Search

9 Tempat Menarik Di Turki Yang Disukai Rakyat Malaysia


9 Tempat Menarik Di Turki Yang Di Sukai Rakyat Malaysia | Saya bercadang nak bawa satu famili ke Turki pada tahun hadapan. Cuti sekolah bulan November adalah masa terbaik sebab masa tu cuaca dingin dengan musim gugur. Kalau bulan November caj penginapan kita boleh dapat tak sampai RM 200 semalam.



Saya dah nampak hotel mana yang akan saya menginap nanti. Nanti saya buat satu post tentang beberapa hotel berdekatan area tu yang pada saya sangat convinient kerana sangat strategik dengan lokasi percutian yang popular.Sebelum itu untuk ke Turki ada beberapa penerbangan yang boleh kita ambil.

Kebiasaannya penerbangan ke Eropah akan lebih murah menggunakan penerbangan timur tengah.Emirates airline, Etihad, Qatar Airways. Alitali, Oman Air antara yang selalunya menawarkan tiket tambang murah . Kalau nasib baik boleh dapat antara RM 1500- RM 1700 tetapi kena selalu browse web mereka atau check di Wego.

9 Tempat menarik di Turki yang akan saya masukkan dalam itinerari.

1.Masjid Sultanahmet atau Masjid Biru

masjid biru

Masjid ini di bina pada tahun 1609 pada zaman Uthmaniah . Ia terletak di sekitar kawasan Sultanahmet jadi carilah hotel di sekitar kawasan ini kerana kita boleh berjalan kaki untuk ke sini. Masjid ini di bina untuk menandingi Haghia Sofia yang ketika itu terkenal sebagai masjid yang terhormat di Istanbul .

Sultanahmet membina masjid itu sebagai masjid pertama di zaman beliau sebagai lambang kehebatan empayar Turki. Uniknya masjid ini ia ada 6 menara ketika pada zaman tersebut semua masjid hanya ada 4 menara sahaja. Rekabentuk masjid juga merupakan gabungan senibina Byzantine serta tradisi islam.

Binaan kaca yang asal di dalam masjid ini di datangkan khas sebagai hadiah dari Venice. Tiada sebarang bayaran di kenakan kepada pengunjung masjid ini cuma ia tidak di buka kepada pelancong ketika waktu solat.Kenapa masjid ni di panggil masjid biru? Rupanya ia di namakan masjid biru kerana jubin yang menghiasi bahagian dalam dinding masjid menggunakan warna biru.

2.Haghia Sofia

haghia sofia

Haghia Sofia asalnya adalah sebuah gereja. Ketika Sultan Muhammed ke 11( Sultan Al Fatih ) menawan Constantinople ia menjadikan Haghia Sofia sebagai masjid. Sultan Al Fatih sendiri mengimamkan solat di masjid tersebut.Ketika Kamal Attarturk merampas kuasa di zaman kejatuhan Empayar Uthmaniah, masjid ini di tukar kembali menjadi sebuah muzium.

Ada info yang saya jumpa bahawa ada dinding Haghia Sofia yang menunjukkan ciri-ciri ugama kristian yang telah di tutup oleh Sultan Al Fatih ini telah di kopek semula. Ia bertujuan untuk menunjukkan asal binaan Haghia Sofia sebagai sebuah gereja .

Untuk masuk ke sini kita akan di kenakan bayaran sebanyak 25 TL , lebih kurang RM 37.50.

3.Grand Bazar

grand bazar

Grand Bazaar merupakan salah satu tempat menarik di Turki dan paling popular untuk pelancong membeli belah. Ia merupakan pasar berbumbung yang tertua di Turki dengan keluasan sebanyak 54000 meter persegi. Besar sungguh ni. Di dalam pasar ini boleh di katakan kesemua barangan yang di gemari pelancong boleh di dapati.

