Search

Dalam Restoran Ada Air Terjun? Tengok Video Ni ! Hanya Di Filipina.


Villa Escudero terletak di San Pablo City di Filipina, Resort bergaya hacienda ni memiliki bilik dan muzium yang dipenuhi dengan benda-benda pelik. Tetapi tarikan sebenar villa resort ini adalah dari restoran yang berhadapan dengan air terjun.



Meja makan yang di buat daripada buluh dengan hidangan buffet di letakkan jauh sedikit daripada air terjun yang dikenali dengan Labasian Falls. Makanan yang dihidangkan bercitarasa tempatan dari ikan, daging dan nasi, sambil menjamu selera air terjun yang jernih dan bersih turun mengurut kaki para pelawat. Kalau teringin boleh sahaja anda ingin mandi-manda di air terjun tersebut.

Jika anda teringin untuk makan disini semestinya anda perlu mengambil pakej yang disediakan, sudah tentu ia perlu ditempah terlebih dahulu sebelum datang ke sini.

Air terjun Labasin pada asalnya bukan lah air terjun semulajadi, asalnya adalah dari limpahan empangan Labasin iaitu empangan hidroelektrik pertama di Filipana yang dibina oleh Don Arsenio Escudero pada tahun 1929. Beliau merupakan perintis usahawantani yang membuka ladang tersebut pada tahun 1900an.

Ladang ini dibuka kepada umum pada tahun 1981 untuk tarikan pelancongan pertanian. Koleksi barangan elektrik keluarga Escudero juga dipamerkan untuk tatapan umum di muzium di dalam villa tersebut. Antara aktiviti lain terdapat disini seperti berakit buluh di tasik, tarian kebudayaan, kemudahan sukan dan restoran-restoran lain.

Kalau anda yang melancong ke Filipina bolehlah terjah ke restoran tersebut. Untuk yang beragama islam kena check dulu halal atau tidak makan tersebut. Jom travel ke Filipina!