Search

Lelaki Ni Tunjukkan Cara Bagaimana Travel Ke Beijing Dengan Bajet RM1,000!


Hei guys! Geng-geng bacpakers semua. Korang mesti gembira bila tahu ada cara untuk dapatkan bajet dalam RM1,000 untuk travel ke Beijing


Khas untuk anak anak muda atau sesiapa sahaja yang jiwanya gemarkan mengembara dan survival. Baca tips-tips untuk jimatkan bajet travel ke Beijing!

1.Tiket Kapal Terbang

Harga RM500-RM1000 (Airasia) tambang pergi balik, harga biasanya RM800 tiket pergi balik, beli semasa promo untuk harga lebih murah, tidak perlu ambil bagasi, in flight services, etc.

2. Penginapan
Hostel atau guesthouse, cari bilik dorm untuk harga paling murah. Bajet RMB50 satu malam. Google, hostelworld, AirBnB etc untuk carian.

Couchsurfing untuk cari host dan menginap percuma. Komuniti couchsurfing Beijing sangat besar dan aktif, anda mudah untuk mencari host di Beijing.

!!!!! INGAT, BAJET PENGINAPAN ANDA RMB50 SAHAJA SEHARI !!!!! ( *Sebenarnya anda boleh dapat penginapan semurah RMB30 semalam!! )

3.Makan

 Bawa sedikit sambal, serunding ataupun lain lain makanan yang mampu dibawa dalam beg handluggage anda. Di Beijing anda boleh beli mee segera (*cari yang halal bagi muslim atau yang mengutamakan kebersihan & kualiti makanan*) (*ataupun cari yang perasa seafood*) (tanda Halal ; QingZhen 清真), hotdog, dan roti.

Bawa botol air untuk refill air, boleh juga bawa Milo atau Nescafe 3in1.

Makan(LaMian) (拉面), Dumpling (JiaoZi(饺子), Nasi goreng telur (DanChaoFan) (蛋炒饭), Nasi berlauk telur tomato (XiHongShiJiDanGaifan) (西红柿鸡蛋盖饭)biasanya murah, harga lingkungan *RMB10-15, Cari yang streetfood ataupun restaurant kecil sahaja, jangan masuk ke restaurant yang mahal, bajet makan anda maksimum
RMB50 sehari.

Terus ke Supermarket Halal Niujie (NiuJieQingZhenChaoShi 牛街清真超市) mendapatkan stok stok makanan halal yang pelbagai dan mudah.

!!!!! INGAT BAJET MAKAN ANDA RMB50 SAHAJA SEHARI !!!!!


Cadangan Itinerary

1.Hari Pertama

1am - Sampai di Airport, rehat.
6.30 am - Ambil Airport Express ke hostel/guesthouse .Check-in, letak barang.
*AirportExpress RMB25 *subway ke tempat penginapan RMB5
8.30 am - Ti'anmen Square (TianMenGuangChang 天门广场), Forbidden City (Gugong 故宫), Qianmen (QianMen 前门), Wangfujing (WangFuJing 王府井)
*subway ke Ti'anmen RMB5 *
*tiket masuk Forbidden City *RMB40
5.00 pm - Masjid Niujie
*subway/bas ke Niujie*RMB5
8.00 pm - Balik hostel
*subway *RMB5

Hostel/guesthouse ; *RMB50 satu malam
Makan ; Mee Segera / Roti / etc ; *RMB50

Jumlah kos ; *RMB 185

2.Hari Kedua 

7am - Greatwall (Changcheng 长城), ( Badaling, Jiayongguan, Mutianyu )
*subway ke stesen bas Dongzhimen *RMB5,
*bas ke Greatwall *RMB10,
*tiket masuk Greatwall *RMB40
3pm - Balik ke downtown Beijing dari Greatwall
*Tiket balik dari Greatwall ke downtown Beijing (Bas dan subway) *RMB15
5pm - Birdnest stadium
*subway ke Birdnest (NiaoChao 鸟巢) *RMB5
8pm - Balik hostel
*subway balik ke hostel/guesthouse *RMB5

Hostel/Guesthouse : RMB50
Makan : RMB 50

Jumlah kos ; RMB 180

3.Hari Ketiga

8am : Summer palace (YiHeYuan 颐和园).
*subway ke Summer Palace *RMB5
*Tiket masuk Summer Palace *RMB20
1pm : Temple of Heaven (TianTan 天坛).
*subway ke Temple of Heaven *RMB5
*tiket masuk Temple of Heaven *RMB28
5pm : Gulou (GuLou 鼓楼)
*subway ke Gulou *RMB5
8pm : Airport
*subway ke Dongzhimen*RMB5 *AirportExpress *RMB25
 Flight balik ke Malaysia. (Airasia)

Makan : RMB50

Jumlah kos : RMB145

Jumlah keseluruhan : RMB510 / RM338 *current exchange rate (January 2016),

Harga tiket kapal terbang + belanja :
RM800+RM338

= RM1138

!!!!! ANDA BOLEH TRAVEL KE BEIJING DENGAN BAJET BAWAH RM1000 JIKA ANDA DAPAT KURANGKAN BAJET PENGINAPAN ANDA ( Couchsurfing atau tinggal di rumah kenalan ) , KURANGKAN BAJET MAKAN , ( Bawa makanan sendiri, jangan makan di restoren ) , KURANGKAN BAJET TIKET KAPAL TERBANG ( Beli ketika promosi ) !!!!!

*Harga tiket subway dan bas di Beijing mengikut jarak perjalanan, harga RMB2 - RMB5. Harga perbelanjaaan subway diatas adalah mengikut purata anggaran penulis.
*Pastikan anda fit untuk travel mengikut cadangan itinerary ini, itinerary ini sangat padat memerlukan anda cergas dan mampu bergerak pantas.
* Anda boleh kurangkan bajet makan anda serendah RMB20-RMB30 sehari!

北京欢迎您 !
Beijing Welcomes You !

SELAMAT MENGEMBARA. GOODLUCK !


Untuk maklumat lanjut korang boleh kunjungi Hud Travel dibawah: