Search

Kecut dan Kagum! Pengalaman Menaiki Belon Udara Panas Di Cappadocia, Turki!


Terapung di awangan ketika matahari terbit, dengan pemandangan yang mengasyikkan merupakan satu pengalaman pagi yang tidak boleh saya lupakan bila menaiki belon udara panas di Cappadocia.


Ini adalah sekelumit pengalaman daripada timbunan pengalaman travel saya sebelum ini.Pengalama yang dimana anda akan bertanya pada diri anda "Adakah ini Benar Berlaku?"

Apatah lagi anda bertanya ketika anda sedang memegang kamera yang telah merakamkan detik-detik tersebut dengan banyaknya tanpa dapat menterjemahkkannya dalam perkataan.

Yang pastinya aku akan bkata "korang kena pergi, untuk korang kena alaminya" That's It!


Cappadocia terletak di tengah-tengah negara Turki atau secara tepatnya di daerah Nevsehir di bahagian tengah Anatolia. Untuk ke sana anda perlu mendarat di lapangan terbang kecil Nevsehir dan mengambil shuttle bas yang mengambil masa 15 minit untuk sampai ke situ. Kawasan tersebut terletak agak pendalam dan kurangnya aktiviti  tetap memiliki landskap pemandangan yang menarik yang tidak pernah anda saksikan sebelum ini. Sehinggakan anda tertanya-tanya adakah anda tersalah terbang ke bulan. Memang dunia yang amat berbeza sangat.



Kebanyakkan pelancong yang datang kesini hanya untuk menaiki belon udara panas sama seperti saya. Seawal 5 pagi kami bergerak dari hotel dengan sekumpulan rakan pelancongan lain yang cukup teruja dengan pengalaman yang bakal dilalui. Sebaik tiba di pejabat Universal Ballon dalam kegelapan, kami ditawarkan dengan kopi dan sarapan pagi yang siap tersedia sambil menunggu tekanan angin yang sesuai. Biasanya ia sukar dijangkakan kalau cuaca yang tidak menentu mungkin silap-sila tiada penerbangan pun, itulah yang diberitahu oleh atendan yang memantau cuaca di situ.

Tidak jauh dari padang, terdampar beratus belon udara panas seperti gergasi yang sedang tidur atau kerlipan mentol. Tiba-tiba kami diberi lampu hijau untuk bergerak menaiki bus dan menuju ke belon gergasi masing-masing sementara agin diisi kedalam balon sambil melihat pemandangan langit yang merah menyala.



Selepas itu kami tergesa-gesa memasuki belon kami serami 20 orang semuanya. belon udara dengan pantasnya menjadi bulat dan sedia untuk diterbangkan, dan sebelum saya sedar belon kami sudah mula bergerak. Kami mula meningalkkan padang rumput kehijaun dan semakin naik keudara lagi dan lagi. Pada detik tersebut saya sungguh teruja dan kaku seketika. Juruterbang belon udara kami Ersoy melihat aku dengan ketawa sambil berkata "kita akan bergembira hari ini", sebabnya memang tiada cara untuk mengawal kelajuan dan arah belon udara ini yang ada hanya ketinggian.

Bila anda menaiki belon udara panas, anda hanya berharap kepada angin sahaja, ia menjadikan pengalaman yang menyeronokkan sekali, sedikit menyeramkan, mata yang teruja sambil tangan memegang erat bakul belon udara panas. Ia pengalaman yang menakutkan dan mendamaikan. Kami terapung dengan rumah merpati dan berbumbungkan cendawan yang kelihatannya beratus-ratus belon udara panas yang pelbagai warna dengan cahaya fajar yang menerangi subuh.


Selepas sejam, bakul kami diturunkan ke bumi dengan perlahan-lahan dan betul-betul jatuh di belakang Ute. Satu kad jadual telah disediakan dengan medal kejayaan dan minum untuk meraikan kejayaan tersebut.


Medal Kejayaan Udara Panas Aku!

Selepas itu shuttle bus menghantar kami pulang semula ke hotel gua kami. san saya menyambung balik tidur di katil sambil menyelami pengalaman baru tadi. Seperti antara tidur dan jaga, rasanya seperti mimpi dalam keadaan mata yang terbuka.




Saya menggunakan khidmat Universal Baloon yang disyorkan oleh hotel saya di Goreme dan servis mereka memang ohsem!. Pakej yang saya ambil adalah standard (dengan 20 orang satu bakul) tapi jika inginkan pengalaman yang mahal boleh pilih pakej yang lebih mahal dengan kumpulan yang lebih kecil, masa yang lebih lama dan lebih privasi.


Penahkan anda ada pengalaman menaiki belon udara panas seperti ini? Mari kongsikan disini..

 Sumber Artikel