Search

13 Tempat Menarik dan Mesti Pergi Jika Melancong Ke Melbourne!


Banyak tempat menarik di Melbourne City yang boleh kita pergi.

Rasa bertuah sebab jadi cikgu - sebab ada students yang berada di serata dunia -termasuklah di Melbourne ini yang akan bawa saya dan keluarga berjalan-jalan. Bersyukur segalanya dipermudahkanNya.

Saya dah plan dari Malaysia lagi nak pergi tempat-tempat mana kat sini. Selain tanya Mr.Google saya pun tanya juga kawan-kawan yang pernah ke sana. So tak membazir masa nak explore tempat-tempat yang tak wajib lawat.

Ini adalah tempat-tempat yang saya sempat lawati apabila berada di Melbourne selama 7 hari:


1) Victoria Market

Mula-mula kami ke Queen Victoria Market yang merupakan tempat wajib datang sini. Sangat tersohor di kalangan semua. Terletak di Victoria St and Elizabeth St. Dibina pada tahun 1878. Masih kekal utuh dengan Victorian architecture. Sebenarnya saya tak explore habis pun Victoria Market ni. Hanya tengok gitu-gitu saja.

Rakan-rakan saya yang pernah ke sini cakap buah-buahan seperti grapes, epal, raspberry memang murah sangat. Tapi saya memang tak beli sebab tak sempat. Selain itu, di sini ada jual hasil lukisan, barang-barang kesenian, pinggan mangkuk, jacket, macam-macam lagi...hehe









Tidak dibuka setiap hari, so mesti plan nak pergi hari apa ya:

Hari yang buka:
Tuesday & Thursday 6am - 2pm
Friday 6am - 5pm (General Merchandise til 3pm)
Saturday 6am -3pm
Sunday 9am - 4pm
Tutup: Wednesday

Tips : Yang paling diingat oleh saya adalah makan chicken wing and chicken ribs yang dibeli di dalam pasar ni. Murah sangat 7 AUD sahaja untuk 1 bekas polistiren yang besar penuh dengan ayam (as seen in my picture). Gravy pun sedap sangat! Anda wajib cuba! 2 kali saya makan di sini dan tapau hehe


2) Flinders Street Railway Station

Ini tempat wajib ambil gambar di tengah-tengah City. Sebab merupakan juga salah satu mercu tanda Melbourne city. Flinders Street Station adalah stesen keretapi yang tua, dibina pada tahun 1905. Terletak di the corner of Flinders and Swanston Streets.








3) Federation Square

Depan Flinder Street Station ialah Federation Square. Tempat selalu diadakan pelbagai acara dan festival. Kebetulan pada masa saya di situ ada exhibition dari Thailand. Kadangkala ada juga acara seperti festival pelancongan dari Malaysia di sini dengan dibantu oleh para pelajar kita.

Tips : Anda bolehlah check di website Tourism Australia untuk tahu apa event yang berlangsung pada masa anda ke sana..so boleh lah lagi terisi aktiviti pelancongan anda dengan aktiviti yang dianjurkan di sana.







4) Yarra River

Berjalan-jalan menyulusuri taman-taman di sebelah Yarra River sangat mendamaikan. Boleh rehat-rehat di sini. Mat saleh relax saja duduk-duduk tengah panas...tak sanggup rasanya nak berpanas macam tu. Hehe. Sungai ini mengalir melalui pusat kota Melbourne dan mempunyai panjang lebih kurang 240 km. Jika anda berjalan dari Federation Square dalam 2 minit di seberang jalan adalah Yarra River..so jika anda terus berjalan di sepanjang tepi sungai itu anda akan sampai ke Factory Outlet.

Sebenarnya ada beberapa Factory Outlet di Melbourne...kalau tak salah saya ada more than 5 outlets contohnya Brand Smart di Whitehorse Road, Nunawading, yang ke-2 di Bridge Road, Richmond, yang ke-3 di Smith Street, Collingwood, yang ke-4 di Uni Hill Factory Outlets di Janefield Drive, Bundoora.....dan beberapa lagi.

Ada juga rakan-rakan/saudara mara saya akan akan shopping Corelle lah, atau apa-apa yang branded item di sini namun saya tak minat sangat. Tapi memang murah la price tu compared dengan di Malaysia. Jika anda berniat nak shopping jugak, bolehlah visit website Factory Outlet Melbourne, dan carilah mana-mana yang berdekatan dengan area tempat penginapan anda di sana.








5) National Art of Gallery.

