Search

10 Tempat Menarik Yang Anda Patut Singgah Bila Datang Ke Kuantan


Sebenarnya banyak  tempat menarik di Kuantan ini yang anda boleh jelajahi. Disamping merupakan pusat pentadbiran negeri Pahang ia juga menjadi bandar utama di Pantai Timur untuk aktiviti perindustrian dan pertanian. Mari kita lihat tempat-tempat menarik di Kuantan yang anda boleh kunjungi jika bercuti di Kuantan Pahang.

1.Pantai Cherating

Image via denai.my

Terkenal dengan pantai yang bersih dan cantik, Sesuai untuk  percutian sekeluarga dengan pelbagai aktiviti yang disajikan. Anda juga boleh berkunjung ke Pusat Penerangan dan Santuari Penyu untuk melihat kehidupan penyu secara dekat.

2.Melihat Kelip-Kelip di Sungai Cherating

Image via www.bharian.com.my

Anda boleh pergi bersama sekeluarga atau secara berkumpulan. Harga yang dikenakan adalah RM53 per bot dan satu bot khas untuk 4 orang sahaja. Aktiviti ini bermula dari 7.45 petang sehingga 10.30 malam.

3.Pantai Balok

Image via sarahhomestaypantai.blogspot.com.my

Pantai ini terletak disebelah utara bandar Kuantan, Ia memang sesuai untuk dijadikan lokasi perkhemahan, kem motivasi dan berkelah. Tempat ini memang lengkap denga kemudahan seperti tandas, surau dan bilik bersalin dan gerai makanan. Untuk mereka yang inginkan keselesaan bolehlah dapatkan penginapan di hotel dan chalet yang berhampiran seprti De Rhu Beach Resort,

4.Pantai Batu Hitam

Image via Flickr.com
Ia mendapat nama dari batu-batu yang berwarna hitam yang terdapat dipantai ini. Antara aktiviti yang boleh dilakukan disini adalah seperti beramain layang-layang dan melihat penorama dari menara yang disediakan. Anda boleh melawat pantai ini di Jalan Beserah di Kg Bukit Gelugor, Kuantan.

5.Petrosains PlaySmart Kuantan

Image via aniszcenna.blogspot.com

Memang sesuai untuk percutian keluarga yang sukakan sains. Masuk adalah percuma dan dibuka pada hujung minggu dari jam 9 pagi sehingga 5 petang. Anda boleh kunjunginya di Kompleks Yayasan Pahang berdekatan Tanjung Lumpur.

6.Taman Tasik Bandar Indera Mahkota Kuantan

Imge via savanna.imagekind.com

Jika anda sukakan kehijauan yang tenang, anda patut datang ke sini untuk beriadah. Antara aktiviti yang menarik disini seperti berkayak, berjogging dan taman permainana kanak-kanak.

7.Teluk Chempedak

Image via wanira-kuantanhomestay.blogspot.com
Teluk Chempedak juga merupakan satu tarikan orang ramai untuk berkunjung samada siang atau malam. Tarikan yang utama adalah pantai yang cantik dan bersih disamping terdapat banyak pusat jualan krafttangan, restoran makanan laut dan jualan barang unik.

8.Mini Zoo Teruntum

Image via mykembara.blogspot.com
Terletak berhampiran dengan Teluk Chempedak dan merupakan salahs atu tarikan di kawasan Kuantan. Masuk adalah percuma dan anda berpeluang melihat taman buaya, rusa, burung unta, beruang dan pelbagai binatang lagi.

9.Gambang Water Park.


Image via www.gambangwaterpark.com
Terletak tidak lebih kurang 30 min dari Kuatan dan mejadi destinasi mandi manda mereka yang berada di Pantai Timur. Sangat sesuai untuk aktiviti mandai manda bersama keluarga dengan pelbagai aktiviti sukan air disini.

10.Air Terjun Pandan Sungai Pancing

Image via seascoutpg.blogspot.com
Terletak di Felda Pancing Selatan dan anda perlu memandu lebih kurang 25 km dari bandar Kuantan. Kalau anda ingin mandi manda disini dinasihatkan supaya datang awal untuk mengelakkan kesesakan tempat parking, yang akan sentiasa sesak di hari minggu.

Kalau anda rajin sebenarnya banyak lagi tempat menarik di Kuantan ni, tapi kena rajin lah menjelajah dan cari tampat-tempat makan yang best di Kuantan ni, Lain kali kami kongsikan lagi tempat-tempat makan dan menarik di Kuantan ni.