Search

14 Tempat Menarik Untuk Di Lawati Jika Melancong Ke Mauritius


Ramai yang gembira bila AirAsia melancarkan penerbangan terus ke Mauritius yang merupakan antara destinasi pelancong yang paling disukai ramai terutamanya pelancong yang sukakan laut pantai dan batu karang.

Untuk backpacker dan pengembara lepas ini korang boleh boleh jadikan Mauritius sebagai destinasi permulaan untuk rakyat Malaysia yang ingin menerokai keindahan di Afrika bermula di Cape Town ke Namibia, Madagascar dan Botswana.

Terletak di pantai tenggara benua Afrika, Mauritius dahulunya adalah pulau gunung berapi dan kini terkenal dengan keindahan kawasan pantai dengan pasir putih, iklim sub-tropika serta keindahan persisiran pantai Lautan Hindi.

Antara tempat yang menarik yang anda boleh lawati di Mauritius andalah:

1.Belle Mare Beach

Image via askbeach.com

Pelancong boleh memilih untuk berehat di pantai Belle Mare, pantai terpanjang di Mauritius sambil menghirup jus tebu segar, atau melakukan aktiviti selaman skuba kerana pulau ini terkenal dengan keindahan bawah air yang sangat baik dan suhu panas yang menarik pelbagai hidupan laut

2.Port Loius

Image via www.lonelyplanet.com
Port Louis yang menawarkan pelbagai jenis Tugu Peringatan penjajah atau ke Grand Bassin, di mana terletaknya patung Shiva yang kedua terbesar di dunia di pintu masuk ke tasik kawah semulajadi di kawasan pergunungan.

3.Le Morne Brabant


Image via www.lemorne-mauritius.com
Aktiviti mendaki dan melihat flora dan fauna da sejarah  dengan pemandangan yang memukau dari puncak gunung. Pulau yang pernah menjadi tempat tahanan perhambaan di zaman dulu.

4.Seven Colored Earths


Image via popsugar-assets.com
Anda boleh saksikan keunikan tanah yang berwarna warni dan berombak yang sangat luar biasa disini. Anda juga boleh saksikan penyu gergasi yang sedang makan disekitar tempat itu.

5.Crystal Rock


Image via trekearth.com
Untuk ke sini anda kena dapatkan bot laju atau boleh ambil pakej touring pulau.Batu yang pelik ni sebenarnya batu karang yang menojol keluar dari batu karang yang lain dengan pemandanga air yang biru dan jernih.

6.Citadel Fort Adelaide


Image via tripadvisor.com
Ini salah satu kota yang terdapat berhampiran Port Louis. Ia terletak diatas bukti dan merupakan tinggalan sejarah sebagai kota pertahanan. Disini juga terdapat meriam pertahanan dan teropong peninjau supaya anda boleh lihat pemandangan disekitar pulau.

7.Aapravasi Ghat


Image via tripadvisor.com
Muzium yang menempatkan artifak sejarah perhambaan serta sejarah berkenaan negara Komanwel yang lain. Kebanyakan hamba-hamba yang datang sebagai pendatang dari india yang telibat dengan perusahaan ladang tebu.

8.Pont Naturel


Image via www.adventurous-travels.com
Apa yang unik disini anda boleh melihat pantai yang wujud dari tanah gunung berapi dan batuan yang pelik. Perjalanan ke sana akan melalui ladang tebu yang luas. Disini kalau anda bernasib baik anda boleh saksikan ikan paus berenang-renang disitu.

9.International Slave Route Monument


Image via tripadvisor.com
Tugu peringatan perhambaan untuk mengenang zaman penderitaan mereka yang ditindas dengan sistem yang zalim itu.

10.Jummah Mosque



Ia merupakan masjid tertua di Mauritius dimana pelancong yang beragama lain juga dibenarkan untuk melawat.