Memang ada yang tak berapa suka masuk muzium. Tapi saya memang sangat suka. Actually muzium di negara-negara mat saleh ni tak sama macam muzium tempat kita yang bosan dan boleh membuatkan terlelap sambil berjalan. Di sini memang muzium nya 'lively', ada interactive activity. Anak saya berpeluang buat handmade necklace. Suka! So muzium mungkin patut menjadi salah satu tempat yang anda patut pergi.hehe (kalau minat!)












6) Shrine of Remembrance

Tak jauh dari National Art Gallery, anda boleh terus ke Shrine of Remembrance yang terletak di St.Kilda Road. Ada tram yang akan stop di sini juga. Ia dibina untuk memperingati tentera-tentera mereka yang telah berkhidmat semasa Perang Dunia Pertama dan Kedua. Nama Malaya pun ada terukir di situ tau.






7) Royal Botanic Gardens

Garden ni sebelah dengan Shrine of Remembrance, dekat saja. Saya hanya berjalan kaki.
Saya memang nak sangat ke sini. Sebab tempat saya di Taiping terdapat Taman Tasik Taiping, So basically tasik sangat dekat di hati saya, hehe. Sangat sesuai kalau pergi dengan anak-anak, boleh duduk-duduk rehat-rehat mungkin berkelah pun sesuai. Sambil menghadap tasik yang itik-itiknya sangat comel pastinya tidak terdapat di Malaysia suasana seperti ini.








Tips : Jika anda datang semasa musim autumn saya gerenti anda sangat teruja dengan keindahannya...so please come here kalau datang masa autumn!

8) Melbourne University

Sebelum ke sini memang rakan saya di Malaysia dah cerita tentang bangunan di dalam Melbourne University yang ala-ala macam dalam filem Harry Potter. Lagipun ada student saya yang study di situ so memang patut sangatlah saya ke sana. Wahh memang menarik sekali suasananya....memang macam kat dalam movie- sebab ini bangunan lama. Bangunan lama memang beginilah rupabentuknya. So wajib datang berposing di sini ya!

Tips: ada satu bangunan (basement parking area) tu dijadikan lokasi pengambaran fantasy movie: I, Frankenstein. Cool!! Sila tanya tourist guide anda ye.hehe..













9) National State Library

Ia terletak di Swanston St juga di tengah-tengah bandar Melbourne. Dibina pada tahun 1856. Yang sangat menarik sebab reading room (macam photo bawah) adalag berbentuk oktagon. Salah satu tempat WAJIB pergi apabila datang Melbourne. Photographer mesti suka tempat ni sangat klasik.
Saya memang suka library so memang saya dah plan dari awal nak datang sini...memang cool! Kalau nak bergambar buat-buatla konon tengah baca buku dan study ye. Haha!

For details boleh visit www.slv.vic.gov.au/






Tips: Sebelah National State Library ni silalah ke San Churro untuk makan churros yang memang sedap!



10) Brighton Beach

Pernah tengok iklan Samsung yang ada rumah kecil warna-warni tepi pantai? Ketahuilah anda ianya terletak di Brighton Beach Melbourne! Hehe.... apalagi anda pun bolehla buat iklan sendiri hehe...
Sebenarnya rumah kecil yang colorful tu adalah rumah/tempat persalinan je pun untuk orang yang mandi-manda di pantai ni... tapi di cat macam tu then jadilah attractive untuk pelancong dan local people. Ia terletak 11 km dari bandar Melbourne.







11) Dandenong Ranges

Nak melihat keindahan alam flora dan fauna Australia? Boleh ke Dandenong Ranges yang mempunyai landskap dan taman-taman yang indah untuk diteroka.

Visit website https://visitdandenongranges.com.au/ untuk details.

Saya pergi mana di sini?

1- Puffing Billy Railway

Puffing Billy adalah kereta api wap kegemaran Australia dan merupakan salah satu kereta api wap yang diijaga yang terbaik di dunia. Ini adalah kereta api stim abad lama yang masih berfungsi di landasan gunung sepanjang 25 kilometer. Bermula dari Belgrave dan berakhir di Gembrook, keretapi wap ini melalui hutan yang indah sepanjang Dandenong Ranges.

Yang best kita boleh duduk di atas tempat pemegang dengan kaki terjuntai ke bawah (macam photo saya di bawah). Memang cool!

Pengalaman yang saya tak boleh lupa sebab kami bertiga anak beranak dapat naik tren ini free of charge! Sebab kami bersembang dengan penjaga tiket tu dalam tren dan akhirnya dia cakap kami tak payah bayar. heheh.....Alhamdulillah rezeki. Kalau tak dalam 70 USD juga kena bayar tiket.








