Search

8 Hotel Bajet di Cameron Highlands Menggamit Percutian Anda


Dengan cuaca yang semakin panas akhir-akhir ini, Cameron Highlands muncul sebagai destinasi cuti-cuti Malaysia pilihan ramai kerana cuacanya yang dingin dan udaranya yang cukup nyaman. Di Cameron Highlands, ada banyak hotel murah yang sesuai untuk percutian bajet anda bersama keluarga tercinta. Berikut adalah senarai lapan hotel murah atau hotel bajet di Cameron Highlands:

1.Hotel Snooze Too, Cameron Highlands (~RM80)

Credit: Feliciaongml.blogspot.com
Hotel Snooze Too merupakan hotel bajet yang serba moden di Brinchang Square, Brinchang, Cameron Highlands. Walaupun nampak simple, bilik biliknya sesuai untuk penginapan sekeluarga kerana dilengkapi katil-katil besar disamping televisyen LED dan sofa ala bean-bag. Atas sebab itu, banyak yang suka membawa anak-anak bersama untuk menginap di sini. Kepada yang memandu, ada banyak tempat pakir di sekitar hotel ini yang terletak di kawasan kedai baru di Brinchang. Hotel murah di Cameron Highlands ini mempunyai lokasi yang amat strategik kerana dekat dengan pasar malam. Terdapat banyak gerai-gerai makan dan restoran di sekitar hotel di Brinchang Square ini. Lif juga disediakan bagi mereka yang duduk di tingkat atas. Ketiadaan almari merupakan satu-satunya kelemahan bilik hotel murah di Cameron Highlands ini.

2.Jasmine Hotel, Cameron Highlands (~RM100)


Credit: www.booking.com
Terletak di jalan utama Bandar Brinchang, Cameron Highlands, Hotel Jasmine merupakan hotel murah di Cameron Highlands yang cukup popular untuk para pengunjung. Yang penting, pada kadar bilik yang murah di sekitar RM100, Hotel Jasmine menyediakan Wi-Fi PERCUMA di semua 72 bilik-biliknya.  Katir di dalam bilik juga cukup besar. Televisyen di dalam bilik pula merupakan televisyen LCD yang lengkap dengan saluran satelit. Dengan lokasinya yang strategik, tempat tarikan pelancong seperti Gurdwara Sahib Brinchang dan Tokong Sam Poh juga dekat dengan hotel di Cameron Highlands ini.

3.Hotel Parkland Cameron Highlands (~RM90)

Credit: www.hotels.com
Hotel Parkland merupakan hotel bajet serba moden di Brinchang, Cameron Highlands. Hotel ini menjadi pilihan pengunjung-pengunjung yang datang ke Cameron Highlands untuk melancong maupun untuk tujuan bisnes. Kedudukannya juga dekat dengan tarikan pelancong utama seperti Gurdwara Sahib Brinchang, Tokong Sam Poh. Antara kemudahan utama yang tersedia di hotel bajet di Cameron Highlands ini adalah lif, pakir percuma dan wifi internet di semua bilik dan di lobi hotel. Bagi pengemar golf, padang golf hanya terletak kurang 3km dari hotel murah ini. Sama ada anda berada di Cameron Highlands untuk menikmati cuaca yang dingin, berishtirahat, melancong ataupun urusan perniagaan, hotel Parkland Cameron Highlands dapat memenuhi keperluan penginapan anda dan keluarga anda.

4.KRS Pines Guest House (~RM50)

Credit: www.cameroonhighlands.info.com
Terletak di Jalan Mentigi, Tanah Rata, Cameron Highlands, KRS Pines Guesthouse merupakan sebuah hotel ala homestay in Cameron Highlands yang terletak hanya 4km dari ladang teh Cameron Bharat. Ladang strawberry, ladang teh BOH dan Lembah Kaktus (Cactus Valley) juga mudah dikunjungi dari hotel murah di Cameron Highlands ini. Hotel ini merupakan antara hotel yang paling murah di Cameron Highlands. Penginap hotel homestay ini juga boleh bersantai di taman hotel hotel ini selepas mengunjungi tempat-tempat tarikan pelancong di Cameron Highlands. Wifi percuma juga disediakan bagi kemudahan pengunjung di lobi hotel dan juga di tingkat bawah. Hotel homestay murah di Cameron Highlands ini menyediakan tiga jenis bilik bagi memenuhi keperluan pengunjung ke sini. Anda boleh memilih antara bilik tunggal untuk penginapan bersendirian, bilik twin untuk dua orang, ataupun bilik triple untuk empat orang.

