Search

27 Tips Persediaan Melancong Keluar Negara Yang Korang Tak Boleh Abaikan


Melancong ke luar negara sebenarnya tidak memudahkan ataupun boleh jadi merimaskan disebabkan banyak persedian dan perkara-perkara penting yang perlu disediakan terutamanya bagi mereka yang ingin bercuti keluar negara bersama ahli keluarga. Bagi mereka yang baru pertama kali ingin bercuti mesti follow ketat-ketat 27 tips persediaan melancong keluar negara yang akan memudahkan dan melicinkan percutian anda nanti.



1. Menabung
Mempunyai banyak wang yang mencukupi amat penting di sampaing budget untuk travel plan masing-masing. Kalau bercuti bersama keluarga tentulah budgetnya lebih berbanding cuti jenis backpackers. Ini terpulang pada 'Percutian Ideal' masing-masing. Asingkan duit unutuk bercuti ke dalam tabung khas.

2. Survey / Cari maklumat
Ini juga salah satu kaedah mengurangkan kos perbelanjaan bercuti. Cuba survey ;

  • Destinasi
  • Harga tiket pengangkutan
  • Tiket theme park/event yang dituju

Pada hari minggu, kebanyakan pusat pelancongan akan sesak (peak hour) dan menyebabkan ketidakselesaan. Harga dan caj yang dikenakan lebih mahal berbanding hari biasa.
Kebiasaannya di Eropah, ada tempat-tempat yang ditutup ketika musim salji / winter.


3. Pakej Promosi
Untuk promosi pelancongan, cuba lihat promosi oleh negara yang kebetulan mengadakan tahun melawat Negara/Tempat tersebut. Contohnya 'Year of the English Garden 2016'  diamana banyak diadakan acara menarik disamping itu terdapat promosi pakej pelancongan yang menarik.

4. Agensi Pelancongan
Ada juga pelancong yang suka membuat travel plan sendiri namun bagi memudahkan/menyenangkan rancangan percutian, ada yang memilih untuk menggunakan agensi pelancongan lebih-lebih lagi bagi yang pertama kali ke destinasi. Ini bagi mengelakkan diri daripada ditipu atau membuang masa untuk bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain. Bagi percutian berkumpulan, ini menjimatkan kos perjalanan apabila berkongsi kos contohnya bas/van.

5. Tarikh Sesuai
Memastikan tarikh yang dipilih sesuai dan tidak bertindan dengan aktiviti-aktivit lain. Sebaiknya tarikh tersebut tiga bulan awal selain menyiapkan tugasan yang patut sebelum bercuti.


6. Tempahan Awal
Tempahan awal tiket perjalanan bagi mengelakkan tiket kehabisan. Biasanya harga tempahan saat-saat akhir adalah mahal berikutan permintaan yang tinggi. Namun jika nasib baik, anda juga mungkin dapat harga yang lebih murah dari harga biasa. Bagi tempahan hotel contohnya pada saat akhir, terdapat website yang menawarkan harga murah. Bagi mereka, lebih baik ada yang menginap daripada tiada langsung. Tapi ini adalah risiko yang mungkin berbaloi.

7. Wang Tunai
Wang tunai penting terutama berbelanja di luar negara. Bagi yang menggunakan kredit kad, perlu teliti caj yang dikenakan. Pastikan kad debit/kredit anda diaktifkan untuk penggunaan luar negara.

8. Checklist
Menyediakan checklist untuk barang-barang yang perlu dibawa untuk mengelakkan barang tertinggal terutamanya dokumen penting!


9. Dokumen
Dokumen penting perlu disediakan lebih awal -passport(pasti tidak expired), cek kembara, kad pengenalan, surat doktor (untuk yang mengandung dan yang tidak sihat), tiket kapal terbang atau e-tiket (yang sudah di print).


10. Peta
Ini adalah option, cuma ia sangat membantu. peta destinasi memudahkan anda merancang jenis pengangkutan ke tempat-tempat menarik.


11. Pengangkutan
Bagi yang memilih menggunakan travel agent, masalah pengangkutan mungkin kurang mengganggu percutian. Namun, bagi yang merancang percutian sendiri, mestilah menyelidikan pilihan pengangkutan yang murah dan menyenangkan. Contohnya semasa merancang perjalanan dari airport di Paris ke hotel, menggunakan bas adalah lebih lama berbanding keretapi dan lebih mahal.


12. Perancangan
Bagi menjimatkan perbelanjaan, tenaga dan masa, itinerary perlulah disediakan. Ini mengelakkan daripada sesat dan memanfaatkan masa yang terhad. Di anjurkan untuk mengunjungi tempat menarik yang berhampiran dahulu. Daripada perancangan, perkara tersebut boleh diatur ;

  1.  Jenis pengangkutan lokasi pilihan
  2.  Bayaran tambang
  3.  Tempat makan bila berhenti rehat
  4.  Fasiliti terdekat untuk uruskan anak-anak


13. Kongsi Barang
Berkongsi barang boleh dijadikan option bagi yang travel berkumpulan, ia dapat menjimatkan ruang bagasi dan memudahkan perjalanan.

14. Kurangkan Pakaian
Pakaian yang dibawa jangan terlalu banyak. Bagi backpackers, beg yang kurang berat memudahkan perjalanan. Pakaian yang dibawa hendaklah sesuai dengan destinasi yang dituju. Membawa beg plastik untuk menyimpan pakaian kotor untuk diasingkan dari yang bersih selain mengasingkan pakaian basah dari yang kering.


