Search

8 Tips Halal Yang Best Untuk Percutian Ke Guangzhou




Kalau korang memang minat shopping korang patut datang bercuti ke Guangzhou. Sebut aje apa barang yang korang nak confirm ada punya. Siap ada yang tawarkan Pakej Borong ke Guangzhou dan trip borong Guangzhou khususnya mereka yang terlibat dengan bisnes menjual produk-produk daripada China untuk pasaran Malaysia. Mereka yang inginkan  percutian bajet bolehlah rebut peluang tambang murah yang dipromosikan Air Asia dengarnya ada 30 juta tempat duduk ditawarkan.

Maksudnya memang sini syurga tempat membeli belah. Itu kalau korang ada jiwa suka membeli belah. Tak kurang juga yang suka melawat tempat-tempat yang menarik di Guangzhou untuk melihat sejarah perkembangan Islam di China dan melihat keindahan alam ciptaan Yang Maha Kuasa. Kata orang semakin jauh berjalan semakin bertambah pengetahuannya dan semakin tinggi takwanya.



Nak pergi backpackers atau travel agency? Terpulang kat koranglah. Kalau korang dah biasa travel dan ada pengalaman melancung ke China, itu bukan jadi masalah. Bagi mereka yang first time mungkin masalah besar buat korang, jadi aku suggest pergilah dengan travell agency yang berreputasi dan nama yang baik dalam servis mereka. Sebaik-baiknya kalau ada member yang pernah pergi dan rekomen servis mereka. Ada juga yang mencadangkan menggunakan khidmat Kembara Sufi Travel & Tours yang menawar pakej perlancungan muslim.

Supaya kelak korang tak kena tipu dengan agency yang tikam kat belakang dengan berkomplot di kedai-kedai yang mereka bawa. Kesudahannya korang juga yang frust menonggeng nanti.

Ini beberapa tips yang aku cadangkan supaya travel korang ni lebih bermakna dan happening.

1. Buat perancangan awal, ini termasuklah untuk menempah tiket penerbangan, tampat-tempat menarik, port makan yang best-best dan tempat penginapan yang berpatutan. Sudah tentu korang nak dapatkan harga yang murah dan servis yang terbaikkan?



2.Gunakan khidmat teksi yang dikhususkan oleh pihak Baiyun International Airport, sebaik-baiknya elakkan mengambil dari ulat teksi yang kat luar sana, takut nanti menyesal tak sudah. Atau korang boleh gunakan sahaja Guangzhou Metro Subway untuk pergi kemana-mana lokasi dengan harga yang murah. Jangan lupa dapatkan peta Subway supaya korang tak sesat nanti.



3.Download apps Google Translator di telefon pintar anda atau gunakan Pleco Chinese Dictionary yang memberikan anda terjemahan dalam bentuk tulisan tangan yang anda boleh tunjukkan sekirannya ingin membuat pertanyaan. Untuk memudahkan anda menunaikan solat sebaiknya install apps "Qiblat" supaya memudahkan anda mendirikan solat ketika dalam perjalanan.


4.Dapatkan Simkad Data yang anda boleh dibeli 2MB pada harga 150 Yuan di Baiyun International Airtport yang korang boleh gunakan untuk buat carian semasa bercuti nanti. Yang pastinya memang takkan habis disebabkan Facebook, Instagram dan Google memang tidak boleh diakses disana disebabkan polisi negara mereka.

5.Dapatkan senarai tempat makan best diGuangzhou. Paling senang korang boleh lihat signboard hijau dan logo halal. Kalau ragu-ragu baik korang sediakan list restoran yang telah dicadang oleh rakan-rakan yang pernah pergi ke Guangzhou. Antara yang korang boleh cuba adalah 9 restoran halal berikut:

1. Saba Restaurant Guangzhou

2. Salam Harbor (Fast food halal)


3. Arabian Night Restaurant

4. Nur Bostan Muslim Restaurant


5. Sultan Restaurant Guangzhou

Credit: www.sultanrestaurant.com.cn
6. Al Madina Restaurant

Credit: salhasmidahsblogspot,com

7. Xinjiang Muslim Restaurant



8. Indian Chef Restaurant, Beijing Lu


9. Abdullah Qinghai Moslem Restaurant


Kebanyakan tempat-tempat makan adalah hampir dengan masjid jadi memang tiada masalah untuk anda menunaikan kewajipan sebagai seorang muslim walau dimana-mana anda berada di Guangzhou

