Search

Zaanse Schans -Lokasi Percutian Paling Cantik Di Holland .



Peta Zaanse Schans Lokasi Percutian Paling Cantik Di Holland
Zaanse Schans merupakan lokasi percutian yang paling  cantik di Holland.Saya ke Zaanse Schans sehari selepas sampai di Holland dan menginap di bilik yang di sewa melalui Airbnb. Kisah lucu dan sakit hati tentang bilik yang saya sewa ada saya ceritakan sebelum ini di post terdahulu.
Dari bilik sewa di Koog Aan De Zaan perjalanan ke Zaanse Schans hanya mengambil masa dalam 10 minit sahaja dengan keretapi . Sampai di stesen ( satu stesen je dari bilik penginapan yang saya sewa ), jalan kaki sedikit dalam 15 minit dah sampai tempat yang di tuju.
Kalau anda dari Amsterdam, boleh naik keretapi dari Amsterdam Central dalam 15 minit sahaja. Amsterdam Central terletak di tengah-tengah bandar berdekatan dengan boat house yang kami sewa semasa di Oosterdok. Kalau naik bas saya kurang pasti tapi tanya je kat orang yang lalu lalang sebab rata-rata rakyat Holland ni boleh berbahasa Inggeris.
View dari atas jambatanDi mana-mana ada basikal macam ni




minum hot chocolate rasa bunga cengkih
Cari roti halal
Zaanse Schans ini merupakan sebuah perkampungan moden dengan rumah rumah penduduk kampung yang berwarna warni terutama warna hijau. Ada di antara bangunan rumah kayu di sini yang masih kekal sejak tahun 1976 .

Pemandangan di sini umpama melihat keindahan pemandangan dalam poskad.Landskapnya sangat cantik dengan taburan kincir angin yang pada asalnya berjumlah lebih 50 ribu buah.

kincir angin warna hijau



Gambar dari atas salah sebuah rumah kincir angin yang saya masuk

cantiknya kalau ada rumah kat sini

burung jinak merpati
Saya dapat tahu jumlah kincir angin ini setelah di beritahu oleh seorang rakyat mereka yang tolong ambil gambar saya dengan rakan travel. Jumlah kincir angin yang tinggal sekarang tak sampai 60 unit sahaja lagi.  Nak masuk dan naik ke atas kincir angin  ni kena bayar .

Selain kincir angin di sini ada muzium, bakeri, kilang membuat terompah,kilang keju dan juga kraftangan. Souvenir banyak di jual di sini dan harganya murah sedikit atau lebih kurang aje bila di bandingkan di tempat lain. Fridge magnet dalam 2.99 Euro . Kalau convert duit Malaysia harga fridge magnet tu dalam  RM 12.
Mahal ke murah ?
Saya sempat naik ke atas salah satu kincir angin yang di dalamnya ada mesin yang bekerja menggerakkan kipas kincir tersebut. Untuk naik ke atas tangganya sangat curam dan kena hati- hati bila nak memanjat.
Pintu masuk rumah kincir angin

Dalam rumah kincir angin

Saya ingatkan anda yang perempuan, kalau travel macam ni sila pakai seluar panjang sebab kita banyak nak bergerak berjalan dan memanjat.Kalau terpijak kain waktu panjat tangga sah memang masuk hospital la gayanya sebab tangganya sangat curam.Saya beritahu sebab rakan saya yang hilang tiket sebelum ni pakai skirt hari tu. Kalau jatuhkan susah.

Ada satu peristiwa berlaku ketika kami berada di Zaanse Schans . Ketika sedang berjalan jalan di tepi belakang jeti ,tiba tiba kawan saya menjerit beritahu ada perempuan terjatuh ke dalam air.Saya bergegas berlari tengok sebab kawan saya sedang sibuk mengambil gambar beberapa lelaki yang sedang membantu menarik perempuan jepun yang terjatuh tu.

Perempuan Jepun terjatuh



Beberapa pemuda menarik perempuan jepun yang terjatuh

Perempuan jepun berjaya di selamatkan

Wah tak sangka benda macam ni pun boleh berlaku tengah bercuti.Nasib baik kawasan tepi dia terjatuh tu air tak berapa dalam lagi .Mungkin dalam paras pinggang aje tapi saya tak tau macam mana dia boleh bertahan lepas tu sebab air kat dalam tu sejuknya macam air batu. Waktu tu masih winter lagi dan suhu dalam 5 darjah celcius aje.

Sempat saya menyibuk bertanya pada perempuan jepun tu macam mana boleh terjatuh? Menurutnya dia sendiri tak sedar boleh terjatuh waktu leka berjalan sambil ambik gambar.
Kalau anda datang ke sini bawa anak anak hati- hati jugaklah ye sebab memang tak ada penghadang di tepi jeti ni.
PS : Agak-agak kalau tak ada orang perasan kita terjatuh macam perempuan dalam gambar ni apa kita nak buat agaknya ye ?