15. Beg Pakaian
Beg pakaian mestilah yang sesuai dibawa dan sesuai dengan perancangan. Maksud saya, jika merancang untuk tidak membayar caj bagasi / 'luggage fee', berat beg dan isi kandungan hendaklah kurang dari had yang ditetapkan.

Kalau nak jimat ruang beg gunakan beg plastik vacum "compression vacum bag". beg ni boleh masukkan baju lepas tu beg tu kita pas sehingga jagi kempis. Kita boleh lipat atau gulug beg plastik tersebut dan masukkan di dalam beg bagasi.

Untuk keselamatan pula, beg digantungkan tag nama, alamat dan nombor telefon. Beg juga hendaklah dikunci dengan mangga atau 'padlock' untuk mengelakkan dibuka orang yang tidak bertanggung jawab.

Apa yang anda boleh lakukan dengan mengikat riben atau tali yang unik yang sama untuk setiap beg bagi memudahkan kita mengenalpasti beg dan mengelakkan kekeliruan semasa mengambil beg setiba di airport.


16. Steam Iron
Bagi Anda yang memang menjada penampilan baju @ tudung anda boleh bawa iron steam bersama. Iron bersaiz kecil dan easy hand carry. So masalah baju @ tudung renyuk dapat di atasi.

17. Makanan
Pastikan tempat makanan yang dipilih bersih dan halal (bagi yang muslim). Melancong ke luar negara mungkin sukar mendapatkan makanan halal. Jadi, boleh bawa makanan segera seperti mee maggi, makanan dalam tin, biskut, air minuman dan lain-lain. Hendaklah di ingat terdapat makanan yang tidak dibenarkan dibawa melalui airport.


18. Cenderahati / Shopping
Dapatkan maklumat dimana kawasan yang murah menjual cenderahati. Membeli cenderahati berlebihan antara sebab beg berat, jadi pilih-pilih lah cenderahati yang sesuai. Biasanya orang akan membeli  fridge magnet, keychain, dan produk unik yang melambangkan tempat tersebut.

19. Kamus
Membawa buku kamus sudah tidak praktikal sekarang dengan adanya teknologi. Install Smartphone anda dengan aplikasi kamus atau aplikasi bahasa negara ditujui memudahkan.


20. Dana Kecemasan
Terdapat saranan untuk memperuntukkan 20 peratus dari anggaran perbelanjaan untuk dana kecemasan. Boleh digunakan jika berlakunya insiden yang tidak dijangka seperti sakit, kerosakan kenderaan, dan menampung perbelanjaan yang tidak terfikir dalam perancangan.

21. Keselamatan
Perkara utama yang perlu diambil perhatian ketika merancang percutian ialah keselamatan. Pencuri / penyeluk saku sentiasa ada dimana-mana di destinasi dunia ini. Malah ada yang digelar profesional. Jangan mudah ditipu ketika berada di luar negara. Pelbagai jenis 'scam' terdapat di luar sana. Lokasi penginapan juga perlu diambil kira.

22.Bil Utiliti.
Jangan lupa bayar segala bil eletrik, air dan telefon yang ada ditangan supaya kita boleh pergi dalam keadaan tenang dan damai tanpa kerisauan.


23.Pakaian.
Jika bercuti di musim sejuk pastikan mesti ada sekurang-kurangnya sepasang baju thermal, sepasang sarung tangan, sepasang stokin bulu kambing, sehelai muffler,sehelai baju sejuk atau sweater, sehelai winter coat dan sehelai baju hujan.Nak murah beli saja pakaian musim sejuk terpakai atau bundle dan sampai di sana boleh shopping yang baru.

Badan, kaki, tangan sampai kepala kena hangat. Kalau pakai tudung memang ia sangat membantu sebab leher kita pun memang dah terlindung dari angin sejuk. Badan yang sejuk akan mengganggu mood bercuti.Lain-lain seperti penutup telinga dan heat pack ( di letak dalam poket baju untuk panaskan tapak tangan ) juga kalau ada bawa je.


24.Kasut Yang Sesuai.
Pakai boot atau kasut yang seusai jika ada atau kasut yang tapaknya berbunga jika negara bersalji .Kasut begini mengurangkan risiko terjatuh akibat jalan yang licin. Kos rawatan di luar negara mungkin tak sama atau lebih mahal. Beringat sebelum kena kerana tak seronok cuti masuk hospital. Mengambil insurans perjalanan adalah lebih baik malah premiumnya tidaklah mahal sangat pun.


26.Adaptor Kuasa.
Bawa adaptor dan plug international.Plug negara luar tak sama dengan dalam negara kita. Sesetengah handphone dan kamera terutama semasa musim sejuk akan cepat baterinya mati. Kadang-kadang semalaman caj bateri pun sekejap dah tinggal satu bar aje. Bercuti dan tak dapat merakam gambar-gambar kenangan memang menghampakan.


27.Itinerari
Sediakan itinerari sebelum melancong ke luar negara .Ia melancarkan program percutian kerana kita tahu ke mana kita nak pergi sepanjang berada di sana.Itinerari juga  sangat membantu mempercepatkan proses kita bersoal jawab dengan imigresen . Jangan cuai di sini sebab kalau silap jawab kita mungkin akan tersangkut berjam-jam di depan pintu masuk atau di lihat seperti seorang penjenayah.

Begitulah serba sedikit tips persedian melancong keluar negara, akhir kata semoga percutian anda menjadi percutian yang paling menggembirakan & di kenang sampai bila bila. Jemput kongsikan dengan rakan-rakan jika ia bermanafaat untuk mereka.