boleh lupakan. Jadi apa yang nak difikirkan lagi tu? Travelje...