Search

6 Tips Shopping di Johor Premium Outlet- JPO


Johor Premium Outlets (atau JPO) merupakan pusat beli-belah yang utama di Iskandar Malaysia, Johor, Malaysia. Pusat beli-belah ini terletak di daerah Kulaijaya. Johor Premium Outlets merupakan premium outlets yang pertama dibina di Asia Tenggara. Johor Premium Outlets dibuka secara rasmi pada 11 Disember 2011.


Pusat beli-belah ini menjadi tarikan kepada penduduk khususnya penduduk di kawasan daerah Kulaijaya, Johor Bahru dan negara berjiranan iaitu Singapura. Ia menempatkan barangan yang berjenama dan bertaraf antarabangsa seperti Coach, Adidas, Nike, Armani, Salvator dan sebagainya dan boleh mendapat potongan harga sebanyak 25% hingga 70%. Pusat beli-belah ini juga dapat dilihat melalui Lebuhraya Utara-Selatan selepas Persimpangan Senai Utara.


Johor Premium Outlets terletak secara strategik bagi kesenangan antara kedua-dua buah negara ini iaitu Malaysia dan Singapura dan juga boleh diberikan kesenangan sekiranya pelancong-pelancong yang melawat ke selatan tanah air. Masa perjalanan dari Singapura adalah 30 minit melalui Lebuhraya Link Kedua.


Penduduk Singapura juga boleh ke sana melalui Tambak Johor dan seterusnya melalui Lebuhraya Skim Penyuraian Timur Johor Bahru dan Lebuhraya Utara-Selatan yang mengambil masa selama 45 minit. Bagi sesiapa yang datang dari Kuala Lumpur akan memakan masa selama 3 hingga 4 jam melalui Lebuhraya Utara-Selatan. Pusat beli-belah Johor Premium Outlets juga dihubungkan dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Senai melalui Lebuhraya Link Kedua yang memakan masa selama 5 hingga 10 minit.

Berikut ada beberapa tips yang anda boleh gunakan bila shopping di sana.

1. Datang Awal.
Sebaik-baiknya datang lah awal sebelum pukul 10, jika lewat sudah tentu anda kena berebut parking dan keadaa cuaca yang agak panas dan kena bersesak pula tu.

Credit: www.ismalina.com
2. Survey dulu di laman web JPO.
Dengan ini kita boleh tahu outlet yang kita nak pergi dan promosi  yang terdapat disitu. Anda juga boleh dapatkan khidmat tour berkumpulan di laman web mereka. Anda juga boleh alert tentang kupon dan jualan murah melalui facebook Johor Premium Outlet.

3. Terus grab kalau dah murah.
Biasanya promosi tiap-tiap hari tidak sama, jadi kalau masa itu dapat harga yang murah dari biasa terus aje beli yek.

Credit: maszie.blogspot.com
5. Bersedia untuk Excersice
Memandangkan kedudukan antara outlet agak jauh jadi memang kena banyak jalan kaki kesana dan kemari. Kalau korang larat boleh ronda semua outlet. Jadi bersedialah ya..


6.  Kumpulkan Maklumat Promosi Jualan.
Mungkin kalau anda betul-betul mahu shopping, sebelum ke JPO dapatkan risikan-risikan kawan yang duduk disekitar JB untuk tahu bila sale akan berlansung. Contoh Year End Sale, Sale raya Cina dan sebagainya

Credit: sg.heregotsales.com
Sebaik-baiknya buatlah perancangan jika ingin datang ke JPO, Mereka yang datang dari jauh sebaiknya datanglah awal atau dapatkan penginapan disekitar bandar Kulaijaya. Lagi satu pastikan korang dah peruntukkan bajet untuk shopping takut nanti over bajet atau terbeli barang yang tidak perlu. Sudah tentu islam mengalakkan kita supaya bersederhana dalam berbelanja Semoga tips ini serba sedikit dapat membantu anda ketika shopping di Johor Premium Outlet.