Search

Berbuka Puasa di StarPoints Hotel Kuala Lumpur Memang Menyelerakan!

Buffet Berbuka Puasa StarPoints Hotel

Jika shopping untuk musim perayaan, sudah pasti Jalan Masjid India dan Jalan Tunku Abdul Rahman menjadi pilihan ramai jika anda di Kuala Lumpur. Andai anda bercadang untuk berbuka di kawasan ini, apa kata cuba menu buffet berbuka puasa di StarPoints Hotel Kuala Lumpur.

Antara lokasi hotel yang boleh anda cuba jika ingin menginap di Kuala Lumpur ialah di StarPoints Hotel Kuala Lumpur yang terletak di Jalan Masjid India. Hotel bertaraf 3 Bintang ini sangat sesuai kerana terletak di tengah kemeriahan tempat membeli belah cara Malaysia berdekatan dengan pusat penjaja Jalan Masjid India, Jalan Tunku Abdul Rahman dan juga Semua House.

Pertama kali singgah di StarPoints Hotel Kuala Lumpur untuk Buffet berbuka puasa memang satu pengalaman baru. Menu buffet berbuka puasa hidangan ala kampung memang memukau siapa yang sukakan menu tradisi dan menu orang kampung. Simple, tetapi sangat menyelerakan.

Banyak menu yang disediakan di Restoran utama mereka yang diberi nama Kababish Restaurant yang terletak di tingkat 14 bangunan hotel ini.

Kababish Restaurant StarPoints Hotel


Ikan Masak Kicap
Kerang Bakar dan Daging Panggang
Mihun Sup
Kebab
Antara menu yang terbaik di sini ialah kambing bakar, gulai daging, ikan goreng kicap dan juga mihun sup. Wow! Nampak biasa jer, tapi rasa asli tradisi cara orang kampung memang melekat bila makan di Kababish Restaurant StarPoints Hotel di Kuala Lumpur ini.

Restoran Kababish ini meyediakan menu makanan ‘special’ sempena bulan Ramadhan setiap tahun. Tahun ini membawa tema Hidangan Ala-Kampung, mereka menyediakan menu terbaik mereka untuk waktu berbuka bermula jam 6.00 pm sehingga jam 10.00 pm. Jangan risau, waktu sahur juga mereka menyediakan menu yang sedap untuk membolehkan anda ‘berselera’ sepanjang bulan Ramadhan ini.

Menu Berbuka Di StarPoints Hotel Kuala Lumpur


Ayam Panggang
Ikan Masak Kicap
Kang Kong Goreng Belacan
Gulai Daging
Promosi menu berbuka Hidangan Ala-Kampung di Kababish Restaurant StarPoints Hotel Kuala Lumpur bermula sejak 9 Jun sehingga 2 Julai 2016 nanti. Untuk pakej harga berpatutan, orang dewasa dikenakan bayaran RM50 dan kanak-kanak antara 4 – 12 tahun dikenakan bayaran RM25 sahaja. Promosi dilanjutkan lagi jika anda membeli 9 paxs, anda akan menerima 1 pax PERCUMA.

So, untuk abang-abang dan kakak-kakak yang bercadang nak shopping sepanjang bulan puasa di Bazar Ramadhan Jalan TAR dan sekitar pusat membeli belah seperti di Semua House, Jalan Masjid India atau bangunan SOGO, boleh cuba untuk mencuba promosi murah menu buffet berbuka puasa StarPoints Hotel Kuala Lumpur.