Search

Idea Mamat Ini Memang Cool Untuk Mereka Yang Travelje!

Memang cool idea mamat ni! Beliau memang meminati bidang rekabentuk sejak kecil lagi, hanya baru-baru ini beliau terfikir untuk kembangkan idea beliau kepada produk sebenar. Idea ini tercetus bila beliau selalu travel dan menggunakan penutup telinga ketika menaiki kapal terbang. Jadi beliau terfikir kenapa tidak aku buat penutup teliga aku sendiri? yang boleh diguna semula, tahan lama dan menebat bunyi dengan baik serta kelihatan lucu.

Berikut merupakan rekaan unit produk yang telah dihasilkan untuk pengeluaran. Tahan lasak, penebat bunyi yang sangat baik, tahan lama dan dapat mengurangkan kesakitan telinga ketika mendarat. Produk ini dibuat dari material silikon lembut dan mampu mengurangkan bunyi sehingga -27 desibel dan didatangkan dengan kontainer aluminium. Ia dijual secara online dan dijual pada harga Euro 14.90. Untuk makumat lanjut boleh pergi ke laplugs.com.

Aku tak rasa kat Malaysia dah ada guna penutup telinga ini. Tapi kalau anda orang yang pertama menggunakan laplugs ini memang cool sangat dan orang akan tertanya-tanya mana anda dapatkannya! Ini khusus untuk mereka yang selalu travelje kesana kemari untuk melancong, bercuti atau bekerja.













Photo Credit: Laplugs.com

Kesimpulannya  kalau anda kreatif dan minat, teruskan dan realisasikan minat korang supaya menjadi kenyataan. Sebabnya simple sangat, benda yang kita minat itulah yang suka kita buat dengan passion sangat. Memang cool kan?