Oleh kerana bilangan pengunjung yang datang ke sini sangat ramai hingga mencecah 400,000 orang sehari harga barangan adalah lebih mahal berbanding di tempat lain. Ada hampir 4000 buah kedai yang mana letaknya bersambung-sambung di antara 56 lorong di dalam pasar tersebut. Pasar ini di buka setiap hari dari 9 pagi hingga 7 malam.

4.Hippodrome

hippodrome

Hippodrome ini adalah sebuah dataran yang letaknya bersebelahan dengan masjid biru. Sekali pandang binaan hippodrome ini seperti binaan untuk Freemason yang banyak terdapat di mana-mana kota terkenal seperti Dubai , Vatican City, Washington malah di Putrajaya.

Semasa saya bercuti ke Paris dulu pun ada bentuk macam Hippodrome ni. Mereka panggil Place De La Concorde.Tak ada yang menarik pun sebab saya tengok macam tiang besi je.Ini mungkin tektik Freemason dan Illuminati yang mahu menguasai dunia kerana setiap binaan itu mempunyai maksud tertentu. Kalau di Mekah ia adalah tempat untuk melontar jamrah dan simbol kita menentang syaitan.

Hippodrome ni di masukkan saja dalam list ni kerana jaraknya dekat saja dengan masjid biru. Tak ada apa yang perlu di banggakan dengan binaan ini cuma alang-alang dah sampai bolehlah rakamkan gambar dan muhasabah diri.

5.Basilica Cistern

basilica cistern

Tempat ini adalah sebuah tempat simpanan air yang besar seperti sebuah istana. Ia terletak di seberang jalan berdekatan dengan Haghia Sofia.Ia di gelar Sunken Palace yang telah berusia lebih 1000 tahun. Asal basilica ini merupakan sebuah pusat seni, ekonomi dan undang-undang di zaman Rom.

Di Basilica ini air di salurkan kepada orang awam melalui lubang-lubang di siling yang di tebuk seperti telaga. Di zaman pembinaannya di khabarkan seramai 7000 orang hamba terkorban. Maknanya tempat ni ramai orang mati he he. Tempat ini di buka setiap hari kepada pengunjung dengan bayaran sebanyak 10 TL atau lebih kurang RM 15.

6. Miniaturk

Miniaturk

Jika kita tak banyak masa atau tak cukup masa nak jelajah Turki , ada satu taman miniature yang konsepnya sama seperti Mini Europe di Brussels yang saya pernah singgah semasa di Belgium dulu. Kanak-kanak mesti suka tempat macam ni.

Di Miniaturk kita boleh lihat 105 monumen-monumen kecil senibina dari zaman Byzantine hinggalah ke zaman Empayar Othmaniah. 45 model senibina ini datang dari Istanbul , 45 dari daerah lain di Turki dan 15 model lagi di bina oleh orang Turki yang berada di sempadan negara lain.

Model -model bangunan ini termasuklah semua destinasi popular atau tempat menarik di Turki. Jika kita bercuti bersama keluarga dan bawa kanak-kanak di taman mini ni ada taman permainan kanak-kanak. Boleh luangkan masa sehari di sini . Ada bayaran di kenakan kepada pengunjung iaitu 10 TL atau duit kita dalam RM 15

7.Topkapi Palace

istana topkapi

Istana Topkapi adalah istana paling besar di Istanbul dan paling tua di dunia. Istana ini di bina semasa pemerintahan Sultan Muhamad Al Fatih dengan keluasan mencecah 700,000 ekar. Sewaktu kegemilangan istana ini ada seramai 4000 orang mendiami istana ini.

Ia menjadi pusat pentadbiran, undang-undang serta perpustakaan . Istana Topkapi menyimpan harta di raja, pakaian, barang kemas, hasil seni, senjata , jubah dan pedang Nabi Muhamad SAW serta barang-barang peninggalan nabi -nabi yang lain.