5.TJ Lodge (~RM50)

Credit: Dino Ramos
Terletak di Persiaran Camelia 3, Bandar Baru Juta Villa, Tanah Rata, Cameron Highlands, TJ Lodge merupakan salah satu hotel yang paling murah di Cameron Highland. TJ Lodge sesuai bagi mereka yang ingin menziarahi pekan Tanah Rata, Cameron Bharat Plantation dan Hospital Tanah Rata. Walaupun sewa biliknya cukup murah, TJ Lodge menyediakan WiFi percuma di semua bilik tetamu dan ruang lobi hotel. Terdapat banyak restoran di sekitar TJ Lodge. Jadi, hotel ini amat sesuai bagi mereka yang jalan-jalan cari makan di Cameron Highlands. Di hari minggu pula, anda dapat mengunjungi pasar minggu yang ada di sekitar hotel ini.

6.Sam Jade Guest House (~RM80)

Credit: Tripadvisor.co.uk
Hotel ala guest house ini terletak di Jalan Pecah Batu, Brinchang, Cameron Highlands. Persekitarannya yang sunyi tetapi dekat dengan pekan menjadikannya amat sesuai bagi mereka yang impikan suasana yang tenteram semasa bercuti. Hotel berbintang satu setengah ini menyediakan ruang bilik yang besar untuk keselesaan anda. Pada waktu malam pula, anda boleh bersantai sambil berbual-bual dengan keluarga dan sahabat handai di kawasan bumbung terbuka sambil menghayati gemerlapan bintang di langit. Sam Jade guest house merupakan antara hotel murah yang paling popular di Cameron Highlands. Tempah bilik di hotel ini seawal mungkin terutamanya di musim cuti sekolah.

7.Silverstar Hotel (~RM150 untuk bilik 5 orang)

Credit: www.agoda.com
Terletak di jalan utama Brinchang, Cameron Highlands, Silverstar Hotel merupakan hotel murah di Cameron Highlands yang sangat popular dengan bilik sekeluarga yang lengkap dengan katil untuk 5 penghuni. Bilik di hotel ini juga cukup luas. Lokasi Silverstar hotel juga cukup strategik kerana dekat dengan Galleria Time Tunnel dan Kebun Strawberry Raju’s Hill. Selain wifi percuma di bilik, hotel ini juga menyediakan wifi percuma di lobi. Terdapat banyak restoran di kawasan hotel ini. Oleh sebab lokasinya yang strategik, agak sukar untuk mencari parkir di sekitar hotel ini. Kepada yang memandu ke sini, harap bersabar apabila mencari tempat parkit semasa mengunjungi hotel murah di Cameron Highlands ini.

8.Country Lodge Resort (~RM90)

Credit: www.tripadvisor.com.my
Kelebihan hotel ini adalah lokasinya yang dekat dengan pasar malam di Brinchang. Kalau anda datang bercuti di Cameron Highlands bersama anak-anak, hotel murah di Cameron Highlands ini juga amat sesuai kerana family studio dan apartmen 2 biliknya cukup untuk memuatkan 6 orang.  Terdapat juga bilik quad di Country Lodge Resort untuk 4 orang penghuni di samping Bilik Deluxe untuk 2 orang. Walaupun hotel ini bergelar resort, ia hanya bertaraf dua bintang. Jadi, jangan kecewa jika anda tidak menikmati kemudahan resort di sini. Pada harganya yang begitu murah, hotel ini hanya menyediakan kemudahan asas seperti wifi percuma untuk pelanggannya.

Sebenarnya ada banyak lagi hotel-hotel bajet di Cameron Highlands yang murah dan boleh anda diami semasa percutian anda di Cameron Highlands, tetapi anda kena survey harga yang ditawarkan mereka berbanding dengan servis yang diberikan. Sebaiknya buatlah persediaan sebelum anda datang bercuti ke sini. Takut-takut hotel yang anda inginkan sudah habis ditempah. Selamat bercuti ya!