Search

Korang Tentu Tak Percaya 7 Kafe Hispter Ni Wujud di Negeri Sembilan


Kafe hipster kalau tiada kopi, makanan yang unik dan identiti yang unik memang tak sah.Sebab itulah ia menjadi tarikan ramai orang datang dan mencuba gaya dan stail yang disajikan mereka. Mari kita terjah satu persatu kafe hispter di Negeri Sembilan ni apa yang best dan uniknya kafe-kafe ini

1. Cloudland









Photo Credit: Facebook Cloudland

Menjamu selera di Cloudland pasti memberi kelainan kepada anda semua. Di sini, pelanggan bukan sahaja dihidangkan makanan yang menarik malah halwa telinga turut dihidangkan dengan alunan muzik yang awesome. Ini kerana, kafe ini turut mempunyai DJ dan pemuzik yang menghiburkan anda ketika anda sedang berbual bersama teman-teman. Memang cool habis!

Cloudland menyediakan makanan yang berasaskan western dan menghidangkan minuman istimewa yang diberi nama Xoda. Ia didatangkan dengan pelbagai jenis warna dan rasa. Rekaan dalamannya pula sangat minimalis dan trendy. Layari Facebook dan Instagram untuk maklumat lanjut.

Alamat: 528-1, Jalan Bandar Senawang 18, Seremban.
Waktu Operasi: 3 petang - 12 malam (setiap hari)
No. Telefon: +6019-358 5882

2. N9 Stick Factory







Photo Credit: Facebook N9 Stick Factory

Kafe N9 Stick Factory yang terletak di Seremban 2 ini merupakan kafe hipster yang bertemakan kilang. Reka bentuknya sangat unik kerana kafenya diperbuat daripada kontena. Kafe N9 Stick Factory menghidangkan steamboat berharga RM1 secucuk yang kini menjadi tarikan hebat di sana. Minuman yang patut anda cuba jika datang ke sini adalah Apple Polluted yang dikatakan sedap dan sangat lain daripada jus epal biasa.

Menariknya lagi, kafe ini juga menyediakan perkhidmatan pengendalian majlis seperti perkahwinan, sambutan harijadi dan sebagainya. Buat anda yang inginkan majlis perkahwinan yang berkonsepkan hipster, moden atau taman mungkin kafe ini pilihan yang tepat.

Alamat: No 99, 2, Persiaran S2 B1, Seremban, Malaysia
Waktu Operasi: 6 petang - 12 malam (setiap hari)
No. Telefon: +6016-334 4149 | +6012-333 5163

3. Cafe Lavinda




Photo Credit: Facebook Lavinda Cafe

Tidak hanya menyediakan makanan western, Cafe Lavinda juga menyediakan makanan-makanan yang bercirikan asia. Anda boleh dapatkan apa saja di sini termasuklah ayam golek, kek, makaroni, nasi goreng, chicken chop dan menu paling istimewa iaitu Spanish meatball.

Selain meatball, ayam panggang peri-peri dan percik juga pasti membuat anda tersenyum ketika menjamahnya. Ia dihidangkan dalam keadaan masih panas berserta kuah sos yang pasti membangkitkan nafsu makan anda. Jika anda peminat kopi, pastikan anda cuba kopi di sini!

Alamat: No. 536, Jalan Bandar Senawang 16, Pusat Bandar Senawang
Waktu Operasi: 11 pagi - 11 malam ( cuti pada Khamis)
No. Telefon: +6013-622 6293

4. Big Mouth Cafe




Photo Credit: Facebook Big Mouth Cafe
Bagi mereka yang tinggal berdekatan Senawang pula, jangan lepaskan peluang untuk mencuba Big Mouth Cafe paling kurang pun sekali. Hidangan istimewa yang terkenal di sini ialah Big Apple Beef Burger yang dihidangkan bersama keju cheddar dan Charcoal Bun. Memang lain sekali!

Bukan itu sahaja, kafe ini turut menyediakan makanan western yang lain dan juga kopi yang sangat segar diminum. Tidak lupa juga sup cendawan yang sangat sedap dan berkrim ketika dihidangkan masih panas.

Alamat: No 10,Jalan Cattleya 2,Persada Cattleya,70450 Senawang, Seremban.
Waktu Operasi: 12 tengahari - 11.30 malam (Isnin-Khamis)
12 tengahari - 12 malam (Jumaat)
11 pagi - 11 malam (Ahad)
No. Telefon: +6019-628 7707

5. Coffee and Dreams S2




Photo Credit: Coffeanddreams.com.my

Untuk semua penggemar kopi, Coffee and Dreams S2 mungkin menjadi port untuk anda bersantai bersama rakan dan keluarga ketika waktu lapang. Kafe ini terletak di Uptown Avenue, Seremban 2 dan menjadi tumpuan orang ramai kerana kesedapan rasa kopinya yang autentik. Rekaan dalaman dan susun atur perabot kafe ini sangat kemas dan cantik yang mana pasti memberi mood santai dan ceria kepada pelanggan yang datang.

Alamat: 119, Jalan S2 B14, Uptown Avenue,70300 Seremban.
Waktu Operasi: 8.30 pagi - 11 malam (setiap hari)
No. Telefon: 06-601 3855

6. Bros. Korean Dessert Cafe



Photo Credit: Facebook Bros. Korean Dessert Cafe 
Kafe Bros. Korean Dessert Cafe mengetengahkan konsep minimalis dengan hiasan desa jauh dari hiruk pikuk bandar. Kafe ini juga mengetengahkan makanan autentik korea. Antara yang menarik ialah Strawberry Bingsoo, Nokcha Bingsoo, Coffee Bingsoo, Misu-Organic Bingsoo dan Ice Latte.

Alamat: Uptown Avenue Seremban 2, 70300 Seremban
Waktu Operasi:
12 tengahari - 12 malam (Isnin - Sabtu)
11 pagi - 11 malam (Ahad)
No. Telefon: +606-6010666

7. The Coffeeholic




Photo Credit: Facebook The Coffeeholic

Satu lagi cafe yang menjanjikan rasa ramuan kopi yang sebenar iaitu The Coffeeholic yang terletak di Seremban 2. Kafe ini bukan sahaja mempunyai kopi yang sedap malah turut menyediakan minuman coklat, teh, sandwich dan manisan-manisan pastri yang lain. The Coffeeholic juga menyediakan pakej sarapan pagi yang cukup sihat dan berlainan. Seperti kafe-kafe yang lain juga, kafe ini mempunyai hiasan dalaman yang menarik dan tersendiri.

Alamat: No.250, Jalan S2 B12, Seksyen B, Seremban 2, 70300 Seremban.
Waktu Operasi: 10 pagi - 11 malam (setiap hari)
No. Telefon: +6012-272 6011


Kalau anda tak pernah lagi sampai ke sini bolehlah datang dan mencuba menu-menu yang disediakan di 7 kafe hipster di Negeri Sembilan ini. Kalau tak sedap beritahu mereka kalau sedap beritahu kawan-kawan. Jom kita terjah...