Search

Video Ini Buatkan Anda Terasa Berada Di Lombok Sedang Bercuti!



Lombok merupakan antara destinasi pelancongan terkenal dia Asia sehinggakan pernah memenangi World Halal Travel Awards (WHTA) 2015 dengan memenangi 2 anugerah iaitu World’s Best Halal Tourism Destination dan World’s Best Halal Honeymoon Destination.

Percutian di Lombok menawarkan pelbagai aktiviti terutamanya untuk orang muda yang suka snookerling di batu karang dengan air yang bersih jernih atau mendaki Gunung Rinjani untuk melihat keindahan hutan dan tasik dari Gunung berapi tersebut.

Untuk mereka yang suka aktivi yang lebih mencabar bolehlah mencuba aktiviti meluncur air, meluncur angin di Senggigi atau meronda pulau-pulau berdekatan.

Berikut adalah beberapa tips untuk mereka yang inginkan percutian bajet ketika bercuti di Lombok:

Pink Beach- Desa Sekotong Barat

1. Naik bot awam (public boat) untuk ke Gili Trawangan. Public boat baru 15 ribu Rupiah setiap orang berbanding speed boat yang kena bayar 450K++ Rupiah per boat.

Gili Trawangan
2. Tempah kenderaan awal untuk mengelakkan kena cas mahal bila cari di sana. Purata untuk sewa MPV (6 orang) bersama pemandu, sehari 500-600K Rupiah sahaja ( 12 jam sehari). Van dalam 800K – 1 Juta Rupiah. Kalau mahal, boleh cari pemandu lain. Boleh cuba kalau nak naik bas di sana.

3. Purata harga hotel di sana dalam lingkungan 150K-250K Rupiah (2 orang) sahaja, boleh walk in cari saja hotel yang murah sampai jumpa. Gili Trawangan pun boleh dapat.

4. Kalau ke Bendang Kelambu, boleh ambik tiket masuk tanpa guide, kalau dengan guide dalam 80K Rupiah per orang, kalau yang biasa tak salah dalam 20k sahaja.

Pantai Batu Payung Credit: www.nginepmana.com
Tanjung Aan
5. Tanjung Ann dan Pantai Batu Payung, anda boleh berjalan kaki sahaja tanpa perlu menggunakan bot. Harga bot sekitar 400K Rupiah.

Bukit Pengasingan
Bukit Merese

6. Pulau Kenawa – Harga boat dalam 350K Rupiah pergi dan balik walaupun bermalam di pulau.

7. Tiu Kelep & Sendang Gile – Boleh je masuk tanpa guide sebab dah ada laluan. 20K Rupiah tiket masuk air terjun.

Air Terjun Tiu Kelep & Sendang Gile | Credit : www.lombokindonesia.org
8. Pantai Kuta – Kalau menginap di Pantai Kuta, boleh sewa moto untuk kawasan sekitar Pantai Batu Payung,Tanjung Ann & Bukit Merese. Jimat kos pengangkutan. Tak salah dalam 50k  Rupiah sehari.

9. Souvenir murah di Sengigi, kalau beli yang tepi jalan, anda boleh mintak diskaun banyak dari harga asal.

10. Bukit Pengasingan – Disini anda boleh pergi tanpa memerlukan tour guide.

Gunung Rinjani| Credit: www.govoyagin.com
Untuk percutian yang menyeronokkan, pastikan buat perancangan yang betul dengan bajet yang sesuai dengan masa yang diperuntukkan atau boleh baca 27 Tips Persediaan Melancong Keluar Negara Yang Korang Tak Boleh Abaikan seperti bercuti di Lombok, Indonesia.