Search

10 Tempat Makan Best di Terengganu Yang Korang Mesti Cuba!


Tercari-cari tempat makan yang best di Terengganu. Ramai yang rekemen restoran ni untuk dicuba bila menjejakkan kaki ke Kuala Terengganu khususnya. Rugi sangat kalau tak cuba, masa aku google pun siapa ada yang bagi review bintang 3 ke 4 bintang dari Google Plus, jadi memang boleh percaya ni.. Mari kita tengok tempat makan best di Terengganu tu.

1.Restoran Mat Binjai

Credit: penceritamaya.blogspot.com
Penjelajahan mencari tempat makan terbaik di Kuala Terengganu dimulakan di Restoran Mat Binjai yang terletak di tengah bandar Kuala Terengganu iaitu di Jalan Sultan Sulaiman, Restoran ini menyediakan masakan tradisi Terengganu untuk makan tengahari.

Apa yang istimewa tentang Restoran Mat Binjai ini ialah ia menyediakan masakan berhidang yang disajikan ala makanan minang ataupun nasi padang. Masuk saja ke dalam restoran ini, pelayan akan menyajikan hidangan semua lauk-pauk yang ada di situ. Kita boleh memilih apa sahaja yang kita berkenan untuk dimakan.

2.Biku-Biku Station

Credit: Facebook Biku-Biku Station
Masih lagi berada di Terengganu. Mai singgah ke Biku-Biku Station yang terletak di mukim Kubang Parit.

Disini anda wajib menu istimewa mereka iaitu Lamb Chop mereka sebab harga terendah & termurah mereka hanya RM6.50 katanya.

Selain itu, ada menu-menu lain seperti :
- Icecream Chessecake
- BBS BBQ rib
- Chicken BAKO original
- Nacho Cheese

Alamat :
Lot 172, Mukim Kubang Parit
21200 Kuala Terengganu
(Dari simpang tok ku amik jalan ke manir.kedai ada kat sebelah kiri jln, depan caltex durian burung)

Masa Operasi :
5.00ptg - 11.00mlm ( Ahad Cuti )

No Tel :
013-3942253

3.Warung Pok Nong

Credit: teganukita.blogspot.com
Kalau bercuti ke Terengganu jika tak makan ikan celup tepung dan sotong celup tepung di sana memang tak sah. Terdapat banyak warung yang sedap dan menjadi tumpuan ramai terutamanya di waktu petang. Warung Pok Nong merupakan salah satu daripadanya. Perniagaan Warung Pok Nong bermula sejak 20 tahun dahulu. Sejak Warung Pok Nong disiar dalam rancangan Jalan-Jalan Cari Makan, pelanggan Warung Pok Nong kian bertambah.

Warung Pok Nong yang terletak di Mengabang Telipot menerima jumlah pelanggan yang luar biasa setiap hari. Mesti beratur untuk mendapatkan ikan dan sotong celup tepung.

Alamat:
Jalan Pantai A1693,
Kampung Kolam Mengabang Telipot

No. Tel : 09-6127655 / 0133517262

Waktu operasi : 3.30 petang – lewat petang

4.Western Food Hazlan Bistro

Credit: hazlanbiztro.blogspot.com
Dekat Kuala Terengganu ada restoran western ke? Mestilah ada….Tapi jika tak nak yang biasa-biasa dan inginkan yang sedap kami cadangkan ke Hazlan Bistro.

Kali ini saya meluangkan masa merasa makanan western di Hazlan Bistro, Kuala Terengganu. Restoran ini dicadangkan sendiri oleh ayah saya, Pok Din Dj Square. Kalau dah dikata sedap, memang kena cuba la kan.

Hazlan Bistro merupakan restoran yang dimiliki oleh Dato’ Hazlan Ismail. Selain dari restoran, beliau juga merupakan pemilik Hazlan Indoor Soccer. Restoran western dan gelanggang futsal ini terletak bersebelahan sahaja.

Hazlan Bistro menyediakan pelbagai jenis masakan seperti makanan ala-thai, western, sizzling dan juga steamboat.

Hazlan Bistro
4097, Jalan Haji Abdul Rahman Limbong,
Kampung Banggol, Kuala Ibai, 20400 Kuala Terengganu.

Waktu Operasi :
Setiap hari 4.30pm – 1.30am

Untuk tempahan :
09-631 4333
09-688 0000

5.Keropok Lekor Bukit Tok Beng BTB 2209

Credit: chequesuechekgu.blogspot.com
Keropok lekor merupakan makanan yang sangat popular di Terengganu. Bagi mereka yang selalu membeli keropok lekor pasti tahu tempat yang menjual keropok lekor yang sedap dan enak. Keropok lekor Terengganu terkenal dengan ramuan isi ikan yang lebih banyak berbanding yang dijual di Kuala Lumpur atau tempat lain. Disini kami ingin kongsikan di mana anda boleh mendapatkan keropok lekor yang sedap!

Dulu keropok losong memang popular dan sering menjadi bualan, tetapi kini Keropok Lekor Bukit Tok Beng BTB2209 atau lebih dikenali sebagai Keropok Lekor Nombor ataupun beratur… Kenapa nombor? Oleh kerana terlampau ramai orang yang datang membeli sewaktu cuti sekolah dan hujung minggu, mereka menggunakan angka giliran seperti di Bank dan Pejabat pos untuk mengelakkan barisan yang panjang. Sistematik kan?

