Search

12 Tempat Makan Paling Best Di Kuching Sarawak. Mesti Cuba Tau!


Bab makan nilah yang paling penting bila pergi mana-mana tempat pun kan? Apa tah lagi kalau tempat tu first time kita pergi kan. Cara paling senang dengan guna waze atau Apps yang ada kat smartphone tu. Atau google aje 'Tempat Makan Best di Kuching, Sarawak". Ok ni ada beberapa restoran atau stall yang fames juga kat area Kuching ni yang boleh diterjah.

1. Salleh Corner

Image via homestayhaziiq.blogspot.com
Image via flickr.com
Terletak di  kawasan Perumahan Astana Kampung Tunku, Jalan Istana Kuchong. Apa yang special di kedai Salleh Corner ni? Kedai ni menu special dieorang adalah tomyam udang galah dan kerabu sotong dan terbaru ni disebabkan sekarang di Sarawak musim terubuk, so menu special extra adalah telur terubuk yang gila kaw. Salleh corner ni juga menyediakan menu-menu seafood dan yang pastinya muslim seafood. So extra pilihan untuk warga kuching kalau nak dinner seafood. Jom ke salleh corner.

2. Kedondong Cafe

Image via luarteko.blogspot.my
Terletak  bersebelahan Klinik Abd Rahman yang  menghidangkan mee dan yang istimewanya adalah Mee Apek dan Nasi Goreng Beracun. Yang bestnyer Mee Udang ni disajikan dengan udang galah sepit biru, memang rekomen sangat tu.

3.Mom's Laksa Kuching

Image via themakanpost.blogspot.com
Ok. Kepada korang yang pencintan laksa sarawak atau nak mencuba laksa sarawak. Korang boleh lah pergi ke restaurant Mom's Laksa. The best laksa in town. Aku ni peminat tegar laksa sarawak. Jadi aku recommend ngan korang cuba makan laksa sarawak dekat Mom's Laksa. Harganya berbaloi dan ikut which menu korang order. biasa, luarbiasa mahupun speical. Special selalunya buh letak udang je kot.

4. Bukhari Cafe

Image via luarteko.blogspot.my
Terletak di Satok dan berdekatan dengan Secret Recipe Satok. Di Kuching, penduduk tempatan mungkin sedia maklum kat mana nak makan Nasi Briyani Special di sini. Salah satu kedai makan legend di Kuching yang menyediakan antara the BEST Nasi Briyani adalah Bukhari Cafe yang terletak di Satok. Nasi Briyani kat sini mempunyai rasa tersendiri dan yang penting sedap.

5.Sharing Planet Sharing Downtown

Image via www.getteaspoon.com
Ada dua nama sebab ade dua lokasi berbeza restaurant ni. Restaurant ni ala2 western. Harga berpatutan. Orang ramai pergi sini sebab portion makanan dia memang pergh besar gila. Korang boleh share lah dengan kawan-kawan. Tapi, yang selera besar tu, better order satu pinggan je. Sebab. Haha. Mengenyangkan. Aku suggest korang pergi Sharing Downtown sebab restaurant ni tak jauh dari Annuar Steambot dan jugak terletak di bandar Kuching.

6.Teh Tarik Kafeteria

Image via puteratunggalamin94.blogspot.com
Haa. Ni macam syurga makanan. Ada dua teh tarik cafe dekat Kuching ni. Satunya tak jauh dari Kubah Ria Satok . Satu Lagi dekat demak which is agak jauh dari bandar. Aku suggest korang pergi je dekat Teh Tarik tepi jambatan gantung. Guna waze guna waze untuk tahu jalan.

7.Anuar Streambot 

Image via asyraafkadir.blogspot.com
Kepada kakak abang yang minat steambot tu. Boleh lah datang ke annuar steambot. Steambot Annuar ni memang dalam bandar kuching. Jadi tak jauh lah dari hotel korang yang stay kat hotel kat bandar kuching tu. harganya juga affordable. Dan yang penting halal lah.

8.My Village Barok

Image via urban-palate.blogspot.com
Ini restaurant ala-2 rumah kampung. Makanan best kat sini adalah ayam penyet. Memang sedap. Kepada yang suka pedas. Aku recommend ngan korang request sambal lebih. Sebab sambal dia memang sedap cuma pedas je lah. Lepas tu restaurant ni ada menyediakan menu sea food. Harga affordable. Restaurant ni terletak di Boyan. Seberang waterfront. Kalau nak dekat, korang guna perahu tambang dekat waterfront tu. Kalau naik kereta agak jauh sedikit lah.

9.Nasi Briyani Kompleks Baitulmal

Image via luarteko.blogspot.my
Menyajikan antara Nasi Briyani paling best setakat ini. Kalau teringin nak makan daging masak hitam ni selalunya waktu kenduri kahwin saja dapat makan. Tapi sejak ada kedai briyani ni , kalau teringin memang ke sini la jawabnya. Boleh cuba  Nasi Briyani Daging Masak, Nasi Briyani Ayam Kurma dan banyak lagi.

10.RJ Ayam Penyet Satok

Image via www.mahamahu.com
Apa yang special kat sini, of coz la die punya nasi ayam penyet dan ayam bakar. Memang pergh. Bagi yang tak makan ayam boleh juga order bawal penyet. Rasa nasi ayam penyet kat kedai ni mempunyai rasa dia tersendiri. Tak percaya, hang coba la sendiri. hehe.

11.Prataroll Kopi O Corner Kuching

Image via tripadvisor.com
Kedai makan kopi o corner ni terletak betul-betul bersebelahan Raja Ayam Penyet, Satok. Laluan dia adalah sebelum flighover Satok. Boleh tahan juga menu-menu kat sini. Kebetulan saya dan en husband jalan-jalan.carik makan last week, so gi singgah di kedai ni. Saya order Prataroll Beef dan suami pulak order Nasi Ayam Penyet Bakar. Air pulak kitaorg order Teh C 3 Layer. memang tetap mantap persembahan makanan kat sini dan rasa nya pun super mantap.

12.Mee Sup Ikan di Kafe Muzium Sarawak

Image via luarteko.blogspot.my
Kalau anda memang suka sesangat dengan Mee Sup Ikan, tempat ini memang kena pergi, tengok aje pun dah nak melelh air liur apatah lagi bila makan nanti. Selain itu anda boleh juga dapatkan menu-menu lain seperti Mee Goreng, Nasi Lemak dan Mee Brunei.

Sebenarnya banyak lagi tempat makan best kat kuching ni. Tapi yang kat atas ni tempat panas selalu dikunjung orang. Kepada penggamar sea food. korang boleh pergi ke Top Spot Restaurant. Harap korang dapat menjumpai restoran-restoran ni ya. Jom Travelje..