Search

Jom Bercuti Ke Bali Dan Lawati 11 Tempat Percutian Menarik Ini


Untuk entry ni I nak share sikit cerita Bali. Di sebabkan I ada mood nak update blog, jadinya di sini I nak list kan tempat-tempat yang menarik yang harus dilawati ketika berkunjung di Bali sebab ramai yang tanya apa yang menarik kat sana. For me..banyakkkk sangat tempat-tempat yang menarik kat sana. All I can say, Bali memang merupakan tempat yang sangat romantik dan emang nya nyaman sekali. Lagi satu, kat sana terlampau banyak temple kerana majority rakyatnya beragama hindu.

1. Kuta / Legian


Actually Kuta dan Legian ni jalan yang terletak bersebelahan saja. Hotel-hotel banyak terletak di kedua-dua jalan ni. Dari hotel backpackers hingga lah hotel yang paling mahal ada kat sini. Apa yang menarik kat sini, tempat ni memang happening dengan kedai-kedai jualan yang buka sampai malam. Kedai message, salon, shopping mall, salah satu mall yang menarik ialah Beach Walk. Dah sampai Bali kena la pergi spa kat sana. Kalau tak pergi, baik tak payah datang Bali.

Manakala untuk foreigner dan orang-orang muda mesti suka lepak di Legian sebab ada banyak pub dan kelab-kelab malam. Jangan tak tahu, kat jalan ni ada jugak fast food restaurant (Mcdonald's) yang dibuka 24jam.

Kalau minat surfing, pantai Kuta dan Legian memang sesuai untuk amature sebab ombak kat sini manja-manja je. Ouh..hari tu I tak sempat nak mandi manda pun sebab masa banyak di habiskan untuk jalan-jalan dekat area Bali ni.

2. Pura Tanah Lot


Tanah Lot ini terletak kira-kira 20km dari Denpasar. Tanah Lot merupakan salah satu kuil yang terletak di laut. Apa yang menarik nya, apabila air laut surut, pelancong boleh berjalan kaki pergi ke kuil. Tapi kalau air pasang, boleh tengok dari jauh je la sebab laluan akan dipenuhi air dan kelihatan seperti pulau yang cantik. Pemandangan ketika matahari terbenam pun boleh tahan lawa juga di sana. Masa boleh dihabiskan dengan jalan-jalan di kawasan Tanah Lot dan ada juga ada banyak gerai yang menjual cenderamata di sana. Make sure mintak tawar nanti tau. Bayaran untuk masuk kalau tak silap dalam 30,000Rp.

3. Pura Luhur Uluwatu 


Another temple dengan berlatar belakang kan pemandangan yang sangat menarik ok!. Sumpah tak tipu. Terlampau lawa sangat. Perjalanan mengambil masa kira-kira 1jam 15 minit dari Kuta. Temple ni terletak di atas bukit dan di bawah nya terhidang dengan lautan yang luas. Bayaran masuk ke Uluwatu sebanyak 3,000Rp dan setiap pelawat haruslah memakai sarong yang disediakan.

Di sini juga akan ada persembahan Kecak dance setiap kali matahari hampir terbenam. Bayaran untuk menonton Kecak dance ini sebanyak 70,000Rp seorang. Tapi make sure datang awal sebab boleh amil gambar banyak-banyak sebelum menonton kecak dance. I sampai dalam pukul 5 lebih dan rushing untuk ambil gambar dan lepas tu cepat-cepat cari seat sebab kalau lambat sikit seat semua penuh. Tapi memang fullhouse pun waktu tu walaupun hari-hari biasa.

Berhati-hati dengan barangan berharga uollss sebab di sini banyak monyet yang nakal-nakal yang amat. Habis nanti semua barang di ambil oleh mereka-mereka ini.

4. Jimbaran


Tempat ni I sangat sangat sangat rekomen kalau nak ber romantik sakan makan malam di tepi pantai. Jimbaran terletak kira-kira 20 minit dari Legian. Banyak restoran di sepanjang pantai ini yang menghidangkan makanan laut dan makanan akan di sediak dan dihidangkan di tepi pantai. Makan malam sambil diterangi lampu lilin dan berlatar belakangkan deruan ombak ..ohhh..memang kenangan yang paling manis ok! Di samping tu juga, turut di sajikan dengan alunan dan tarian traditional rakyat bali oleh pihak restaurant.

