Search

11 Aktiviti Mesti Cuba Bila Mandi Manda Di Legoland Water Park


Sekiranya anda pergi bercuti ke Legoland, salah satu tempat yang mesti anda kunjungi ialah Water Park.. Rasa rugi kalau dah sampai ke Legoland, tapi tak masuk ke Water Park.


Legoland Malaysia : Water Park

Walaupun Water Park dekat Legoland, mungkin tidak sehebat di Sunway Lagoon.. Tetapi ia sudah cukup memadai bagi saya dan anak-anak yang Takut kepada ketinggian (gayat) secara semula jadi. Kalau dah Extream sangat, mungkin kena fikir 2-3 juga nak mencuba.. Tapi, So far semua permainan air dekat Legoland ni, saya masih berani nak main.. ;)



Pengunjung yang tinggal dekat Hotel Legoland, lagi best.. Water Park terletak betul-betul di sebelah hotel yang mereka tinggal.. Turun jer Hotel, boleh terus main air... Tapi sebelum tu, kena pastikan anda mempunyai past Masuk ke water park terlebih dahulu... hehehe..


Pemandangan Water Park dan Legoland Hotel..


Bagi pengunjung yang membeli tiket Combo (Theme Park & Water Park), biasanya petugas yang menjual tiket akan mengesyorkan supaya masuk ke Water Park terlebih dahulu sebelum masuk ke Theme Park.. Sebab Water Park akan ditutup sebaik sahaja hujan turun atau ada petir..

Berdasarkan pengalaman saya pula... Masuk dekat mana-mana pun sama jer... Semua permainan Out Door yang terletak di Theme Park juga akan ditutup sekiranya hujan turun.. Jadi, kalau hujan turun, dua-dua tempat pun tak dapat main.. Baik Theme Park, mahupun water Park... Cuma kalau nak main juga, bolehlah main Indoor Game yang terdapat di Theme Park...

Ok.. Balik semula kepada aktiviti menarik yang terdapat di Water Park, Legoland Malaysia..

Apa yang menarik terdapat di Water Park Legoland Malaysia.

1. Joker Soaker 

Tumpuan utama Joker Soaker, adalah baldi gergasi yang terletak di atas bumbung bersebelahan dengan patung Joker, serta beberapa papan gelongsor air dengan pelbagai ketinggian..


Baldi gergasi yang terletak di atas bumbung bersebelahan dengan patung Joker menjadi tumpuan utama pengunjung di Joker Soaker.


Terdapat beberapa papan gelongsor air dengan pelbagai ketinggian terdapat di Joker Soaker.

Ramai orang suka menunggu baldi gergasi tersebut dipenuhi air...

Kemudian...










Apabila Air dicurahkan ke bawah.. Mereka dapat merasai kenikmatan keseronokan "mandi air Baldi Gergasi" tersebut ;)

2. Build-A-Raft River 

Tempat yang paling menyeronokkan untuk anak-anak saya..



Di sini, para pengunjung dapat "berenang" di bawa arus mengelilingi Joaker Soaker dan Imagination Station. Anda boleh menggunakan pelampung dan Life Jacket yang disediakan untuk mengumpul bongkah-bongkah lego yang hanyut di bawa arus, disamping menikmati pelbagai pemandangan menarik yang terdapat di sekitar kawasan tersebut.


Adam dan haikal (berada di atas pelampung) sedang berpaut di tebing supaya tidak hanyut di bawa arus.






Antara pemandangan yang terdapat di Build-A-Raft River

3. Imagination Station 

Bahagian ni saya tak masuk.. Sebab kesuntukan masa.. Lagipun anak-anak saya lebih berminat bermain di Build-A-Raft River, berbanding Imagination Station..



4. Brick Blaster 

Kali Pertama pergi ke Legoland pada tahun lepas, tak ada orang nak temankan saya bermain di brick Blaster. Nak main dekat Brick Blaster ni tak boleh sorang-sorang.. kena ada Partner, sekurang-kurangnya 3 orang...


Kali ni syukur Alhamdulillah... Adik-adik ipar saya sudi menemani saya... Dapat hilangkan kempunan nak main Brick Blaster.. ;)



5. Lego Slide Racers

Dalam banyak-banyak permainan gelongsor air yang terdapat di Water Park, Legoland Malaysia.. Saya rasa Lego Slide Racers ni yang paling mendebarkan sekali.. Bagi pendapat saya lah.. pendapat orang lain tentu berbeza dengan pendapat saya..



Saya rasa agak berdebar pada mulanya nak mengelongsor macam Superman (Baring di atas "Mat" dengan Kepala berada di hadapan)... Tapi bila dah berada di dalam terowong, rasa sedikit lega.. Mujur pula saya memilih terowong berwarna biru. Keadaan jadi gelap-gelita bila berada di dalam terowong tersebut... Cuma, bila dah keluar dari terowong, rasa berdebar semula... Tapi masa tu, perasaan berdebar sudah dapat diatasi oleh perasaan seronok...hehehe

Selain Brick Blaster dan Lego Slide Racers, terdapat beberapa permainan gelongsor air lagi yang dapat memberi keseronokan kepada para pengunjung... Iaitu:

6. Splash 'N' Swirl






7. Twin Chasers 


8. Wave Rider
Image via www.legoland.com.my
9. Tidal Tube
Image via www.legoland.com.my

10. Red Rush




Maaf, sebab tak dapat nak snap gambar secara detail tentang permainan-permainan gelongsor air yang lain.. Sebab saya tak bawa kamera atau Smart Phone semasa sedang bermain di kawasan-kawasan tersebut..

11. LEGO® Wave Pool

Smart Phone saya dan adik-adik ipar saya berada di bawah jagaan isteri saya, yang sedang menemani anak-anak kami "berkelah" di LEGO® Wave Pool..






Reaksi anak-anak kami ketika Berkelah di LEGO® Wave Pool..


Haikal, anak sulung saya..


Haikal, Naila dan Adam.. Comey jer duduk bertiga macam ni.. ;)



Oklah... Setakat ini sahaja, coretan saya untuk kali ini..

Jangan lupa nantikan 2 siri yang seterusnya, tentang Percutian kami ke Legoland Malaysia... ;)