2) Sky High Mt Dandenong – Lookout

Terletak di puncak Mount Dandenong. Boleh tengok spectacular view of Melbourne daripada atas sini dengan cuaca yang memang dingin. Terdapat taman-taman dan bunga-bunga yang menarik di sini.

Dan di atas gunung ini, terdapat beberapa trek berjalan kaki dan laluan mendaki.
Ini adalah map yang disediakan untuk plan aktiviti kita.





3- Grants Picnic Ground

Terletak di Hutan Sherbrooke, Grants Picnic Ground telah menjadi salah satu tarikan di Dandenong Ranges kerana terkenal dengan memberi makan burung. Juga beberapa trek berjalan kaki pun ada di sini untuk explore flora dan fauna.

Pengalaman menarik pertama kali bagi makan burung kakak tua liar!






12) Great Ocean Road

Wahhh...inilah yang sangat WAJIB pergi apabila ke Melbourne. Alhamdulillah saya dah pernah sampai ke sini. So anda yang plan ke sini pun patut ke Great Ocean Road ataupun orang sini sebut GOR.

Bacalah entry saya tentang TRIP dan TIPS ke Great Ocean Road dengan klik di SINI.

Anda akan habis 1 hari ke Great Ocean Road ataupun boleh juga 2 hari jika anda bermalam di sana.

Next tempat menarik yang patut anda pergi adalah :

13) Phillips Island

Tak kanlah datang jauh-jauh naik flight 8 jam datang Australia tak tengok kangaroo kan? Sangat tak patut..tak patut. heheh..
Ada beberapa tempat di Melbourne yang boleh anda visit untuk tengok kangaroo, contohnya di zoo. Alahaiiii...belakang rumah student saya kadang-kadang kangaroo berkeliaran...dan ada juga yang mencuri sampah. Lebih kurang macam monkey la di Malaysia hehe.....tapi kat sini kangaroo...

Tour ke sini pun akan memakan masa 1 hari.

Apa yang ada di Phillips Island?

i- Phillips Island Wildlife Park

So nak tengok kangaroo saya cadangkan anda ke Phillip Island Wildlife Park. Ada koala, kasawari, eagles dan binatang lain juga tapi tak banyak binatang macam zoo. Masuk je sini bukan anda yang tengok kangaroo tapi kangaroo yang tengok anda hehe. Sebab? Bilangan kangaroo memang banyak mungkin dalam 100 ekor...dan kangaroo bebas di sini. Sangat seronok sebab anda akan diberikan makanan kangaroo di kaunter entrance, dan kangaroo ni memang bijak tau tau je kita ada makanan so memang mereka akan serbu kita. Jangan takut sebab semuanya baik-baik hehe...boleh berselfie lagi!

Apa yang sangat saya suka di sini sebab suasana dalam ni memang berbeza dengan dunia luar. Ada tasik dan pokok-pokok kayu color coklat yang tiada di tempat lain-inilah habitat kangaroo. Color pokok-pokok tu sama dengan color kangaroo so kadangkala anda kena cari di mana kangaroo tu.

















Tips:
1) Belilah makanan kangaroo di kaunter entrance...bolehlah nanti lebih dekat dengan kangaroo. Kalau tak jenuh jugak kangaroo nak datang dekat kita.
2) Sebenarnya ada wildlife park lain di Phillip Island iaitu Maru Koala and Wildlife Park tapi this one yang saya pergi ni is the best sebab lebih banyak kangaroo dan size tempat ni memang besar. Kalau pergi dengan ejen mereka akan decide nak pergi yang mana, & kalau tak cukup masa dan biasanya mereka akan bawa ke Maru Wildlife Park which yang lebih kecil berbanding yang ini. So please arrange betul-betul dengan orang yang guide anda untuk pastikan kita dapat kepuasan maksimum.

ii - Panny : Phillip Island Chocolate Factory

Bawa anak-anak memang seronok kalau visit chocolate factory ni, Menurut student saya pemiliknya adalah orang Malaysia. Ada mesin coklat yang interactive, saya suka tengok! (sebab anak saya tidur masa kami sampai sini). Boleh main ada game dan buat coklat sendiri.Wahhh!. Paling penting mestilah nak beli coklat kan? hehe.... Melawat sini tak lama dalam 1 jam dah boleh move to next destination.








iii- Churchill Island Heritage Farm

Farm ini nerupakan first European garden di Victoria. Kisah Churchill Island ni bermula pada tahun 1801 dimana Leftenen James Grant bersama-sama anak-anak kapalnya telah membina sebuah kubu pertahanan. Mereka telah menanam biji benih benih gandum, jagung , kentang , kacang , buah kopi, epal, pic dan nectarines yang diberikan kepadanya bagi tujuan mewujudkan sebuah taman.

