Search

Jangan Lupa Singgah di 12 Tempat Menarik Ini Bila Datang Ke Labuan


Wilayah Persekutuan Labuan atau jolokannya Mutiara Borneo mungkin kurang mendapat tempat di hati para pelancong. Kedudukannya dalam peta Malaysia terlalu kecil. Ia berada di antara Brunei dan Sabah. Akses untuk memasuki negara ini adalah melalui Sabah, Sarawak dan Brunei.


Populasi penduduk di Labuan dianggarkan cuma 100,000 orang sahaja. Bandar Labuan merupakan bandar utama bagi negeri yang kecil ini. Bandar ini dikatakan sangat bersih dan merupakan antara bandar paling bersih di Malaysia. Pasti anda teringin melawat sebuah tempat percutian yang bersih dari sampah sarap bukan? Walaupun WP Labuan sebuah negeri yang kecil, ia juga mempunyai tempat-tempat yang menarik untuk dilawati. Di sini akan disenaraikan antara tempat menarik di Labuan.

1. Pantai Batu Manikar. 


Credit: annlabuan.blogspot.com
Pantai yang memenenangi Anugerah Kebersihan Pantai COBSEA 2008. Istimewa dengan keindahan matahari terbenam

2. Pantai Layang-Layangan. 


Credit: Flickr.com | by soul
Pantai berpasir putih yang bersih. Dihujung minggu ada persembahan nyanyian band. Antara aktiviti yang boleh dilakukan ialah menunggang kuda dan makan-makan

3. Pancur Pantai Hitam. 


Credit: www.attractionsinmalaysia.com
Terdapat banyak kedai-kedai makanan yang lazat untuk dinikmati. Antara aktiviti yang boleh dilakukan ialah merentas hutan ke Bukit Pohon Batu, puncak kedua tertinggi di Labuan, berkhemah dan berkelah. Boleh menghayati 3 puncak Bukit Batu Phin, Terowong Bersejarah Tanjung Kubong, Taman Burung Labuan dan tempat habitat semulajadi haiwan.

4.Kehidupan Tradisional Kampung Air

Credit: amangz.blogspot.com
Menghayati kehidupan tradisional bersama masyarakat di Kampung Patau Patau 2. Rumah-rumah di perkampungan air ini bercirikan tradisional yang dikekalkan dari warisan nenek moyang sejak 70 tahun yang lalu. Ada beberapa hidangan makanan tradisi yang lazat yang boleh dinikmati seperti Ambuyat, Sagu yang dimakan bersama sambal asam dan pedas yang diperbuat daripada mangga muda, cili dan udang kering.

5.Taman Peringatan Perang Dunia Ke 2

Credit: sikakitravel.blogspot.com
Tempat bersemadinya 3,908 orang pahlawan perang yang terkorban semasa pertempuran penawanan Borneo yang berlaku ketika Perang Dunia ke 2. Kebanyakan daripada pahlawan ini terdiri daripada warga Australia, Britain, New Zealand, Punjabi dan beberapa orang tempatan. Pada setiap tahun, hari Ahad pertama pada bulan November akan diadakan satu upacara peringatan yang dihadiri oleh pelawat-pelawat asing dan orang tempatan.

6.The Chimney

Credit: hamydy.wordpress.com
Sebuah binaan yang dianggap sebagai misteri yang belum terungkai. Sehingga kini, pelbagai andaian tentang fungsi sebenar binaan ini. Ada yang mengatakan ia adalah rumah api bagi kapal-kapal. Ada pula hipotesis The Chimney ini sebagai lubang pengudaraan bagi pembakaran namun tiada bukti kesan asap atau pembakaran yang boleh menguatkan hipotesis ini. Ada pula mengatakan ia adalah sebuah rumah besar yang tidak siap dan ada pula menganggap ia sebagai menara loceng. Sehingga kini, binaan yang terdiri daripada 23,000 batu merah setinggi 106 kaki ini masih lagi menjadi misteri.

7.Taman Damai (Taman Peringatan Keamanan Jepun)


Credit: zaharibb.com
Taman Peringatan bagi persahabatan semula antara Malaysia dan Jepun yang telah berperang di Borneo semasa Perang Dunia Ke 2. Ia dibina oleh pihak Jepun sebagai tanda permohonan maaf kerana telah menyebabkan kesusahan kepada mangsa perang dan kemusnahan yang besar akibat perang. Pihak Jepun telah menyerahkan semula Labuan kepada pihak Australia pada 9 September 1945.

8.Kompleks Bebas Cukai Labuan (Ujana Kewangan)


Credit: catzscafe.blogspot.com
Salah satu daya tarikan Labuan ialah pusat membeli belah bebas cukai. Ada pelbagai barangan popular yang boleh dibeli untuk cenderamata dan kenang-kenangan. Antaranya ialah mutiara, tekstil, coklat, ambuyat dan bermacam-macam lagi. Setiap hujung tahun, akan diadakan satu jualan besar-besaran dengan tawran diskaun yang menarik.

9.Muzium Marin Labuan


Credit: www.jmm.gov.my
Muzium marin yang berkonsep kapal dan mempunyai 2 tingkat bilik pameran. Terdapat pelbagai jenis hidupan marin yang menarik yang boleh dilihat. Antaranya ialah ikan ray, ikan rama-rama, ikan wrasse, belut, tapak sulaiman, jerung, gamat dan bermacam-macam jenis lagi. Di sini juga ada aktiviti untuk memancing dan menyelam.

10.Taman Burung Labuan


Credit: zonfiniti.blogspot.com
Terletak berdekatan dengan The Chimney di Tanjun Kubong. Landskapnya indah dan terdapat 3 binaan sangkar burung berkubah yang besar. Kebanyakannya adalah spesis burung Borneo.

11.Muzium Labuan


Credit: lbn.my
Muzium ini terletak di tengah-tengah bandar Labuan. Pameran di sini merangkumi semasa zaman era pra sejarah Labuan, Kesultanan Brunei, Zaman kolonial British, Perang Dunia Kedua, Kemerdekaan dan lain-lain sejarah. Selain itu, terdapat pameran berkenaan sosio dan budaya pelbagai kaum di Labuan seperti Kedayan, Cina, Kadazandusun, India, Sikh dan Melayu.

12.Kawasan Menyelam Labuan


Credit: www.sini.com.my
Pulau Labuan mempunyai tempat menyelam terbaik di Asia. Ada 4 destinasi menyelam bangkai kapal yang menarik iaitu Kapal Karam Australia, Kapal Karam Amerika, Kapal Karam Blue Water dan Kapal Karam Cement. Setiap satu kapal karam ini mempunyai cerita yang tragis dan bersejarah. Contohnya Bangkai Kapal Karam Amerika yang tenggelam akibat pelanggaran dengan periuk api semasa Perang Dunia Kedua yang mengorbankan 9 nyawa.

Selain tempat-tempat pelancongan yang disenaraikan di atas, ada banyak lagi sebenarnya tempat menarik di Labuan yang anda boleh lawati. Walaupun ia sebuah negeri yang kecil,  percutian ke sini pasti menjanjikan kepuasan kepada anda.