Search

Nak Tahu Macam Mana Seronoknya Shopping di Ho Chin Minh, Vietnam? Baca Ni!



Kalau di tanya siapa juga yang pernah pergi Ho Chi Minh mesti ramai yang ingat pasal shopping...
Tempat menarik rasanya tidaklah menjadi tajuk perbualan kalau balik dari Ho Chi Minh...
Ho Chi Minh Vietnam memang 'syurga' membeli belah terutama kain pasang...

Wanita terutamanya pasti rambang mata dan tidak tidur lena teringatkan lambakan kain yang pelbagai pilihan dan yang penting harganya sangat munasabah...
Baru balik dari sana sudah berangan nak pergi lagi kalau ada tambang murah Air Asia (akaklertu)
Yang penting sediakan sedikit duit dan kita dah boleh sshopping macam orang kaya...


Konon nak buat baju raya tapi takler kot takut nanti hari raya semuanyapun dah sempit..
Anakkan cepat besarnya, nak suruh tailortu buat besar sikit bukannya dia paham sangat cakap kita..
Akak ada cerita pasal tempahan baju di sana...

PASAR BEN THANH

Pintu Utama  ke Pasar Ben Thanh...

Restoran Serai


Suasana di dalam Pasar Ben Thanh..
Rupanya ini sahajalah gambar dalam Pasar Ben Thanh yang ada akak ambil haritu...
Terimalah seadanya kerana ini dari pintu yang kurang meriah jualannya...
Kawasan ini banyak kedai makan yang akan memujuk orang singgah minum atau makan..


Cerita pasal Pasar Ben Thanh memang tidak akan habis-habis...
Kalau nak pusing "window shopping" untuk pertama kali boleh sesat jugalah...
Dengan keadaan yang sempit, berlanggar bahu memang dah biasa...
Tempatnya bukanlah berhawa dingin dan ramainya manusia memang sangat tidak selesa...
Tapi membayangkan harga yang ditawarkan untuk kain di sini membuatkan kita akan pergi lagi dan lagi dan lagi sampailah duit habis baru puas hati...


Bukan sahaja kain yang menjadi idaman hati wanita yang membuatkan pasar Ben Thanh ini terkenal..
Malah suami akak juga sudah jatuh hati dengan Pasar Ben Thanh..
Sebabnya di sini dia jumpa baju vest untuk saiz istimewa (saiz mat Saleh katakan)...
Dia jumpa juga baju yang macam jaket yang boleh di bawa mesyuarat...
Yang penting dia jumpa kain linen yang menjadi kegemaran dia...
Tempahan baju kemeja boleh diberikan pujian menepati selera suami akak..

Pada anak-anak akak memang tidak banyak bendapun untuk mereka...
Cuma seronok dapat membelikan beg sekolah sahaja...
Semasa akak pergi sebelum ini ada membeli beg jenama Kipling..
Memang sangat tahan lama dan yang penting zipnya sampai sekarang masih elok lagi...
Bulan Ogos sudah akak mengirim pada kawan beg Kipling untuk Atikah dan Azalia..
Jadi masa akak pergitu hanya belikan beg sekolah agama sahaja untuk mereka..
Kalau yang kali inipun beg ini tahan lasak memang kenalah pergi Ho Chi Minh lagi...
Alasan yang sangat tidak logik!!!!!

Kami membeli kain di Pasar Ben Thanh..
Rupanya ada dia kedai besar di luar Ben Thanh...
Dia kata jom ikut dia tempah baju dah menyumpah dah kemanalah dia nak bawak akuni...
Rupanya kedai yang sama juga dan corak kain di sini tidak kurang cantiknyer...
Takler perlu berhimpit-himpit di Pasar Ben Thanhtu..


Gambar di depan Kedai Linda Wholesale..

Tengok harga dalam RM sebab yang datang tentulah orang Malaysia..
Masa akak datang tu ada sekumpulan orang dari Brunei...
Makcik kayoler duit Brunei dalam RMkan...

Jangan ditanya akak di manakah terletaknya Linda Wholesale ni..
Akak ikut jer teksi yang membawa kami ke sini..
Tapi dari pemerhatian akak pada mulanya menghala ke arah lapangan terbang...
Namun selepastu keluar masuk lorong samada dia nak menambahkan meter teksinya entahler...
Masa nak pergitu pergi ke kaunter hotel dan mintak dia carikan teksi...

Tempatni best jugalah tapi pada akak pergi sahaja di kedai @ Butik sekeliling District 1 tu..
Macam-macam kedai @ Butik yang ada di situ...
Sebabnya kalau tambah dengan kos pengangkutan yang di ambil tidaklah berbaloi sangat...
Kecuali kita membeli dengan kuantiti yang banyak...


Pintu masuk ke Cho Binh Tay...
Kata dari blog yang akak singgah di sini lebih murah lagi berbanding dengan Ben Thanh...
Akak membeli kain dan juga menempah baju di sini...
Tang beli kaintu mungkin lebih murah tapi tang menempah bajutu memang takkan buat lagiler..
Rasanya di sini jarang orang buat tempahan jahitan dia memang "out"...



Pasar Malam Ben Thanh sekarangni dah ada dua belah...
Kalau dulu yang berhampiran dengan Malaysian Streetjer...
Entahler kalau dari dulupun dah ada tapi akak tak perasan ...
Sebab hotel akak bersebelahan yang pasar malam satu lagi tu yang kata eh dah ada dua ler...

Ini Pasar Malam yang sebelah pintu Cua Dong

Pasar Malam yang lamatu lebih meriah dari yang sebelah sana...
Jangan pelikler kalau tengok motorsikalpun boleh ikut jalan di sini..
Jangan di marah pulak nanti tak pasal-pasal kena maki ngan orang sana...



Akak panggil kawasan ini lorong kasut..
Suka hati akakjekan..
Dari pemerhatian akak banyak sangat kasut dan beg tangan di jual di sini..

KAWASAN SHOPPING ORANG BERADA...


Nak ada kelas gitu mailer kawasan ini...
Macam-macam jenama mewah ada di jual di sini...



Tengoklah jenama yang ada  di kawasan ini dan banyak lagi sebenarnya..
Tapi jangan di hairankan kerana Ho Chi Minhni ramai jer orang putih...
Hotel mewahpun berlambak di sini..




Kali ini tidak pergipun sebab sebelumni pernah pergi dan rasanya tidaklah perlu di pergikan lagi...
Bak kata katak "bukan makanan aku.. bukan makanan aku.."

Parkson ini terletak berhampiran dengan Municipal Theatre dan Hotel Contentinantal...
Yang orang ramai duk tengoktu sebab ada persembahan nyanyian...
Macam satu pesta pulak akak tengok...


Kalau ikutkan di District 1 tu macam-macam kedai baju dan kainpun ada..
Malaysian Street sahaja dah cukup banyak kedai jual tudung, baju kurung siap dan sebagainya...
Ada banyak juga kedai sekeliling Pasar Ben Thanhtu...
Akak malas nak masuk semua kedai sebab takut nanti ingat nak window shopping terbeli pulak..
Maalumler jurujual di sana agresif sangat...

Tapi kali ini tidak ada kisah menakutkan bershopping di Vietnam sebab nak beli baru tanya...
Lagipun pergi dengan suamikan, orang lelakini fokus kalau membeli..
Tawar menawar kitalah yang suruh dia, ikutkan dia bayarjer...
Kalau cerita bab shopping memang suka sangat sampai panjang pulak entri akakni...