Search

11 Tempat Menarik Untuk Di Lawati Di Jeju Island Korea


Plan untuk melancong ke Jeju Island Korea?
Tahukah anda yang Pulau Jeju masih terpelihara dari pembangunan dan kemodenan Korea Selatan?
Pelancong yang bercuti ke Jeju biasanya mereka yang sukakan nature terutamanya gunung dan pantai.

Pulau Jeju menerima pelancong yang paling ramai pada musim bunga iaitu pada bulan March, April dan Mei. Low season di Jeju adalah pada musim sejuk. Kami kongsikan tempat menarik yang terdapat di Jeju Island untuk anda lawati.

1.Seongsan Ilculbong



Songsan Ilchulbong merupakan bekas gunung berapi yang telah wujud di Jeju sejak 100,000 tahun dahulu. Istimewanya kawasan ini, kita dapat melihat kawah gunung yang sangat cantik di tepi laut. Gunung ini terkenal kerana bentuknya yang unik dan pelancong datang ke sini untuk melihat matahari terbit (sunrise) kerana kedudukannya paling timur di bahagian pulau Jeju.

Perjalanan dari Jeju Airport ke Songsan Ilchulbong mengambil masa 1 jam 20 minit. Ia terletak dibahagian timur Jeju (East coast). Tapak gunung berapi ini diiktiraf sebagai UNESCO World Heritage dan tempat tarikan utama pelancong yang bercuti di Pulau Jeju.

2. Cheonjiyeon Waterfall




Cheonjiyeon Waterfall antara air terjun paling popular di Pulau Jeju. Walaupun kawasan air terjun ini terletak di dalam bandar Seogwipo, anda akan merasai ketenangan bila berada di kawasan Cheonjiyeon Waterfall ini kerana ia dikelilingi dengan pelbagai jenis pokok dan tumbuhan exotic yang cantik.
Pengunjung tidak dibenarkan mandi di waterfall ini untuk menjaga kebersihan air sungai. Selain Cheonjiyeon Waterfall, ada 2 lagi waterfall popular di Jeju iaitu Cheonjeyeon waterfall dan Jeongbang waterfall.

3. Mount Halla



Mount Halla atau Hallasan adalah gunung paling tinggi di Korea. Pada musim sejuk, puncak gunung ini akan diliputi dengan salji yang tebal walaupun pulau Jeju tidak terlalu sejuk pada musim sejuk.
Sangat sesuai bagi yang sukakan aktiviti hiking. Jika anda mendaki gunung ini sehingga ke puncak gunung, anda akan dapat melihat kawah gunung berapi yang besar.

4. Jusangjeolli Cliff




Tebing laut yang sangat unik dan cantik di selatan Pulau Jeju. Tebing laut ini bukan tebing laut biasa. Batu-batuan di sini berbentuk Heksagon.Ia terhasil daripada larva gunung berapi yang bertemu dengan air laut lalu membentuk tebing laut yang unik. Pemandangan tepi laut di sini sangat cantik dan antara tempat yang wajib lawat.

5. Sanbangsan Mountain




Gunung yang cantik yang terletak di bahagian paling selatan Pulau Jeju. Beza Sanbangsan dengan gunung lain, terdapat gua besar di gunung Sanbangsan yang dijadikan tempat ibadah masyarakat Jeju yang beragama buddha.

Menariknya, di kawasan gunung ini terdapat ladang bunga canola yang besar. Kalau anda datang ke sini pada musim bunga, harus bergambar di ladang canola.

6. Seopjikoji




Seopjkoji merupakan teluk yang terletak di sebelah timur Pulau Jeju, berhampiran dengan Seongsan Ilchulbong dan Pulau Udo. Seopjikoji terbentuk daripada debu gunung berapi berwarna merah yang dipanggil ‘songyi’. Kawasan Seopjikoji ini sering menjadi lokasi pengambaran drama Korea kerana keindahan kawasan ini yang sangat menakjubkan.



7.Jeongbang Waterfall




Jeongbang Waterfall ini satu-satunya air terjun di asia yang terus menghala ke laut.

Ketinggian air terjun ini adalah 20m. Air terjun ini terletak di Seogwipo City.

8. Green Tea Farm



Terdapat beberapa ladang Green Tea yang popular antaranya adalah O’sulloc Tea Farm. Jika melawat ke Green Tea farm ini, anda bukan sekadar melawat ladang teh, tapi boleh juga melawat muzium teh dan tea lab yang menceritakan pelbagai jenis teh yang terdapat di seluruh dunia. Anda juga berpeluang mencuba fresh green tea sambil menikmati pemandangan indah ladang disini.

9. Maze Land



Mazeland merupakan antara taman rekreasi yang popular di Korea. Jika anda teringin untuk mencuba permainan MAZE, boleh ke mazeland yang terdapat di Jeju. Mazeland ini juga sangat popular dan sering keluar dalam variety show Korea.

10. Seongeup Folk Village




Jika anda ingin melihat Pulau Jeju pada tahun 50an, boleh melawat ke Seongeup Folk Village. Perkampungan Jeju tidak sama dengan di Seoul kerana orang Jeju membina pagar rumah menggunakan batu larva yang mudah ditemui di sekitar Pulau Jeju.

11. Jeju Tangerine Farm



Buah tangerine adalah buah paling popular di Jeju. Ladang tangerine sangat banyak di Jeju. Hampir semua rumah di Jeju yang mempunyai laman akan tanam pokok tangerine. Disebabkan ladang tangerine banyak di Jeju, buah ini boleh dibeli dengan harga yang sangat murah berbanding di tempat lain.

Kepada anda yang teringin melawati Jeju Island boleh dapatkan maklumat lanjut di Lurima Travel.