Search

10 Tempat Percutian Menarik Di Malaysia Dan Memang Ohsem!

Di Malaysia terdapat banyak tempat percutian menarik yang korang boleh pergi terutamanya bersama keluarga tersayang. Terdapat banyak pulau-pulau peranginan yang indah atau ke pantai-pantai yang cantik dan bersih mahupun ke tanah-tanah tinggi yang sejuk dan nyaman. Tapi kali ini korang tengok dulu tempat percutian yang memang unik dan jarang-jarang korang temui dan ofkos korang akan kata Wow!

1. Desa Balqis, Kuala Linggi, Melaka
Web: desabalqis.com | Facebook: facebook.com/DesaBalqis



Ingin merasai percutian ala-ala di kampung Melayu zaman dahulu-kala di tepi Selat Melaka? Desa Balqis patut ada dalam list lokasi percutian korang. Terletak di Kuala Linggi, Melaka, ini menjadi lokasi paling bersesuaian untuk mereka yang dah lama teringin nak menginap di rumah-rumah bergaya kampung dan lari seketika dari kesibukan kota.

2. Sekeping Serendah, Selangor
Web: sekeping.com |Facebook: facebook.com/sekepingretreats





Jangan ingat kehidupan mewah hanya ada dibandar besar yang hiruk-pikuk sahaja, kalau inginkan kelainan Sekeping Serendah lah tempat yang patut anda pergi. Bagaikan satu kediaman mewah di dalam hutan! Sambil mendengar bunyi unggas dan serangga hutan, sungguh mendamaikan. Bila malam tidur pun dalam kelambu. Memang syok tu.

3. The Shorea, Seremban, Negeri Sembilan
Web: theshorea.com | Facebook: facebook.com/TheShorea



Sebut sahaja Negeri Sembilan, apa yang ada dalam fikiran sesiapa sahaja tentang tempat bercuti di sana tentulah Port Dickson dan Ulu Bendul sahaja. Namun tak ramai tahu di Seremban mempunyai sebuah tempat yang sangat menarik untuk bercuti di namakan The Shorea ini. Terdapat beberapa jenis villa penginapan yang boleh korang pilih megikut bajet dan kondisi korang.

4. The Dusun, Mantin, Negeri Sembilan
Web: thedusun.com.my | Facebook: facebook.com/thedusun



Selain dari The Shore korang boleh juga memilih satu lagi tempat istimewa iaitu The Dusun yang terletak di Mantin, Negeri Sembilan. Disini korang kena hati-hati sebab pemiliknya membela seekor anjing yang sentiasa merayau disekitar tempat tersebut. Ia mungkin agak sensitif untuk pelancong beragama Islam.

5. Tanah Aina Farouq, Raub, Pahang
Web: tanah-aina.com | Facebook: facebook.com/tanahaina



Untuk yang suka bercuti lebih 'adventure' lagi di dalam hutan, Tanah Aina bukanlah satu tempat yang asing lagi. Bermalam di dalam khemah yang disediakan menjadikan percutian ala-ala adventure ini bersesuaian kepada sesiapa sahaja biarpun bukan kaki camping. Tanah Aina merupakan satu resort eco-tourism di Pahang yang menawarkan sesuatu yang lain dari yang lain.


Selain Tanah Aina Farouq di Raub, Tanah Aina juga ada di 3 lokasi lain iaitu Tanah Aina Farrah Soraya di Bentong, Tanah Aina Farhana di Desaru, Johor dan juga Tanah Aina Fareena di Lentang, Karak, Pahang. Setiap Tanah Aina ada keunikan tersendiri dan akan membuatkan percutian korang sesuatu pengalaman yang tidak dapat dilupakan.

6. Templer Park Rainforest Retreat, Rawang, Selangor
Web: tprr.net | Facebook: facebook.com/tprr1


Di sini, pengunjung boleh menikmati pemandangan 360 darjah sekeliling Hutan Hujan Simpan Kanching. Hanya 30 minit dari Kuala Lumpur, tak syak lagi ini antara tempat menarik untuk lari seketika dari kesibukan hidup untuk seketika.

7. Philea Resort & Spa, Melaka
Web: phileahotel.com.my |Facebook: facebook.com/philea.resort.melaka


Ini merupakan resort 5 Bintang untuk yang inginkan percutian agak mewah tapi masih kekal dengan suasana yang sangat merehatkan otak. Terletak di Air Keroh, Melaka, di sini merupakan satu lagi lokasi percutian yang menarik dan korang patut cuba.

8. Limastiga, Umbai, Melaka
Web: limastiga.blogspot.com |Facebook: facebook.com/Limastiga


Untuk yang inginkan suasana kampung yang moden, dilengkapi dengan kolam renang? Datanglah ke Limastiga. Hanya 2 jam perjalanan dari Kuala Lumpur sahaja. Di sini, hanya pengunjung beragama Islam sahaja dibenarkan untuk menginap. Ini bagi menjaga kesucian tempat ini daripada haiwan dan minuman terlarang. Memang Terbaik diorang ni!

9. Masbro Village, Paya Rumput, Melaka
Facebook: facebook.com/masbrovillage



Masbro Village mungkin satu tempat percutian yang boleh anda pilih jika anda inginkan kelainan. Sekali imbas sahaja dah nampak keunikan tempat ni dengan senibina yang sangat rare di negara ini yang mana selalunya hanya boleh dijumpai di Brighton Beach, Melbourne. Walaupun binaannya nampak kecil, tapi di dalamnya boleh memuatkan sehingga 6 orang. Memang unikkan?

10. Tadom Hill Resorts, Banting, Selangor
Web: tadomhillresorts.com |Facebook: facebook.com/tadomhill



Terletak lebih kurang 12 minit dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur dan 45 minit dari Kuala Lumpur, menjadikan ia satu tarikan istimewa.



Tadom Hill Resorts mempunyai hampir 40 ekar bukit batu kapur, tasik dan pokok-pokok, terdapat dua jenama resort di bawah sayapnya iaitu Tadom Camp Bamboo (Tapak perkhemahan / asrama) dan Tadom Bamboo Suites (chalet premium). Sebagai resort yang mampan dari segi ekologi, hampir semua struktur yang dibina dengan buluh; salah satu daripada bahan binaan yang paling mampan.

Kawasan rekreasi di resort ini dikenali sebagai Tadom Groove, venue persembahan secara langsung yang berlatarkan tasik biru menawan. Ia juga mempunyai banyak ciri-ciri menarik seperti platform menyelam buluh, kerusi lounge buatan tangan dari buluh, tali gayut Tarzan dan banyak lagi. Tempat ini adalah sesuai untuk mereka yang ingin melarikan diri dari hiruk-pikuk kehidupan bandar dan beriadah.

Itulah dia beberapa tempat percutian menarik di Malaysia yang korang boleh jelajah, terokai dan alami sendiri. Barulah korang jadi traveller sebenar! Lain kali Travelje akan kongsikan lagi tempat-tempat menarik dan ohsem di Malaysia untuk dilawati.