Search

Makan di Cameron Buffet Steamboat & Grill by ABANG Steamboat Memang Puas Hati


Setelah penat berjalan di Cameron Hinghland dengan pelbagai aktiviti sudah tentu perut mula keroncong dan tercari-cari tempat makan di Cameron Highland yang best dan berbaloi. Apa kata korang cuba makan di Cameron Buffet Steamboat & Grill by ABANG Steamboat yang terletak di Bandar Tanah Rata, sebelah Cool Point Hotel sahaja.

Disini akan akan menikmati hidangan buffet steamboat & grill di dalam sebuah taman. Berkonsepkan rimbunan pokok strawberi dan dedaun hijau menjadikan suasana makan lebih tenang dan santai.

Korang jangan takut pilihan makanan memang banyak. Parking ada banyak dan tempat duduk dan meja yang mencukupi memang puas hati.

Sempena bulan Ramadhan mereka beroperasi dari 5 pm hingga 10 pm dari Isnin hingga Ahad. Jadi boleh lah korang datang dengan keluarga tersayang dan teman-teman pada bila-bila hari yang korang free. Harga untuk Dewasa RM29 seorang, Kanak-Kanak RM20 seorang (6-15 tahun) dan untuk Kanak dibawah umur 5 tahun adalah percuma. Meh kita jamu mata..









Kredit Foto: Facebook Cameron Buffet Steamboat & Grill by ABANG Steamboat

Lokasi
Bandar Tanah Rata, 39000 Tanah Rata
Hours
Mon-Tue:
5:00 pm - 12:00 am
Isnin - Khamis SAHAJA
Telefon
Encik Hanif 016-225 0315