Dari segi harga pula..hurmm...boleh tahan mahal juga. Mungkin sebab tempat ni dah commercialize dan memang popular di kalangan pelancong.

5. Ulun Danu Temple


Perjalanan lebih kurang sejam lebih dari Kuta. Apa yang menarik di sini ialah permandangan dan landscape yang sangat indah ditambah pula suhu yang agak dingin. Temple ni terletak di tepi tasik yang berlatarbelakang kan gunung membuatkan tempat ini bertambah menarik. Kalau bertuah,  mungkin dapat lihat bagaimana mereka melakukan aktiviti penyembahan.

Kalau tak silap, ni upacara Melasti iaitu di mana pada hari tersebut, umat Hindu memakai pakaian berwarna putih dan melakukan sembahyang dengan tujuan untuk menyucikan diri dari segala perbuatan buruk di masa lampau

6. Temple

Credit: singaporemybelovedcountry-forumer.com
Di Bali ada banyakkkkkk sangat temple. Jalan sikit temple. Jalan depan lagi nampak temple. Pusing kiri kanan pun temple. Eh..berapa banyak weh temple. Dekat sana minority beragama hindu. Jadi jangan lah terkuzat plak. Memang permandangan biasa di sana.

Sempat singgah beberapa temple yang ada di sana. Uluwatu, bedugul dan tanah lot pun temple juga. Sekadar untuk menjamu mata dan mengagumi senibina dan ukiran temple tersebut tak salah kan? Kalau ada minta donation untuk temple boleh donate ke? Confuse sekejap. Sebab nanti macam kita support cara menyembahan mereka pula yang sah-sah menyembah patung.

Kebanyakkan temple-temple di sana memang agak menarik design dan lokasinya. Ada atas air, tepi tasik, atas bukit.

7. Kintamani 


Nak tengok gunung berapi Mount Batur yang aktif boleh pergi ke Kintamani. Lokasi agak jauh dari Kuta. Kira-kira sejam lebih perjalanan. Kawasan ni lebih kurang atas bukit. Kena pula time sampai tu hujan baru berhenti. Sepoi-sepoi bahasa angin bertiup.

Kalau yang pencinta alam boleh la datang sini. View memang awesome. Tengok dari jauh pun jadi lah.

8. Tegalalang


Ni juga salah satu tempat yang kena pergi lawat kalau ke Bali. View yang kehijauan dan kedesaan ni merupakan padi bukit yang terletak di Tegalalang. Lebih kurang sejam dari Bali. Rasa nya bila dah sampai Bali memang wajib bergambar kat sini. Tak complete rasa kalau tak ada gamba kat sini.

Jangan lupa masuk kat dalam list itinerary ok :)

9. Nusa Dua


Nusa dua ni tak sempat nak pergi tempoh hari. Tapi dari cerita rakan-rakan, tempat ni agak menarik sebab ada banyak water sports di pantai Nusa Dua seperti scuba diving, flying fish, para sailing, jet skiing. Kedengaran lebih meriah dari pantai kuta dan Legian nampaknya. Ok!..kena repeat ni.

Selain itu, banyak juga aktiviti lain yang boleh di buat seperti shopping, massage dan sight seeing. Pantai pun lebih cantik dari Kuta.

10. Blue point Beach

Tempat ni dah lama sangat teringin nak pergi. Hari tu pergi bali sekejap sangat tak sempat nak pergi tempat ni.

Let's picture do the talking. Shall we?



Emang nya sudah jatuh cinta sama ini tempat. Please share kalau ada sesiapa pergi sini.

11. Rock Bar



Tempat ni pun dah termasuk dalam 'To Go' list. Rock bar ni merupakan resort yang terletak di Jimbaran. Hari tu pak supir tak bawak pun ke sini. I am sad :( . Tempat ni sesuai untuk lepak-lepak dengan sahabat handai atau keluarga sambil layan sunset.

I pernah baca, kalau tak duduk kat resort tu pun boleh masuk kat Rock Bar ni.



Cantik kan!! *Terbayang duduk atas tu layan ombok sambil tangan memegang segelas air* syahdu beb.

Actually Bali ada banyak lagi tempat-tempat yang cantik kena pergi. Kalau pergi 3-4 hari memang tak cukup untuk cover semua tempat ni. Kena repeat 4-5 kali lah jawabnya.