Memasuki istana ini kita berpeluang merasai bagaimana raja dulu-dulu menghabiskan masa mereka berehat dengan keluarga.2 tahun selepas kejatuhan Empayar Othmaniah dan di ambil alih oleh Kamal Attartuk istana ini di jadikan muzium.

Bayaran masuk ke istana ini adalah 20 TL ( lebih kurang RM 30 ) .Jika kita nak masuk ke kawasan harem iaitu kawasan peribadi kaum wanita yang tidak boleh di masuki oleh orang lelaki, bayaran tambahan sebanyak 15 TL atau duit Malaysia lebih kurang RM 22.50 di kenakan.

8. Bosphorus Cruise

bosphorus cruise

Ke mana-mana saya pergi saya tak akan tinggalkan peluang menaiki feri untuk bersiar-siar . Lain negara lain keindahan dan keunikannya. Saya ingin rasa sejuk air laut di negara yang saya lawati sebagai tanda saya dah sampai ke situ he he.

Bosphorus Cruise kita berpeluang melihat keindahan Istanbul dari laut . Kita akan di bawa melewati Selat Bosphorus yang memisahkan negara Turki dengan negara asia dan eropah. Turki adalah negara Islam yang kedudukannya yang berada di tengah-tengah.

Kita dapat melihat rumah-rumah penduduk , kubu pertahanan yang di bina askar dulu-dulu serta bangunan bangunan lama peninggalan zaman Othmaniah. Istanbul dulu terkenal sebagai sebuah kerajaan yang mempunyai pertahanan laut yang sangat di segani.

Ada beberapa pakej cruise yang kita boleh ambil dengan beberapa perhentian bergantung pada pilihan kita. Jika tak cukup masa dan lawatan yang singkat boleh ambil pakej cruise yang lebih murah.

Kalau ambil yang half cruise bayarannya 10 TL sahaja. Kalau full cruise yang bawa kita hingga ke Black Sea singgah minum tea di tepi jeti dan rehat-rehat tunggu feri datang semula 25 TL ( lebih kurang RM 37.50 ).

9.Mahmud Pasha Bazar

mahmud pasha bazar

Ini satu lagi kegemaran saya kalau berjalan. Mana-mana negara bila jumpa bazar ke, pasar lambak ke, car boot mesti nak singgah. Nak habiskan duit. Bazar ni bersebelahan dengan Grand Bazar. Jadi sekurang-kurangnya dapat masuk 2 bazar pada sekali perjalanan.

Di sini macam-macam barang yang di jual sama seperti di Grand Bazar cuma harga saya tak tahu. Rata-rata traveller yang dah pergi bagi tau harga di Grand Bazar lebih mahal berbanding bazar di luar bangunan tersebut. Rasanya memang mana-mana bazar kalau ada pelancong mereka akan letak harga mahal-mahal.

Rasanya dalam banyak-banyak tempat menarik di Turki ni Grand Bazar dan Mahmud Pasha Bazar nilah tempat yang paling boleh buat saya melekat lama . Ada banyak lagi tempat menarik di Turki tapi jauh sikit dari Istanbul. Hari ni saya cover yang dekat area Istanbul dulu. Ada masa saya riki-riki area lain Insyaallah.

Jom kira berapa bajet kena sedia kalau itinerari ikut 9 tempat ni aje.

Kalau nak kira bajet 1TL bersamaan dengan RM 1.50 ketika post ini di tulis. Boleh saja masukkan tempat menarik di Turki yang lain jika cukup masa.

  • Tiket kapal terbang RM 1700
  • Penginapan RM 500 ( anggaran semalam RM 100 seorang )
  • Bayaran masuk tempat pelancongan RM 200
  • Total RM 2400 ( tak termasuk tambang atau trasport lain dan makan-minum)

PS : Siapa yang pernah pergi Turki kalau mana yang tak berapa betul tolong betulkan ye atau kongsi di ruangan komen. Untuk cari hotel bajet di Turki boleh cuba cari di hotel yang murah di Sultanahmet.

Kredit Foto Tourmakerturkey