Search

Tak Sah Datang Ke Perlis Kalau Tak Makan Disini



Datang ke Perlis memang rugi kalau tak merasa masakan Perlis ataupun menikmati juadah makanan pada harga yang berbaloi.Perlis memang terkenal dengan syurga makanan pada harga yang berpatutan. Terdapat beribu-ribu gerai ataupun warung yang menyediakan masakan sepanjang hari.Entry kali ini admin nak memberitahu kepada anda Top 8 tempat makan sedap dan best di Perlis. Apa kata anda singgah dulu makan di Perlis sebelum berangkat ke Langkawi. Selamat menjamu mata ya..


1.D'adna Laksa House


Credit: bioemas.com
    Bagi peminat laksa,anda bolehlah mecuba laksa beras Kuala Perlis.Terdapat dua jenis kuah iaitu kuah pekat dan kuah cair.Anda juga boleh menempah awal sama ada mahu mebuat kenduri kecil-kecilan ataupun menjamu rakan-rakan anda.Laksa D adna House juga menyediakan cucur udang dan aneka juadah kuih yang lain.Harga untuk 1 kilo laksa ialah sebanyak RM 5.
Lokasi: Jalan Sarawak, Kuala Perlis, 02000, Perlis.


Facebook: D'Adna Laksa House


2.Ana Burger Western Food

Credit: Facebook Ana Burger Western Food
    Untuk peminat makanan barat,anda bolehlah mencuba masakan barat pada harga yang berbaloi.Ana Burger juga menyediakan beberapa jenis makanan Barat yang popular seperti Lamb Chop,meatball,chicken chop dan sebagainya.Menu yang selalu dipesan oleh orang ramai ialah burger bertingkat.
Lokasi: Jalan Tebing Tinggi, Kampung Jarak, Bintong, Kangar, Perlis.

Facebook: Ana Burger Western Food


3.Pak Nan Char Kuey Teow

Credit: Facebook Koay Teow Pak Nan
Char kuey teow ni memang terkenal di kalangan orang Perlis. Untuk pengetahuan anda semua Char kuey teow Pak Nan dimasak menggunakan arang iaitu kaedah tradisional yang jarang sangatlah cara ini digunakan.Oklah, admin nasihatkan kepada anda untuk datang pada awal petang sebab orang mula beratur selepas maghrib. Char kuiw tiew memang toplah di Perlis.
Lokasi: Bangunan MPK, Jalan Jejawi,026000, Arau, Perlis.

Facebook: Koay Teow Pak Nan


4.Nostalgia Honey Daging Bakar

Credit: troliamal.blogspot.com
Credit: Facebook Nostalgia Honey Daging Bakaq
    Nostalgia Honey Daging Bakar Honey memang hotlah sekarang. Anda boleh menikmati daging bakar yang dimasak mengikut cara minang. Lagi best kalau daging bakar dicicah dengan air asam. Fakta yang menarik tentang restoran ini ialah airnya yang percuma. So,admin bagitau kepada anda hendaklah datang pada pukul 11 pagi macam tulah sebab orang ramai sudah mula beratur waktu lunch hour sampai ke petang.
Lokasi: bersebelahan Lebuh Raya Kuala Perlis- Changloon, 02000, Kuala Perlis.

Facebook: Nostalgia Honey Daging Bakaq


5.Anjung Keli


Credit: Facebook Restoran Anjung Keli
     Bagi yang selalu membawa family makan bersama,anda mesti mencuba makan tengah hari di Restoran Anjung Keli yang bertempat di Bohor Pulai, Kangar, Perlis. Restoran ini pernah masuk dalam program Jalan-Jalan Cari Makan.Terdapat berbagai-bagi jenis juadah seperti ikan keli bakar,beraneka jenis masakan daging ayam,ulam-ulaman dan sebagainya.
Lokasi: Medan Seri Pulai, Bohor Pulai, 01000 Kangar, Perlis.

Credit: Facebook Restoran Anjung Keli
Facebook: Anjung Keli


6.Kompleks Makanan Laut (KOMA) Kuala Perlis

Credit: www.fauziahahmad.net
     Untuk makan malam,anda mesti mencuba makan di KOMA laut yang terletak di Kuala Perlis. Anda boleh mencuba berbagai-bagai masakan laut segar. Terdapat banyak unit gerai. So,anda boleh pilihlah sendiri.
Lokasi:Kompleks Makanan Laut Kuala Perlis , Perlis.

Facebook : KOMALAUT


7.Murtabak Mata Ayer

Credit: sharingfoodmalaysia.blogspot.com
     Murtabak Mata Ayer hanya dibuat pada bulan ramadhan sahaja bertempat di Bazaar ramadhan Mata Ayer, Murtabak ini memang istimewa kerana dimasak menggunkan rempah-ratus dan dikenali sebagai murtabak Raja.
Lokasi: Bazar Mata Ayer Perlis.


8.Harumanis

Credit: bloginfo4uall.blogspot.com
    Harum manis dikenali sebagai Raja Mangga.Hanya di Perlis sahaja anda boleh mendapatkan harum manis. Buah harum manis hanya berbuah setahun sekali iatu antara bulan Jun hingga Julai. Harga dia memang reasonable lah dengan kesedapan buahnya iaitu antara RM24 hingga RM 30 sekilo. Untuk mengelakkan anda tertipu anda bolehlah membeli terus dari Ladang FAMA.

Jadi lepas ni tak payah nak pening-pening bila datang Perlis ni, singgah sahaja tempat makan sedap di Perlis yang kita cadangkan ini. Bila selalu travel ni badan cepat penat jadi sebelum sambung perjalanan ke mana-mana kita makan dulu...barulah terasa nikmat travel tu..

Facebook : Harummanis
Website : http://www.harumanisperlis.com/