Search

Kalau Anda Suka Ikan, Laut dan Terumbu Karang, 8 Pulau Cantik Di Johor Ini Menanti Anda


Tahukah anda terdapat pulau yang tidak berapa dikenali dan sangat cantik? Pulau-pulau ini kelihatan sangat eksklusif kerana mempunyai air laut yang jernih dan hidupan marin yang dilindungi. Bila bercakap mengenai pulau pasti yang terlintas di fikiran anda adalah pulau-pulau yang terkenal di sekitar Terengganu dan Sabah. Pulau-pulau ini bukan terletak di Terengganu mahupun Sabah tetapi di Johor! Jom kita terokai 8 pulau cantik di Johor ini.

Pulau Dayang



Credit: attractionsmalaysia.com
Pulau Dayang terkenal dengan aktiviti selaman. Pulau yang mempunyai air laut jernih ini menjadi tempat tumpuan kawasan penyelam skuba dan snokerling kerana mudah untuk mencari pengalaman melihat hidupan di bawah laut dengan lebih jelas malah boleh melakukan fotografi di dalam air. Perjalanan dari Jeti Mersing ke Pulau Dayang hanya mengambil masa kira-kira 4 hingga 5 jam.


Pulau Besar

Credit: www.cuti.my
Credit: geckoadventuregirl.wordpres.com
Pulau Besar (dahulu dikenali sebagai Pulau Babi Besar) adalah sebuah pulau di luar pantai timur Johor. Ia boleh diakses dengan menaiki bot dari bandar Mersing dalam masa kira-kira 30 minit. Pulau ini mempunyai pantai yang bersih, berpasir putih halus dan air biru yang jernih. Untuk memelihara hidupan laut pulau ini, Kerajaan telah mewartakan untuk melindungi spesies hidupan laut daripada sebarang aktiviti yang boleh membahayakan habitat semula jadi mereka.


Pulau Rawa


Credit: www.islandmalaysia.com

Pulau Rawa merupakan sebuah pulau karang di luar pantai timur Johor. Perjalanan ke pulau ini sejauh 16km dengan menaiki bot dari bandar Mersing. Pulau ini sangat popular di kalangan pelancong dalam dan juga luar negara yang ingin menyelam skuba dan snorkeling untuk menikmati kecantikan pantai pasir putih yang tidak tercemar. Terdapat perkhidmatan feri setiap hari dari Mersing.


Pulau Aur

Credit: www.attractionsinmalaysia.com
Credit: www.attractionsinmalaysia.com
Pulau Aur terletak kira-kira 65 km sebelah timur Mersing, Johor. Pulau Aur merupakan sebahagian daripada Taman Laut Johor. Batu karang, lagun dan kolam di sepanjang pesisiran pantai tersebut menjadi tarikan pelancong untuk ke pulau ini. Pulau Aur menawarkan perairan yang sangat jernih sebagai tempat menyelam yang paling menarik di negara ini.


Pulau Tengah

Credit: www.letsgojohor.com
Pulau Tengah adalah sebuah pulau milik persendirian yang terletak di pantai timur negeri Johor. Ia terletak di antara Pulau Besar dan Pulau Hujong. Perjalanan menaiki bot dari Mersing mengambil masa kira-kira 30 minit. Pulau Tengah juga merupakan tempat terbaik untuk menonton penyu belimbing besar naik ke darat untuk bertelur setiap tahun terutama pada bulan Julai.


Pulau Pemanggil


Pulau Pemanggil terkenal sebagai salah satu daripada tempat memancing terbaik di Malaysia. Pulau ini terkenal di kalangan nelayan kerana ia merupakan tempat yang sesuai untuk memancing laut dalam. Selain itu, tempat ini sesuai untuk aktiviti air seperti snorkeling dan menyelam skuba. Anda boleh mendaki ke atas bukit untuk melihat pemandangan indah di Pulau Pemanggil.


Pulau Tinggi

Credit: -www.malaysiaholidaystravel.com

Pulau Tinggi adalah sebuah pulau besar yang jarang didiami. Perjalanan menaiki bot dari Mersing ke Pulau Tinggi mengambil masa lebih kurang 45 minit. Pulau ini mempunyai air laut yang segar, buah-buahan, rotan, kayu dan sebuah pelabuhan serta terumbu karang yang dilindungi dan hidupan laut prolifik. Ia mempunyai garis pantai yang panjang dan pantai berpasir putih serta dihiasi dengan gua.


Pulau Sibu

Credit: www.tioman.org
Sebahagian besar Pulau Sibu diliputi oleh tumbuh-tumbuhan tropika. Terdapat beberapa resort kecil di pulau itu, yang biasa dijadikan destinasi percutian singkat pelancong dari Singapura. Aktiviti riadah utama pulau ini adalah sukan air seperti snorkeling dan menyelam.

Jadi selepas ini anda yang selalu pergi jauh sampai oversea tu bolehlah cuba terjah pulau-pulau cantik di Johor ni, kos pun tak mahal , kalau kita yang tak hargai negara kita siapa lagi kan?