Search

Anda Kena Buat Aktivi Ini Jika Ingin Melihat Fenomena Pelik Ini Di Krabi!


Semasa bercuti di Krabi Thailand seorang gambar dari Philadelphia, Will Strathman telah bertemu dengan fenomena yang menakjubkan dimana dengan beliau melihat plankton mikroskopik bioluminescent, iaitu sejenis plankton yang mengeluarkan cahaya kebiruan mengelilingi para perenang diwaktu malam dan beliau berjaya merakamkan detik yang mengujakan itu. Ia lebih jelas ketika dibawah cahaya bulan yang baru.

Memang mengujakan mereka bila berenang-renang dan beribu-ribu plankton mikroskopik tersebut berenang-reang disekitar jari anda dengan kelipan kebiruan didalam air. Jadi kepada sesiapa yang nak merasai susana begini bolehlah datang ke Krabi di tempat yang betul.

Mengikut maklumat yang didapati dari krabiactivities.com memang mereka menganjurkan aktiviti dimana anda boleh berenang dan snoorkeling di beberapa kawasan di Laut Andaman di luar Krabi dan Ao Nang, Thailand. Pengalaman ini adalah unik dan sukar untuk anda temuinya di seluruh dunia.

Mereka yang mengambil pakej Krabi Island Tours bolehlah mendapatkan maklumat untuk aktiviti ini dengan operator yang mereka pilih untuk tour tersebut dan pastikan dulu adakah mereka buat lawatan untuk melihat fenomena unik ini.

Jadi selepas ini anda bolehlah masukkan aktiviti melihat fenomena Bioluminescent ini dalan itinerary travel anda dan jangan lupa ambil pakej island tour ya!

Jom kita cuci mata melihat beberapa foto fenomena bioluminescent yang menakjubkan ini!

Credit: willstrahmann
Credit: krabiactivities.com

Credit: krabiactivities.com

Credit: krabiactivities.com