11.Albion Lighthouse

Image via cult.is
Merupakan landmark yang menonjol dimana terletak di tebing yang tinggi dengan pemadangan panorama yang menarik.Kalau anda suka berkayak boleh sahaja dapatkan ditempat yang berdekatan.


12.Catamaran Cruises ke Isle Aux Cerfs


Image via deals.mu
Aktivti anda disusun rapi bermula dengan island hopping dan pantai yang cantik kemudian dibawa ke tempat untuk aktiviti snoorkeling, berenang atau melihat hidupan liar di pulau ini sebelum anda dibawa ke air terjun yang cantik.

13.Maison Eureka


Image via deals.mu
Ini satu lagi rumah ladang kolonial peninggalan dahulu kala yang masih dalam keadaan baik. Disini anda boleh melihat barang antik dan sejarah yang masih tersimpan rapi. Anda juga boleh melihat keindahan disekeliling rumah ladang ini yang berdekatannya ada air terjun yang cantik dan terpelihara.

14.Underwater Sea Walk


Image via www.underseawalkmauritius.com

Underwater scooter | Image via traveltriangle.com
Jika inginkan aktiviti yang lebih mencabar, pelancong boleh merasai pengalaman Underwater Sea Walk dan Underwater Scooter, berjalan di dasar lautan dengan menggunakan sebuah helmet oksigen dan menaiki scooter air.

Sebenarnya masih banyak lagi tempat yang anda boleh kunjungi disini termasuk beberapa muzium, kuil dan gereja yang masih cantik dan terpelihara seperti Notre Dame Auxiliatrice, Goverment House, St John Church, Temple de Triolet dan The Martello Tower.

Dimana untuk menginap?

Image via howafrica.com
Terdapat lebih dari 180 Hotel dan resort yang anda boleh pilih mengikut bajet dan kemampuan anda seperti:

1.Club Med La Pointe aux Canonniers
2.Constance Le Prince Maurice
3.LUX* Belle Mare
4.The Oberoi
5.LUX* Le Morne
6.Four Seasons Resort Mauritius at Anahita
7.LUX* Grand Gaube
8.Baystone Boutique Hotel & Spa
9.Paradise Cove Boutique Hotel
10.Shanti Maurice A Nira Resort.



Nak Makan Dimana di Mauritius?


Image via lonelyplanet.com
Antara restoran yang menyajikan makanan halal adalah seperti:

1.Zub Express Restaurant yang teletak di Coastal Road flic en Flac
2.Rib & Reef di COastal Road Flic en flac
3.LUX* Grand Gaub di Pointe Rejane
4.InterContinental Mauritius Resort Balaclava Fort
5.LUX* Belle Mare  di Coasta Road
6.Hilton Mauritius Resort & Spa di Coastal Road
7.Beachcomber Paradise Hotel & Golf Club di Le Morne Peninsula
8.Beachcomber Shandrani Resort & Spa di Blue Bay
9.King Dragon di Route St Jean.
10.La Pirogue Resort & Spa-Mauritius do Coastal Road

Sudah pastinya bila anda ingin mencari tempat makan yang best-best mestilah berdekatan dengan penginapan anda yang selesa barulah mudah untuk anda menjamu selera.


Underwater waterfalls | Image via twistedsifter.com
Air Terjun Chamarel Image via taptrip.jp
Pulau tropika ini adalah destinasi percutian sepanjang tahun yang menjadi lokasi banyak perkara menarik dan pada masa yang sama menangani keperluan semua jenis pelancong seperti pengembaraan, berbulan madu, percutian keluarga, atau pelancong perseorangan

AirAsia menawarkan penerbangan terus sebanyak 3 kali seminggu dengan penerbangan sulung akan bermula pada 4 Oktober 2016. Penerbangan akan menggunkan pesawat Airbus A330-300 dengan kapisiti 377 tempat duduk termasuk 12 tempat duduk Premium Flatbed.

Jadi apa tungu lagi jom ke Mauritius kita! Travelje!