Search

10 Tempat Menarik Di Putrajaya, Ada Yang Mungkin Tak Pernah Dengar Pun!


Wilayah Persekutuan Putrajaya, atau lebih dikenali ringkas dengan hanya Putrajaya, adalah sebuah bandar terancang yang ditubuhkan pada tahun 1995 dan secara rasminya diistihar dalam Wilayah Persektuan Malaysia pada tanggal 1 Februari 2001.

Lokasi yang pada hari ini bernama Putrajaya ini pada asalnya bernama Prang Besar, yang mana menempatkan estet-estet. Putrajaya merupakan projek terbesar Kerajaan Malaysia dan telah menelan belanja sebanyak ~RM20.5 Bilion.

Konsep bandar Putrajaya adalah “hijau”. Anda dapat lihat pokok-pokok dihiasi dengan meluas di sekitar Putrajaya ini. Segalanya mengandungi unsur alam. Putrajaya juga telah menyediakan pelbagai jenis taman dan tempat menarik untuk kita lawati. Mari kita lihat senarai tempat menarik di Putrajaya!

1.Masjid Putra


Masjid yang dibina pada tahun 1997 dan disiapkan pada tahun 1999 ini menjadi mercu tanda Putrajaya. Terletak berhampiran dengan pejabat perdana menteri, anda dapat melihat seni binanya yang indah diselingi dengan pokok-pokok yang dihias rapi.

Pada asalnya, konsep rekaan asal Masjid Putra adalah berdasarkan ciri-ciri Morocco/Maghribi sepenuhnya, namun telah diolah semula untuk memaksimakan cici-ciri kebangsaan. Jika anda melawat Masjid Putra, anda akan dapat melihat permandangan tasik Putrajaya yang indah belaka.

Tidak lupa juga, berhampiran dengan Masjid Putra terdapat Dataran Putra, yang luas. Jika anda kesini pada malam minggu, anda akan dapat melihat pelbagai aktivi seperti berbasikal, roller blade, dan sebagainya di tengah-tengah dataran ini.

2.Monumen Alaf Baru


Monumen Alaf Baru yang terletak di Presint 2 ini merupakan monumen pertama yang dibina sempena Wilayah Persekutuan Putrajaya. Di bawah tugu ini terdapat kapsul masa yang bakal dibuka dan dibacakan pada tahun 2020 yang ditanam oleh bekas perdana menteri Malaysia, Tun Mahathir Muhammad yang pada masa itu merupakan perdana menteri Malaysia.

Monumen yang berketinggian 68 meter ini mempunyai laluan khas yang dicatatkan sejarah Malaysia dari zaman Melaka hingga ke hari ini. Monumen Alaf Baru ini secara umumnya adalah untuk melambang dan menyemarakkan semangat Wawasan 2020 yang dibisikkan Tun Mahathir Muhammad.

Anda boleh melawat Monumen Alaf Baru ini bersama keluarga atau rakan anda dan berjalan menyusur sambil membaca fakta-fakta sejarah yang terdalapat di sebelah laluan menaik, di balik tasik Putrajaya yang indah.

3.Astaka Morocco

Credit: momoc-sumasu.com

Astaka Morocco atau Morocco Pavilion yang terletak di Taman Botani ini merupakan tempat yang agak kurang dikenali di Putrajaya. Dengan bayaran masuk RM2 (kalau tak salah saya) anda boleh menghayati seni bina Morocco yang dibahagikan mengikut bilik yang diselit dengan sejarah bandar Morocco.

Mungkin anda boleh menggabungkan destinasi anda ke Astaka Morocco dengan aktivi berbasikal di Taman Botani. Basikal boleh disewa dengan kadar RM2 satu jam (Kalau tak salah saya juga, maklum ingatan sudah mula lapuk).

Kali terakhir saya ke Astaka Morroco adalah dengan lawatan ke Taman Botani yang terdapat jambatan yang membolehkan anda menghayati dan menghargai alam semula jadi dari atas.

4.Jambatan Seri Wawasan 


Jambatan yang dibuka pada tahun 1999 ini juga merupakan salah satu lambang Putrajaya yang dikenali umum. Jambatan yang merupakan salah satu jambatan utama di Putrajaya ini amat cantik pada waktu malam dihiasi dengan warna-warna yang bertukaran.

Di bawah jambatan ini juga terdapat laluan berjalan kaki di tepian tasik yang membolehkan anda menghayati angin-angin sepoi-sepoi. Namun, sejak kebelakangan ini saya dapati pada waktu malam jambatan Seri Wawasan ini menjadi port mat-mat rempit untuk melepak.

Jadi, sila kuatkan minda anda untuk menahan pencemaran mata dari nilai aesthetic serta pencemaran bunyi yang berleluasa! Namun, jika anda gemarkan kereta berwarna-warni, bunyi-bunyian motor anak muda yang berfrekuensi tinggi, atau gelak tawa anak-anak muda tanpa segan silu, jambatan ini merupakan destinasi utama buat anda!

