Search

Promosi 24 hrs PRIORITY BOOKING Untuk Pelanggan Setia AirAsia!


Promosi 24 hrs PRIORITY BOOKING Untuk Pelanggan Setia AirAsia!



Ini berita baik untuk pelanggan setia Air Asia yang suka travel dimana AirAsiaGo.com mengumumkan pelancaran istimewa jualan 24 hrs Priority Booking yang akan berlangsung pada hari Ahad, 12 June 2016. Tawaran diberikan kepada pelangan setia AirAsia dengan syarat tempahan mestilah dibuat bersama-sama dengan penginapan hotel. Ia hanya dibuka untk 24 jam sahaja sebelum baki tempat duduk percuma dibuka kepada tempahan umum.
Jika anda berminat untuk menikmati tawaran 24 hrs Priority Booking  tersebut, anda dikehendak membuat pembelian pakej lengkap percutian tersebut (penerbangan + hotel) hanya melalui laman sesawang AirAsiaGo dengan membuat carian  tanda ‘Super Saver’ atau ‘Free Flights’ apabila pakej tersebut ditunjukkan.
Jadi jangan lepaskan peluang ini dengan membuat notifikasi peringatan di kalendar anda supaya anda tidak terlepas peluang keemasan ini. AirAsiaGo merupakan portal travel yang pesat berkembang dengan menawarkan banyak pilihan aktiviti, hotel penginapan dan khidmat yang menepati bajet anda dengan harga yang menarik. Dengan ribuan rangkaian hotel seluruh dunia dan maklumat penerbangan masa nyata Air Asia yang boleh didapati dari laman sesawang, ia memberikan segala-gala keperluan kepada pelancong untuk percutian sempurna mereka termasuklah bilik yang menepati bajet mereka.

Untuk anda yang masih baru mungkin agak terkial-kial untuk membuat tempahan tersebut. Dibawah kami tunjukkan cara yang mudah. Selamat mencuba

1. Buat pilihan dari mana anda akan terbang dan pilih destinasi percutian sebagai contoh saya akan pilih Gold Coast dari Kuala Lumpur
2. Pilih tarikh ‘Departing’ dan ‘Returning’.
3. Kemudian pilih bilik yang diperlukan dan jumlah orang dewasa atau kanak-kanak.
4. Pilih jenis bajet anda. Saya pilih  ‘Economy’ dan tekan ‘Search’
5. Pilih hotel yang anda berkenan, sebagai contoh saya akan pilih Peppers Soul Sufers Paradise, klik pada ‘Super Saver’


6. Lihat maklumat detail hotel yang anda pilih. Anda boleh pilih servis yang sesuai dan mengikut bajet anda. Anda boleh klik pada ‘Show more information’. Anda juga boleh klik pada slider pada foto untuk melihat keadaan bilik, dapur, ruang tamu dan sebagainya. Saya akan pilih bilik standard sahaja tanpa servis tambahan yang lain.


7. Pilih jenis penerbangan yang anda inginkan. Anda boleh pilih pakej yang termasuk dengan bagasi yang sudah diperiksa. Untuk contoh ini saya hanya pilih pakej Standard. Kemudian klik pada ‘SELECT’




8.Lihat maklumat lanjut penerbangan dan hotel yang anda pilih. Anda juga boleh menambah servis/aktiviti lain yang anda berkenaan, untuk ini saya memilih untuk mendapatkan servis ‘Shared Shuttle’ daripada lapangan terbang ke hotel penginapan untuk pergi dan balik. Kemudian bilik ‘CONTINUE BOOKING’




9. Masukkan maklumat peribadi anda dan rakan anda, kemudian pilih ‘CONTINUE’




10. Masukkan maklumat Pembayaran




11. Teruskan membuat pembayaran dengan klik ‘COMPLETE BOOKING’




Tips Berguna
-Pastikan anda ‘Disable’ Pop-Blocker untuk elakkan pembayaran terganggu.
-Jangan buka multiple tab untuk laman yang sama, kerana ia tidak akan membantu anda sebaliknya system tidak akan membenarkan anda untuk meneruskan pembayaran.
-Pastikan anda ambil perhatian dengan servis/aktiviti tambahan yang diambil. Anda boleh membuat pembatalan secara percuma. Cuma pastikan anda alert dengan tarikh akhir untuk pembatalan tersebut.
Semoga tip-tip ini boleh membantu anda sedikit sebanyak dan dapat menikmat promosi 24 hrs Priority Booking hanya untuk pelanggan Air Asia yang setia. Pastikan anda berada dihadapan laptop  esok untuk membuat tempahan segera!
Keyword: 24 hrs Priority Booking