Kampung Bukit Tok Beng,
Seberang Takir,
21300 Kuala Terengganu
No. tel : 012-562 0748
Website : www.btblekor.com.my
Waktu Operasi: 9 pagi – 6 petang

6.Air buah gelas besar


Satu lagi tempat makan 'wajib singgah' kalau datang ke Terengganu ialah air buah gelas besar yang terletak di Kampung Seberang Takir. Orang ganu gelarkan air buoh pior. (pior = pure bermaksud asli).

Menu utama tentulah air buah. Harga setiap air berdasarkan saiz gelas samada gelas kecil, sederhana atau besar. Hargapun sangat murah!

Sebenarnya di Kg. Seberang Takir ini terdapat 2 buah kedai air buah gelas besar. Satu kedai tu, betul-betul di tepi jalan utama dan sebuah kedai lagi agak ke dalam (berhadapan pusat latihan KEMAS). Kalau ditanya pendapat saya, saya lebih suka air buah di kedai yang agak ke dalam tu sebab airnya lebih pekat dan pure! Tambahan pulak, kedai ini menyediakan meehun sup yang sangat sedap! Terbaiklah. Sebab kena dengan tekak saya. Selain meehun sup, lain-lain makanan seperti sate, nasi dagang/nasi minyak, keropok goreng, roti canai dan banyak lagi hidangan masakan panas.

Terletak di Marang (jalan utama Kuala Terengganu - Kuantan melalui jalan pesisir pantai) kita mesti akan lalu di restoran ini.

7.Restoran Lempeng

Credit: www.caridestinasi.com
Apa yang istimewa di sini tentulah lempeng. Namapun restoran lempeng kan? Lempeng atau pancake, bukan yang biasa kita buat atau makan kat mcD tu. Bahan asas iaitu tepung dicampung dengan isi kelapa (separa muda), santan, berserta sedikit gula dan garam, cicah sambal bilis. Pergh!!! Meleleh air liur weh!

Mak saya kata, kalau nak lagi sedap masa bancuh air bahan-bahan tadi gantikan air biasa dengan air kelapa. Rasa dan aroma lempeng lagi sedap!

Selain lempeng, boleh cuba ketupat sotong, nasi dagang, nasi minyak dan kalau order air jangan lupa cuba air tuak tau!

8.Nasi Dagang Mak Ngah, Chendering

Credit: mamatisya.blogspot.com
Restoran ini terletak di Simpang Empat Chendering, Kuala Terengganu. Pernah tak korang baca isu RM4 Kepala Ikan Tongkol Lauk Nasi Dagang? Inilah kedai yang kontroversi tu. hehe.

Saya tak pasti sejauh mana kesedapan nasi dagang Mak Ngah ni sebab saya tak pernah cuba. (nasi dagang air tangan Pn. Fatimah adalah yang terbaik pada saya. hehe). Tapi bila ditanya pada kawan-kawan mana kedai nasi dangang best kat K.T,  majoriti menyatakan kedai ini yang best. So kena cubalah kan?

9. NR Cafe & NR Seafood Village

Credit: www.tripadvisor.co.uk
NR CAFE menyajikan pelbagai menu tomyam dan seafood dan juga Sotong Celup Tepung Terengganu yang Sedap dan BEST di Terengganu.

Chicken Chop yang sedap di area Kuala Terengganu ni korang boleh dapat di NR Seafood Village atau di NR Cafe.Dia ada dua cawangan dan kedua-duanya tak jauh pun. Jadi kalau NR Cafe penuh, ramai, korang pergilah NR Seafood Villlage pulak.

Credit: nr-cafeblogsot.com
Credit: nr-cafeblogsot.com
Chicken Chop dekat NR Cafe dan NR Seafood Village ni sedap dari segi kuah/sos dia. Memang menjilat jari..!! Sampaikan kawan yang lain tiap kali nak makan Chicken Chop, memang akan datang sini. Berbaloi dengan harga dia.. Memang umphhh!! Serius saya cakap,kalau korang nak rasa Chicken Chop sedap area Kuala Terengganu, di sinilah tempatnya.. Memang tidak mengecewakan..!

NR CAFE
Lot 34354,Tok Jembal
Kuala Terengganu, Terengganu
Malaysia
Tel : +609-6660645

NR SEAFOOD VILLAGE
Lot 9433,Jalan Pantai Kg. Pengkalan Maras
21020 Kuala Terengganu
Tel : 09-6693166


10.Restoran Zie’s Corner

Credit: akujekena.blogspot.com
Dekat mana nak cari makanan western yang sedap di Kuala Terengganu ni? Mesti susah nak dapatkan info tu kan?

Bagi orang Terengganu pasti popular dengan nama Zie’s Corner yang sebelum ini terletak di belakang Hotel Grand Continental, dan sekarang sudah berpindah ke Waterfront Pulau Kambing, Kuala Terengganu. Lagi mudah untuk di cari kerana Waterfront mempunyai landmark tersendiri.

Kebiasaannya, pelanggan akan serbu Zie’s Corner pada hujung minggu, dan jangan terkejut sekiranya full house. Zie’s Corner sememangnya popular untuk makan sesama keluarga dan juga rakan-rakan. Kalau parking jangan risau, insyaAllah ada tempat untuk parking.

Zie’s Corner terkenal dengan makanan western yang sedap dan harga yang berpatutan.

Zie’s Corner
Waterfront,
Pulau Kambing, Kuala Terengganu

Selepas ni tak payahlah nak pening-pening nak makan mana kat Kuala Terengganu. 10 tempat makan best di Terengganu ini sudah tentu boleh memuaskan hati anda yang mencari makan-makanan yang sedap dan menyelerakan.