5.Jangan lupa melawat 2 tempat istimewa bersejarah umat Islam di Guangzhou iaitu:


Masjid dan Makam Saad Bin Abi Waqqas
Makam Saad Abi Waqqas yang terletak di perkarangan Masjid Xiaobie atau Masjid Saad Bin Abi Waqqas.Dari tanah Arab dengan perjalannya mengambil masa selama 14 tahun untuk sebarkan hidayah di China. Asbab pengorbannya 28 juta rakyat China memeluk Islam. Cara terbaik kalau korang nak pergi sana dengan menggunakan Guangzhou Metro Railway dan ambil hentian Yuexiu Park dan keluar ikut Exit B. Dalam 6-8 minit korang akan sampai dengan berjalan kaki.


Masjid Huaisheng.
Dibina semasa zaman Saad Abi Waqas lebih 1300 tahun yang lampau dan merupakan masjid tertua di China semasa pemeritahan Dinasti Tang. Ia juga dipanggil dengan nama-nama lain seperti Masjid Raya Canton, Masjid Guangta Si, Masjid Huai-Sheng, Masjid Hwai Sun Su, Masjid Huai-Shang, Masjid Huai-Shang Si dan Masjid Ying Tong.

Yuexiu Park
Zenhai Tower
White Cloud Mountain
Pearl River Cruise
6.Melawat tempat-tempat menarik seperti Yuexiu Park yang terletak di Gunung Yuexiu yang terkenal dengan pemandangan yang mengamit dan beberapa peninggalan sejarah seperti Zenhai Tower dan Chen Clan Ancestral Hall-Folk Craft Museum. White Cloud Mountain juga menjadi tempat yang wajib anda lawati yang terkenal dengan keindahan semulajadi yang pasti sukar untuk anda lupakan nanti.Jangan lupa menyusuri Pearl River diwaktu malam dengan menaiki Pearl River Cruise sambil dibuai angin malam yang sepoi-sepoi bahasa.


7.Memborong dan membeli belah sampai tak ingat dunia di beberapa tempat ternama Baima Market Tianma, Xindadi, Zhanxi dan Hongmian Bubugao semuanya terletak berhampiram dengan Metro Subway. Tempat-tempat berikut juga menawarkan pilihan untuk membeli belah yang tidak kurang hebatnya.

Global International Shoes Trade Center
Beijing Road

Pusat Borong Pakaian
1.Global International Shoes Trade Center
2.Beijing Road
3.Mouse Street Shopping Center
4.Shangxiajiu Pedestrian Street
5.The Palace Mall in China Hotel
6.Haizhu Square
7.Zhuangyuan Fang
8.Huale Road
9.Nonglinxia Xialu Commercial Street
10.Popular Front

Xiguan Antique Stree

Souvenier/Hadiah
1.Xiguan Antique Stree
2.Qingping Market
3.Yuansheng Ceram and Jade Craft Stree
4.Jade Street

Buku-buku
Guangzhou Book Center

Guangzhou Book Center
Barangan dan Perkakas Elektronik
1.Haiyin Square
2.Haiyin Computer City

Haiyin Square Credit: www.guangzhoutravelguide.com
Pasar Kain Dan Barangan Kulit
1.Tianxiong Textile Village
2.Zhongda Cloth Market
3.Zhong'ao Trade City for Leather Products
4.Wedding Dress Shopping Street

 Tianxiong Textile Village  Credit: www.farooghcargo.com
Produk Teh
Nanfang Tea Market

Nanfang Tea Market  Credit: teatrekker.wordpress.com
8.Sentiasa berhati-hati dengan beg dan barang berharga anda.Gunakan teksi kuning jika perlu dan jangan gunakan motosikal.Elakkan perhatian kepada orang asing dan jauhi dari keluar diwaktu malam seboleh-bolehnya.

Sebenarnya banyak lagi tempat yang anda boleh lawati, cuma yang saya nak ingatkan disini jika nak shopping tu janganlah sampai tak ingat dunia. Kalau korang pergi untuk memborong pastikan korang kena tahu prosedur pemeriksaan barang, urusan kastam dan penghantaran serta kos-kos yang terlibat. Kalau membeli-belah tu janganlah sampai membazir, pesan orang alim bersederhanalah dalam berjual beli dan janganlah sampai mengabaikan kewajipan kita sebagai seorang muslim. Selamat Bercuti ke Guangzhou!