5.Masjid Tunku Mizan (Masjid Besi)

Credit: wikimapia.org
Masjid Tunku Mizan Zainal Abidin yang dikenali dengan lebih umum sebagai Masjid Besi ini dibina pada tahun 2004 dan siap sepenuhnya pada tahun 2009. Masjid ini mempunyai keluasan satu kali ganda berbading Masjid Putra yang terletak kira-kira 2.2KM darinya.

Kenapa masjid ini digelar Masjid Besi? Ini kerana lebih kurang 6000 tan keluli digunakan dalam membina masjid ini. Rekaan Masjid Besi yang unik dan mesra alam ini membuatkan anda yang berada di dalam Masjid Besi ini terasa sejuk.

Masjid Besi mempunyai 3 konsep, iaitu angin, sederhana, dan telus. Keistimewaan utama Masjid Besi adalah masjid ini tidak menggunakan kipas atau alat penyaman udara didalamnya.

6.Taman-taman Putrajaya

Taman Botani Putrajaya

Credit: kn.blogspot.com
Seiring dengan konsep hijau bandar Putrajaya, terdapat banyak taman di Putrajaya yang boleh anda kunjungi. Antaranya adalah Taman Botani yang terletak di Presint 1 dan mempunyai kemudahan seperti sewa basikal, explorace, dan sebagainya.

Selain itu, Taman Putra Perdana yang terletak di lokasi yang tertinggi di Putrajaya dan mempunyai monumen yang cantik. Taman Warisan Pertanian, Taman Wetland, Taman Wawasan, Taman Rimba Alam, Taman Ekuastrian, dan Taman Selatan juga boleh dilawati bersama keluarga atau rakan anda untuk menghayati keindahan alam!

Taman Putra Perdana


Credit: www.skyscrapercity.com
Taman Warisan Pertanian

Credit: www.malaysiatravel.com
Taman Rekreasi Wetland


Taman Wawasan
Credit: bettyandlingshing.blogspot.com
Taman Rimba Alam

Credit: www.panoramio.com
Taman Saujana Hijau

Credit: www.malaysia-traveller.com
Taman Cabaran



Taman Ekuastrian


Credit: -www.tep.com.my
Taman Selatan


Credit:linasbackyard.blogspot.com
Taman Sri Empangan

Credit: www.panoramio.com
7.Marina Putrajaya


Credit: kerjakosong-putrajaya.blogspot.com
Marina Putrajaya (yang dahulu dikenali sebagai Pusat Maritim) di Presint 5, Putrajaya menjadi tumpuan pelancong apabila bertandang ke pusat pentadbiran kerajaan.Bersebelahan Hotel Pullman.Sesuai dengan taglinenya, Its More Than Just A Marina (Ia lebih daripada Sebuah Marina) keadaannya yang tenang dan berhawa dingin pasti membuatkan sesiapa sahaja yang bertandang ke situ merasa damai apatah lagi ia terletak bersebelahan tasik yang begitu mempesona.

Marina Putrajaya ditubuhkan pada tahun 2008.kepada penggemar sukan air, mereka boleh berkayak, kanu, meluncur, menaiki perahu naga, kapal layar, ski dan sebagainya di tasik yang berada bersebelahan bangunan tersebut. Marina Putrajaya juga menawarkan pakej bulanan bagi mereka yang berminat untuk ke gimnasium, sauna, snuker dan pool serta squash hanya RM150.

8.Dataran Putrajaya


Credit: www.knowingkl.wordpress.com
Terletak  berhadapan Masjid Putra dan Perdana Putra. Semestinya tidak asing lagi dengan kemeriahan waktu malam di Dataran Putrajaya.Bersantai sambil membawa anak2 bermain bermacam-macam permainan yang boleh dibeli dan disewa di sini antaranya kasut roda, skuter, basikal, kereta control dan banyak lagi.

9.Perdana Putra



Perdana Putra merupakan Jabatan Perdana Menteri berkubah hijau yang mempunyai senibina berunsurkan islamik yang sangat cantik. Banggunan ini terletak bersebelahan dengan Masjid Putrajaya dan Dataran Putra. Orang awam dibenarkan melawat ke dalam banggunan pada setiap isnin hingga jumaat pada dua sesi iaitu 8 pagi hingga 12.30 petang dan 2 petang hingga 4.30 petang sahaja.


10.Skyride Festival Park


Credit: celinechenyue92.blogspot.com
Ini merupakan tarikan terbaru di Putrajaya yang letaknya hanya bersebelahan Alaf Baru Monumen yang dibuka secara rasminya pada 1 Mei 2015 Taman tema yang memfokuskan aktiviti sekeluarga ini merangkumi SkyWarrior Rainforest Challenge, SkyKids, SkyGallery, SkyDemo dan yang paling menarik 'terbang' 120 meter ke udara dengan SkyBalloon yang merupakan Malaysia's 1st Biggest Tethered Balloon Ride.