Search

10 Perkara Patut Anda Tahu Sebelum Melancong Ke Maldives

Kepada mereka yang teak pernah pergi melancong ke Maldives mungkin tercari-cari maklumat-maklumat penting sebelum mendapatkan tiket dan merancang perjalanan ke sana. Dengan beberapa pesanan tips dan petua yang berguna mungkin dapat membantu anda menjimatkan wang dan masa.

Tips ini adalah dari perkongsian Travel More Pay Less

Dulu-dulu, bila cerita tentang Maldives macam angan-angan yang entah bila dapat capai,sekarang dengan banyak info yang diperolehi dari internet dah boleh pergi ke maldives dengan budget lebih kurang RM2000- RM5000/ pax bergantung kepada budget masing-masing

Di sini kami share beberapa perkara yang anda mesti tahu utk sesiapa yang bercadang dan merancang ke Maldives.

Maldives ni sesuai bagi sesiapa yang sukakan laut, pantai , aktiviti air & alam semulajadi.
Maldives tak sesuai bagi mereka yang x suka naik bot lama2 dan yang sukakan shopping mall serta suasana bandar.

Imge via Kaani Beach Hotel
10 Perkara Yang Anda Patut Tahu Sebelum Melancong Ke Maldives

1) Selain dari Air Asia, Mega Maldives Airlines juga menawarkan direct flight ke Maldives.
Flight dr kl ke male dan male ke KL bukan beroperasi setiap hari. So check di website airlines terlebih dahulu. Boleh jugak naik flight dr singapore utk hari yg lebih flexible.

2) Jika menaiki Airasia flight sampai dh waktu malam. Membelah ombak & laut waktu malam utk ke pulau yg jauh selepas menaiki flight tak berapa best. Tapi jika ingin pengalaman boleh try. Usually time ni hanya speed boat sahaja yg beroperasi.

3) Duit maldives rufiyaa mmg x blh nak tukar di mana-mana money changer di malaysia. Dr malaysia standby usd siap2. Di airport maldives blh tukar. Pastikan simpan resit if nak tukar semula balance ke usd.
Hotel di public island terima je if bayar guna usd. Utk water activity, beli souvenier pun diorg terima je usd. Pergi resort pun diorg terima usd or byr guna credit card. Tkr rufiyaa utk beli barang kat kedai runcit.Maldivian sgt particular ngan notes usd. Mereka tak nak usd notes yg renyuk, lembik dan lusuh. Nk yg cantik, elok n keras/separa keras jer,

4) Maldives ni terdiri drpd beribu-ribu pulau kecil. Lebih 1200.. ada yang jika nak pergi kena tido semalaman dlm feri. Jadi boleh pilih resort2 kecil atau pulau local. Utk budget traveller biasanya menginap di local island deperti maafushi, hullumale, & etc. Jika budget lebih nak duduk resort harga rm500++ ke lebih rm15000semalam pun boleh.

Image via www.cntraveller.com
5) Public ferry dr male ke maafushi reganya usd2/pax sehala. Tapi time dia terhad. Kena plan time properly. Jika x boleh naik speed boat rate 20 usd/ pax sehala. Balik ke airport dr pulau pun usd 20/ pax. Balik jika nak naik feri pagi2 dh kena check out.

6) Terima kasih pada yang baik hati dah betulkan fakta sebelum ini. Perjalanan dari male ke Maafushi bergantung pada keadaan laut & jenis transport yang anda ambil.

Kebiasaannya Lebih kurang 1 jam 30 minit bagi yang menaiki public ferry & 30 minit-45 minit jika menaiki speed boat. kalau malam lama sikit.

7) Aktiviti yg best kat sana:
  • dolphin cruise. berpuluh wild dolphin di lautan lepas.. sgt teruja.
  • snorkeling & mandi laut di lautan yg cantik
  • melawat sand bank since banyak kat sini.
  • night fishing bagi yg suka memancing atau nak rasa pengalaman.
  • diving bagi siapa yg ada lesen.
  • melawat resort mewah selama sehari… x dpt tido melawat je pun jadila….
  • aktiviti sukan laut lain spt scuba driving, parasailing, naik jet ski, banana boat & etc…
  • ada budget lebih & travel by group bolehla naik seaplane tgk view maldives dr angkasa…
8) Tempat & view yg cantik harusla ada kamera yg ok. Kalau x abadikan dlm kenangan je.

9) X payah bawak banyak sgt brg sbb mode of transport adalah boat… bawa keperluan sekadar mencukupi. Some island x de jeti. Tapi x basahla boleh pakai kasut. Tapi jika ke resort mewah x pela sbb semua selesa. Tinggal keluar duit je.

10) Makanan halal tiada masalah sbb kebanyakan penduduk muslim. Cuma di resort mewah pastikan menu makanan kerana ada yg menyediakan pork. Breakfast selalunya dh masuk dlm harga bilik hotel. Lunch if buat aktiviti ada yg dh include. Dinner ada hotel yg menawarkan buffet lbh kurang usd 10/ pax.
Jika nak jimat boleh bawa maggi, brahims atau rice cooker jika ramai2 dan nak masak sendiri.

Additional info: Utk wifi, kebanyakan hotel / resort ada wifi free blh minta & guna. Jika terlampau addicted to internet & utk communication boleh beli simcard local... coverage dia tgh laut pun leh dapat internet if beli data plan.