Search

14 Tempat Menarik Untuk Percutian Anda Di Johor


Apa yang menarik di Johor Bahru sendiri. Johor Bahru merupakan satu tempat yang popular kerana kemajuan dan peluang pekerjaan yang ditawarkan. Disebalik itu juga, ada beberapa tempat menarik di Johor Bahru yang anda patut tahu.

Jika anda berkunjung ke Johor Bahru, saya cadangkan anda pergi ke;

1.Masjid Sultan Abu Bakar


Pun terletak tidak jauh daripada Zoo Johor, merupakan satu daya tarikan kerana masjidnya yang tua dan bersejarah. Masjid Sultan Abu Bakar memang unik dan jika anda berkunjung ke Johor Bahru, silalah melawat Masjid ini.

2.Zoo Johor


Zoo Johor terletak berhampiran dengan Masjid Abu Bakar di jalan Gertak Merah. Zoo ini merupakan zoo tertua di Malaysia dan hampir 100 lebih speasis haiwan di dalam zoo ini. Jika anda berada di Johor Bahru, jom singgah zoo ini.

3.Danga Bay

Credit: www.travel2malaysia.com.my
Tempat yang popular satu ketika dahulu, kerana ramai yang datang ke sini untuk bersantai-santai. Tetapi apakan daya, masa telah berubah, Danga Bay dijadikan tempat untuk membina apartment mewah sekarang ini, setakat artikel ini ditulis, ada beberapa apartment mewah yang masih dalam pembinaan. Apapun masih ada beberapa tempat untuk berjalan dan bersantai di Danga Bay ini.

4.Plaza Angsana, Johor Bahru


Merupakan satu Plaza yang sentiasa hidup dan sentiasa dikunjungi. Daripada zaman saya sekolah rendah, sehinggalah berkeluarga sekarang, plaza ini saya sentiasa kunjungi dan merupakan satu daya tarikan jika anda ke Johor Bahru. Memang WOW. Plaza ini unik kerana banyak barangan di sini adalah untuk barangan berbentuk keluarga, seperti baju, dan lain-lain lagi. Jika anda berkesempatan, datang la ke Plaza Angsana ini.

5.City Square, Johor Bahru

Credit: johortongue.wordpress.com
Jujurnya lebih suka dengan Plaza Angsana banding dengan City Square ini. City Square lebih kepada mereka yang meminati fesyen moden dan yang tak berapa menarik di City Square ini, parking agak mahal. Warga Singapura banyak yang ada di sini dan menjadi daya tarikan kepada mereka untuk membeli belah.

6.Galeri Glulam

Credit: venue-myceb.com.my
Jika anda peminat seni, dan ingin melihat seni yang menarik, Galeri Glulam ini adalah salah satu tempat yang saya cadangkan anda pergi. Terletak di Johor Bahru dan ia telah mendapat pengiktirafan The Malaysian Book of Records kerana menjadi bangunan pertama Iconic Team Building berbentuk separa payung.

Banyak lagi tempat yang menarik di Johor Bahru, jika anda ke sini, bolehlah tempah hotel yang berhampiran atau berdekatan untuk memudahkan anda pergi ke semua tempat-tempat menarik ini.


7.Nusajaya

Credit: -geographyprojectjpo.weebly.com
Merupakan satu destinasi percutian yang menarik di Johor Bahru. Di Nusajaya banyak tempat menarik untuk dilawati antaranya;

8.Legoland Malaysia Resort


Tempat percutian yang popular terutama untuk anak-anak. Di sini banyak mainan seperti taman tema air dan lain-lain lagi. Sesuai untuk kanak-kanak yang berumur atas 3 tahun.

9.Puteri Harbour Indoor Theme Park

Credit: www.johortransport.com
Puteri Harbour Indoor Theme Park terletak bersebelahan dengan Legoland. Merupakan taman tema indoor untuk kanak-kanak yang terdiri daripada 3 tarikan utama iaitu The Little Big Clud, Sanrio Hello Kitty Town, restoren bertema kanak-kanak Let’s Place. Jika anda berada di Legoland, ambil masa untuk pergi ke tempat ini.

