Search

50 Cara Bagaimana Saya Simpan Duit Dan Travel Seluruh Dunia


Ramai orang kata "Planning Leads to Progress" Aku tak pasti siapa mereka tapi apa yang mereka kata itu ada kebenarannya.

Apabila aku ada idea (boleh kata panggilan) untuk travel seluruh dunia, aku memang takut disebabkan masalah kewangan aku melainkan aku menang loteri atau memiliki pokok duit yang boleh dipetik begitu sahaja ataupun dengan cara tak sah seperti turut serta dengan geng Jack Sparrow melanun untuk mengumpulkan harta karun.

Idea awal benda ni muncul dalam benak fikir aku beberapa bulan yang lalu, sehinggakan aku tak tahu bila nak mula projek travel sepenuh masa itu. Tak termimpi pun ia akan berlaku tetapi Memang berlaku!

Bila aku mula kata pada diriku "Aku nak travel seluruh dunia sepenuh masa", aku ingatkan ia idea pelik dan gila. Aku memang tak percaya yang aku boleh travel sepenuh masa, terutamanya sejak aku perlu menyimpan setiap sen untuk merealisasikan impian itu.

Orang tua aku memang takkan sponsor travel aku ni.

Jadi bagaimana aku lakukan?


Sebelum aku mula tempah tiket travel satu hala. Aku mulakan misi berjimat cermat untuk memenuhi impian aku untuk travel seluruh dunia. Aku mula berhenti minum kopi $5 dan yakinkan diri aku yang kopi dirumah adalah terbaik. Aku mula berhenti dinner dengan kawan-kawan sebaliknya aku jemput mereka diner dirumah. Aku pun dah berhenti mengambil minuman di luar yang tentunya lebih mahal. Aku mula berhenti membeli makanan yang mahal dan mula belajar memasaknya sendiri. Aku memang vegetarian sejak 10 tahun yang lepas, jadi aku boleh jimatkan duit dengan plan diet ini. Aku hanya makan apa yang ada didalam peti ais atau di pantri daripada memenuhi nafsu makan aku. Aku hanya berjalan kaki ke pasaraya daripada memandu kesana.

Kereta yang aku miliki aku jual dan hanya menumpang untuk ke tempat kerja. Dengan itu aku boleh jimat insuran kereta, petrol atau servis kereta. Aku juga berhenti membeli pakaian baru, baju lama aku pun masih lagi elok untuk dipakai. Aku dapat jual baju terpakai aku di pasar barang terpakai dan bawa pulang $1556 untuk projek travel aku. Aku mula berhenti upgrade gajet-gajet aku seperti iPhone, komputer dan benda-benda lain. Aku potong plan data telefon dan mula menggunakan wifi. Keahlian gym juga telah aku tamatkan dan aku hanya berlari atau berbasikal untuk jadi fit. Aku boleh berjimat duit sewa dengan tinggal dengan ibubapa dan ringankan tangan  memasak untuk mereka, membersih dan membantu mereka.Tetapi apabila aku sudah berada di dunia luar, lagi teramat jimat, aku tak perlu gunakan lampu pada waktu siang, tak perlu kerap mandi, dan sudah tentu tak perlu mengecas bateri ketika di luar. Aku dalam misi untuk berjimat dalam semua perkara, di mana-mana dan segala-galanya!


Aku berhenti dari melanggan majalah dan buku-buku dan hanya menggunakan internet untuk ilmu baru, artikel dan idea. Aku masak dalam kuantiti yang banyak untuk jimatkan masa, wang dan makan secara sihat. Aku juga mula tanam herba-herba, buah-buah dan sayuran malahan lebih berjaya dari jiran-jiran aku. Aku menonton filem-filem lama berbanding menonton filem baharu dipawagam dengan kos yang lebih. Malahan aku pernah pecahkan tabung abang aku pada waktu kecemaan dulu.Tapi aku berjaya langsaikan juga dengan terbangkan dia bercuti pada Kristmas yang lepas.

Aku jumpa cara baru untuk buat duit.

Aku mulakan dengan berblog tentang hobi aku yang suka travel, dimana ia bertukar menjadi kerjaya aku sepenuh masa. Aku mula kenakan bayaran untuk pengiklanan, aku terima juga beberapa jumlah dari Google Adssense, juga sedikit dari video Youtube, aku kembangkan lagi kepada merchandising, penulisan buku, konsaltan untuk jenama di media sosial, menjadi penulis bebas, juga buat duit dengan program affiliate, juga mula bekerja dengan syarikat korporat untuk menyokong produk mereka.

Aku belajar untuk travel secara bijak.

Aku belajar untuk travel secara bijak bukan murah. Aku belajar bagaimana untuk jimatkan wang dalam penerbangan dan jimatkan yuran bagasi dan bagaimana untuk kurang berbelanja di lokasi  mahal. Berhenti makan di luar dan hanya ambil snek sahaja. Aku akan sewa apartment untuk tempoh yang panjang jadi ia membolehkan aku memasak dan membasuh pakaian tanpa perlu membayar fees tambahan hotel.Aku mula travel ke negara yang lebih murah dengan jangka masa yang lebih lama seperti Eropah Timur dan Asia Tenggara. Barang yang tidak diperlukan akan aku berikan kepada orang, lebih baik daripada membawa banyak sangat barang yang tidak diperlukan dan juga mengelakkan bayaran bagasi yang berlebihan.

Aku tak berhenti belajar.

Sudah tentu ada masanya aku belanjakan banyak duit untuk belajar benda yang aku tak perlukan atau ada cara untuk jimatkannya. Aku belajar,  tidak perlu membayar lebih untuk benda seperti tiket teater, kerusi kapal terbang atau aksess kutamaan. Aku juga boleh belajar sebenarnya anda boleh pergi ke teater di Vienna dengan 3-4 Euros. Aku korbankan keselesaan demi dapatkan tiket kapal terbang yang murah di seluruh Eropah tetapi masih lagi boleh menikmati keseronokan. Aku melihatnya secara positif, seperti pemandangan yang indah seperti bila makan berkelah dan lepas makan berkelah. Aku terbang dengan beberapa orang pemasaran syarikat penerbangan menggesa aku untuk membuat keputusan akhir untuk elakkan pertukaran/ pembatalan yuran.

Namun apa yang paling penting, aku belajar semua perubahan kecil membawa aku kepada perjalanan yang panjnag keseluruh dunia dan lakukan apa yang aku suka. dan ia memang berbaloi-baloi dengan hasil yang aku impikan.

Sumber Artikel