Search

6 Sebab Kenapa Korang Kena Melancong Ke Tokyo!


Tokyo juga merupakan salah satu destinasi yang popular untuk melancong di Jepun, apatah lagi kita memang biasa dengan budaya masyarakat Jepun yang berdisplin dan berdedikasi sehingga mereka boleh membangunkan negara mereka yang kalah teruk semasa perang dunia kedua dahulu dalam masa yang singkat.


Mari kita lihat beberapa sebab yang diceritakan oleh seorang kawan kenapa kita kena datang melancong ke Tokyo.




1. Penduduknya yang teramatlah sopan santun
Yang ini rasanya tidak perlu diperkatakan lagi. Satu dunia tahu betapa sopan santunnya rakyat Jepun termasuklah penduduk Tokyo. Kalau terlanggar bahu kita, siap tunduk-tunduk minta maaf. Kalau kita tanya jalan ke tempat tertentu, confirm akan dipastikan kita sampai ke tempat itu. Kadar jenayah pun antara yang terendah di dunia. Jadi ini satu jaminan anda akan rasa selesa dan selamat di Tokyo.

Halal Food Kiosk
2. Makanan halal amat mudah didapati
Selaku orang Islam, sudah pasti kita mahu memastikan makanan yang masuk ke dalam perut kita adalah halal. Walaupun bukan negara Islam, amat mudah untuk memperolehi makanan halal di Tokyo. Siap ada applikasi smartphone untuk memudahkan kita mencari restoran halal di Tokyo. Jadi tak perlu risau kelaparan di Tokyo.

Bullet Train Japan
3. Sistem pengangkutan yang teramatlah efisien
Tahap kecekapan sistem pengangkutan Tokyo sudah terkenal seantero dunia. Kalau train dijangka datang 10.30 pagi, memang pukul 10.30 pagi akan sampai train tersebut. Bukan 10.31, bukan 10.32 atau ataupun 10.29. Memang sharp on time. Ini memudahkan kita selaku pelancong untuk merancang perjalanan. Lagi best, kesemua tempat-tempat pelancongan, bandar-bandar wajib lawat dan yang sewaktu dengannya boleh dilawati dengan menggunakan train.

Bandar Shibuya
4. Bandar Shibuya yang happening sampai pukul 3 pagi
Kalau dah ke Tokyo, tak lengkap rasanya kalau tak singgah ke Shibuya. Inilah antara tempat paling happening untuk melihat budaya terkini, shoppping sakan dan melihat kemodenan Tokyo. Shibuya dibuka setiap hari sampai jam 3 pagi. Jadi boleh lepak sampai lebam. Sekiranya anda seorang wanita,anda mesti suka Shibuya. Jangan sampai rambang mata dan tak nak balik sudahlah.


5. Tokyo Disneyland
Tak perlu dikatakan lagi tentang keseronokan Tokyo Disneyland yang merupakan antara Disneyland terbesar di dunia. Bukan budak-budak je yang akan suka, mak bapak budak pun tidak dapat mengawal diri sebaik sahaja masuk ke taman tema ini. Daripada tips yang diberikan, dicadangkan agar jangan pergi ke Tokyo Disneyland di hujung minggu. Kalau tak, habis masa beratur je.


6. Negara yang bersih.
Isu kebersihan memang tak boleh lawan kalau nak dibandingkan dengan Malaysia, mesti jauh tertinggal. Banyangkan sungainya bersih sampai boleh basuh muka dan lihat. Dan satu lagi biasanya selepas makan mereka akan bersihkan tempat yang mereka seperti asal. Itu memang aku respek dengan diorang. Ingat tak masa dia dilanda Tsunami dulu, aku tengok masa dapat bantuan makanan diorang rilek aje beratur panjang untuk dapat makanan, tak perlu berebut-rebut, itulah jadi kelebihan mereka.

Amcam teruja tak nak pergi Tokyo? Anda terasa tak nak book tiket pergi sana hari ini juga. Untuk lebih memudahkan dan menyenangkan anda, kami nasihatkan anda ambil pakej percutian ke Tokyo bersama mana-mana agen pelancongan. Mereka pasti pakar bab-bab Tokyo ini. Biasanya, dengan menggunakan agen pelancongan, anda memang tak perlu risau tentang tiket, tempat tinggal, makanan, tempat nak gi lawat, tukang translate dan sebagainya, semua setel. Syok kan?

Untuk maklumat lanjut, layari GoTokyo.org. Arigato gozaimas!!!