10.Hello Kitty Town

Credit: ppunlimited.blogspot.com
Terletak tidak jauh dari Legoland dan merupakan salah satu daya tarikan yang popular di sini. Apapun, jika anda singgah atau bercuti ke Legoland, bolehlah ke sini dan alami sendiri suasana Hello Kitty World.

Antara daya tarikan pusat membeli belah lain adalah Johor Premium Outlet. Merupakan satu-satunya premium outlet yang ada di Malaysia juga kepada sesiapa yang inginkan baju berjenama terkini, boleh dapatkan di sini. Terlalu banyak pilihan baju berjenama di sini, apapun kalau anda datang ke Johor, rugilah kalau tak singgah di sini.

11.Pusat Peranginan Desaru

Credit: www.azhafizah.com
Antara tempat menarik lain di Johor adalah pusat peranginan yang berada di sini. Salah satu pusat peranginan yang terkenal adalah Pusat Peranginan Desaru yang memang merupakan satu tempat yang sering dikunjungi dan mendapat tempat oleh warga Johor dan warga luar. Desaru semakin popular sejak adanya Lebuh Raya Senai Desaru dan semakin mudah untuk di akses ke Desaru. Merupakan salah satu tempat bercuti yang menarik bagi warga Johor. Jika berkesempatan, bolehlah ke sana untuk bercuti.

Antara pusat peranginan lain yang ada di Johor adalah di Mersing. Selain mempunyai banyak pulau, pusat peranginan di sini juga memang menarik. Antara tempat popular adalah Felda Residence Mersing, Pulau-pulau di sekitar Mersing dan macam-macam lagi tempat menarik lain.

12.Air Terjun Kota Tinggi

Credit: www.priceline.com
Antara air terjun popular adalah di Gunung Pulai. Selain air terjun, terdapat juga track untuk aktiviti jungle tracking di Gunung Pulai ini.

Air Terjun Kota Tinggi juga tidak asing bagi warga Johor. Kepada yang berada di kota tinggi tu, Air Terjun Kota tinggi adalah satu tempat yang menarik di Kota TInggi dan digalakkan untuk anda ke sana dan singgah bersantai di Air Terjun tersebut.

Air Terjun Bekok pun tidak kurang hebantnya dan agak popular di Johor. Jika berkesempatan, bolehlah pergi ke sini.

Sebenarnya ada banyak lagi tempat menarik di Johor untuk dilawati, tetapi cukuplah setakat ini perkongsian saya, harap artikel ini dapat berikan idea kepada anda tentang destinasi percutian yang ada di Johor. Memang terbaik.

13.Mendaki Gunung Ledang

Credit:  ledangthriftytraveller.wordpress.com
Gunung Ledang, adalah gunung yang terletak di Taman Negara Ledang Gunung terletak di Daerah Tangkak, Johor, Malaysia. Sidang kemuncak itu terletak di antara sempadan Muar dan Melaka. Berdiri di 1,276 m (4,186 kaki), dengan jejak yang jelas yang membawa kepada puncak, gunung ini adalah destinasi popular di kalangan pendaki amatur. Gunung Ledang juga gunung-64 tertinggi di Malaysia dan boleh dikatakan gunung yang paling meningkat di negara ini.

Selain itu ada beberapa tempat hiking yang menarik di Johor yang pastinya membuatkan penggemar hiking teruja. Jika anda peminat hiking, anda boleh ke Gunung Pulai dan satu lagi anda boleh ke Kluang iaitu di Gunung Lambak dan Gunung Berlumut. Pastinya membuatkan anda teruja nanti dengan pengalaman hiking yang menarik.


14.Johor Premium Outlets (JPO)


Johor Premium Outlets adalah pusat membeli-belah utama di Iskandar Malaysia, Johor, Malaysia. Ia terletak di Daerah Kulai dan merupakan outlet jenama premium mewah yang pertama di Asia Tenggara. Kalau anda kaki shopping ini memang tempat wajib anda.