Search

Buffet Berbuka RM10 Restoran Sirah Memang Tak Masuk Akal!


Macam tak percaya aje, zaman ini ada kah restoran apatah lagi hotel buat buffet RM10? Korang tentu akan kata tak logik. Apa tidaknya, kalau kita berbelanja di pasaran ramadhan paling tidak mesti dalam RM10, contoh yang biasa beli kuih RM4 (2 jenis kuih tu), beli air bungkus RM3 dan ayam percik RM3.5 ini baru bajet untuk orang bujang kalau berkeluarga sudah tentu lebih lagi.

Credit: Facebook Restoran Sirah
Tapi itu bukan masalah kepada pengusaha Restoran Sirah, Firdaus Kamaruzzaman, 24 tahun yang mengusahakan Restoran Sirah Mee Udang Utara milik keluarga di Kota Warisan, Sepang. Walaupun ada peningkatan dari segi kos bahan mentah dan GST sejak dari tahun lepas ia tidak memadamkan niat beliau yang ingin berkongsi rezeki untuk beramal di bulan mulia ini. Pada beliau inilah kerja KEBAJIKAN beliau untuk pelanggan yang beliau kasihi.


Beliau juga imam jemputan di Masjid Putrajaya dan graduan tahfiz al-Quran memberi tahu pada tahun ini beliau menggunakan sistem tempahan laman web dimana setiap tempahan mestilah dibuat dari lam web untuk mengelakkan pertindihan tempahan. Segala tempahan dari whatsapp dan telefon tidak akan dilayan ini untuk mengelakkan dari masalah kekangan meja dan tempat duduk.

Antara menu yang disajikan adalah
Menu Special :

+ SOTONG GIANT GORENG PANAS PANAS

+ AYAM PERCIK

+ IKAN BAKAR

+ SIAKAP MASAM MANIS

+ KUIH MUIH

+ PELBAGAI LAGI MASAKAN THAI & MASAKAN KAMPUNG

(lebih kurang 20 ++ menu)
SOTONG GIANT BAKAR DIJUAL BERASINGAN DENGAN HARGA PROMOSI RM 10 Seekor ( Harga Asal RM6.50/100G )





Photo Credit: Facebook Restoran Sirah

Jadi rakan yang ada disekitar Kota Warisan dan Sepang  atau diluar kawasan bolehlah buat perancangan berbuka puasa disana nanti. Untuk tempahan buffet berbua RM10 Restoran Sirah boleh pergi ke website Restoran Sirah.

Lokasi : Restoran Sirah Kota Warisan
No 22 Jalan Warisan Megah 1/4
- Sebelah YL MART & SALON SENZE STUDIO ( Sebaris 7 Eleven Kota Warisan)

Sebarang Pertanyaan Cara Tempahan :

WHATSAPP SAHAJA : + 6012 3500 891