Search

7 Tempat Percutian di Krabi Yang Korang Patut Pergi!

Krabi merupakan salah satu destinasi yang popular di Thailand terutamanya pelancong-pelancong dari Malaysia, jadi kalau korang yang merancang percutian di Krabi patut tengok beberapa tempat percutian ini supaya ada dalam list tempat percutian korang nanti. Jangan kata nanti kami tak payung ya!


1.Pulau Poda
Lokasi: Pulau Poda, Ao Nang, Krabi Town, Thailand
Menyajikan pantai bersih dengan batu karang yang cantik dan air yang jernih. Korang yang suka mandi manda, pantai yang putih dan ersantai mesti suka ni.Kalau korang suka melihat matahari terbenam boleh turut serta dengan cruise yang turut serta melawat 5 buah pulau sekitarnya.Ombak yang tenang memberikan peluang untuk anak-anak bermain air ditepi pantai sambil beriadah dengan keluarga.



2.Pantai Railay.
Lokasi:  Tambol Saithai, Railay Beach, Krabi Town 81000, Thailand
Confirm menyajikan pemandangan tepi pantai yang memukau mata sambil mandi manda. Jika anda anda suka boleh sahaja untuk menginap di resort yang berhampiran disini jika benar-benar untuk menikmatinya.

Credit : www.railay.com

3.Bukit Batu Kapur Pantai Railay
Lokasi: Railay Beach, Krabi Town, Thailand
Korang yang suka buat aktiviti outdoor memang patut datang tempat, korang boleh nikmati pemandangan semulajadi yang indah dan permai disamping melakukan aktiviti memanjat bukit batu kapur. Pernah di nobatkan sebagai 5 destinasi utama dunia bagi sukan memanjat.



4.Pulau Phi Phi
Lokasi: Nopparat Thara National Park, Krabi Town 81000, Thailand
Pantai yang indah dan seronok dengan aktiviti seperti snookerling.Elakkan pergi ketika musim sibuk sprti cuti sekolah atau hari minggu. Sudah tentu ia akan sesak dan melimpah dengan pengunjung.
Anda boleh datang ke Pulau Phi Phi dengan menaiki bot laju, bot panjang atau menaiki feri dari jeti Ao Nang. Ia jua menyediakan tempat makan  dan pelbagai jenis sukan air dan menjadi salah satu destinasi untuk berbulan madu. Confirm tempat wajib setiap orang yang datang bercuti ke Krabi.

Credit: www.holidaygogogo.com
5.Tup Island
Lokasi: Ao Nang, Krabi Town, Thailand
Mungkin korang boleh ambil pakej Tour ke 4 buah pulau untuk menikmati kesemua 4 buah pulau yang cantik dan air yang jernih. Korang boleh jalan kaki sahaja ke pulau ini ketika air surut. Kalau boleh elakkan datang kesini ketika musim hujan, sebabnya confirm suasana takkan sama ketika hari cerah.

Credit: thomyamthailand.com


6.Pantai Khlong Muang.
Lokasi: Nong Thale, Krabi Town, Thailand
Kalau korang nak lihat pemandangan matahari terbenam di tepi yang cantik dan memukau, korang patut datang sini. Satu lagi kat sini lebih tenang dan aman berbanding dengan pantai yang lain. Kalau korang rasa jemu duduk di resort bolehlah ambil bot laju atau bot panjang untuk pergi ke pulau-pulau di jeti yang berhampiran.


Credit: tripadvisor.com.sg


7.Trail Alam di Bukit Tab Kak Hang Nak.
Lokasi: Krabi Town, Thailand
Bila korang dah letih bermain dengan air, boleh lah cuba aktiviti menjejak alam semulajadi dengan memanjat Bukit Tab Kak Hang Nak. Pastikan korang sediakan pakain yang sesuai dan berstamina, takut korang pancit bila panjat bukit tu nanti. Inilah masa untuk  bertemu dan berbicara dengan alam dan melarikan diri dari hirok pikuk kota.


Itulah dia 7 tempat percutian di Krabi yang korang wajib pergi dan nikmati bila bercuti di sana. Kalau korang nak pergi  cepat-cepatlah buat persediaan yang secukupnya supaya tidak kecewa dikemudian hari. Carilah masa yang betul dan elakkan dari pergi ketika masa puncak seperti cuti sekolah atau cuti umum, korang tahulah dah tentu akan sesak nanti bila time macam itu. Inilah masa kita travelje...kan. Orang kata jauh berjalan luas pemadangan bertambah pengetahuan....