Search

8 Tips Kekal Sihat Dan Bertenaga Ketika Bercuti

Pergi bercuti bersama keluarga adalah saat yang paling menyeronokkan dan ditunggu-tunggu. Pasti ramai yang akan mengambil kesempatan dari cuti sempena hari Wilayah dan juga cuti Tahun Baru Cina untuk pulang ke kampung ataupun bercuti ke destinasi pilihan. Memang banyak dugaan dan cabaran untuk menjaga pemakanan dan kekal sihat. Berikut adalah beberapa tips untuk kekal sihat semasa bercuti yang antaranya ialah:

1.Banyak Minum Air Kosong


Minum banyak air kosong adalah amat penting untuk tubuh anda. Anda perlu meminum sekurang-kurangnya 8 gelas sehari tetapi lebihkan jumlah tersebut pergi melancong atau bercuti kerana anda lebih banyak kehilangan air. Jangan sampai anda mengalami kekurangan air.

2.Bawa Snek yang Sihat


Snek di antara waktu makan utama adalah penting untuk mengelakkan makan berlebihan. Bawalah makanan yang mudah dan berkhasiat di dalam beg ketika berjalan seperti buah, kekacang dan sebagainya.

3.Tidur Mencukupi


Tidur adalah satu nikmat yang dikurniakan oleh Allah kepada kita. Tidur yang cukup member banyak menafaat kepada kita. Badan mudah mendapat penyakit sekiranya anda tidak mendapat tidur yang mencukupi.  Tidur yang cukup dan baik dapat merehatkan badan kita serta mengembalikan semula tenaga. Kalori juga dapat di bakar jika anda dapat tidur dengansecukupnya.

4.Jangan Terlebih Makan


Satu perkara yang perlu anda ambil perhatian ialah jangan makan terlalu banyak sewaktu melancong kerana dikhuatiri perut menjadi tidak selesa dan bakal mengganggu percutian anda. Minum air kosong dahulu sebelum menikmati hidangan.

5.Jangan Mudah Manjakan Diri


Kepenatan sewaktu berjalan dan pilihan makanan yang banyak di tempat anda melancong selalu mendorong anda untuk makan berlebihan. Memang bagus kalau dapat merasai semua makanan yang ada terutamanya yang tidak terdapat di tempat anda.  Kawal nafsu makan kerana bukan mudah untuk membakar kalori yang ada.

6.Rancang Aktiviti


Sudah pastinya aktiviti yang disusun dengan rapi akan memberikan kerihatan dan pengalaman bercuti yang menyeronokkan. Sebaliknya percutian yang mengejut dan tergesa-gesa membuatkan anda kelam-kabut dan tertinggal itu dan ini, ia boleh menyebabkan stress dan gangguan kepada kesihatan anda.

7.Sediakan Supplement.


Kalau anda ada alahan atau masalah kesihatan sebaiknya disediakan ubat-ubat yang diperlukan. Namun begitu anda boleh sediakan ubatan biasa seperti ubat demam dan selesema. Biasanya kalau anda pergi melancong, sudah tentu agak sukar mencari ubat yang sesuai dan lokasi anda yang menghadkan aktiviti anda untuk mendapatkan ubatan tersebut.

8.Kekalkan Stamina.


Kalau anda terlibat dengan percutian dengan aktiviti fizikal seperti memanjat bukit atau gunung, pastikan anda sudah menyediakan diri anda dari segi metal dan fizikal. Jangan pula sekiranya anda tidak pernah bersenam tiba-tiba turut serta dengan aktivi memanjat bukit, sudah tentu anda akan termengah-mengah dan juga boleh mengakibatkan serangan jantung. Jadi sebaiknya anda sudah sediakan diri anda 1 atau 2 bulan sebelum itu dengan sentiasa bersukan dan bersenam untuk mengekalkan metabolisma badan anda.

Amalkan gaya hidup sihat dan kekal sihat semasa bercuti supaya anda boleh menikmati percutian anda dengan lebih indah!