Pemandangannya saujana mata memandang..memang farm macam dalam movie omputih! hehe...ada lembu yang super besar (apa tah nama spesis lembu ni), goose, kuda yang pun super size (sebab digunakan untuk kerja-kerja di farm), sheep, ada garden yang cantik dengan bunga-bunga, ada cottage tuan rumah yang buat farm ni dengan barang-barangnya still ada (maybe ada yang replaced jugak...antik sangat macam dalam movie cite omputih yang zaman dulu-dulu)

Yang paling penting dan best boleh tengok aktviti sheep shearing (mengetam/memotong bulu kambing biri-biri).










Daily farming activities:

1.00-1.45pm wagon rides (school and public holidays only, weather permitting )
2.10pm cow milking
2.30pm sheep shearing
2.45pm whip cracking
3.05pm Working dogs
3.20pm Sheep shearing

iv - The Nobbies

Tidak jauh dari Wildlife Park anda patut terus ke The Nobbies. Tak nak tulis banyak. Hayatilah apa yang ada di sini.














Subhanallah very amazing!
Ada juga rumah-rumah kecil milik si kecik penguin! So cute!!!!

Tips :
1) datanglah ke sini dalam petang-petang sikit boleh tengok suasana nak sunset. Tapi kalau sampai sini lewat perang tak boleh duduk lama sangat di sini sebab masa sunset ada sesuatu yang patut anda tengok -Penguin!!!
yup penguin balik rumah di Penguin Parade yang lebih kurang 10 minit dari The Nobbies.
2) bawa sweater ye datang sini sebab anginnya super kuat dan sejuk. Nak jalan pun terhuyung-hayang.

Okay continue next desination terus ke :

v - Penguin Parade - Phillips Island Nature Parks

Kalau bawa anak-anak mesti mereka excited sangat tengok banyak kumpulan penguin liar paling kecil di dunia muncul dari air di tepi pantai jalan terkedek-kedek beratur elok je dan balik ke sarang/rumah kecil nya di sini. Pengalaman yang menakjubkan!

Kita akan duduk di tepi pantai observe kepulangan penguin-penguin ni setelah seharian pergi ke laut mencari makanan. Comel sangat...sebab kita boleh follow penguin ni balik rumah dia...dengan syarat jangan buat bising! Nanti dia terkejut.

For more info boleh visit website http://www.penguins.org.au/attractions/penguin-parade/
Di sini juga ada ruang pameran boleh tambah ilmu tentang dunia penguin.






Tips :
1) Tak boleh tangkap gambar semasa tengok penguin ni balik sarang nya. Orang cakap kalau mata dia kena flash light camera boleh jadi buta! Entahlah tak sure pulak. Kalau pekerja di situ nampak anda tangkap gambar, kamera anda boleh diambil. Errkk!!
2) Mesti sampai sini sebelum sunset.

Tips saya secara am:

1) Sebenarnya banyak lagi tempat-tempat menarik yang anda apabila anda datang sini. Tanya kawan-kawan, google, baca blog tempat-tempat yang anda nak pergi. Tengok musim apa untuk plan aktiviti. Sampai di airport ambil pamplet sebab itu yang latest updates tentang Australia terutama aktiviti dan festivals yang sedang berlangsung apabila anda tiba di sana. Then, buat list! Here you go!

2) Untuk kepuasan maksimum saya cadangkan anda guna khidmat private tour ejen. Kebetulan student saya memang buat private tour so i am strongly suggest dia sebab senang nak kecek bahasa melayu (kalau ada language barrier) dan harga pun sangat berpatutan. Kita pun rasa relax tak perlu terkejar-kejar kalau ambil pakej di tourism tu. Anda boleh contact my student; Fauzan +61 406 050 339 (aussie number, whatsapp free saje). Saya ada buat entry tentang ni Klik di sini.

3) Perkara paling utama adalah berdoa pada Allah semoga perjalanan dan percutian kita adalah yang terbaik. Kita tak nak apa-apa perkara yang tak diingini berlaku. Berdoalah sebelum pergi lagi. Saya percaya Allah akan memberikan pengalaman terindah untuk kita. Dan bersyukurlah kerana Allah memberikan kita ruang, masa dan peluang untuk sampai ke sini.

Semoga kita menjadi hamba Allah yang lebih baik dengan mensyukuri segala nikmatnya kerana Allah Maha Berkuasa Maha Bijaksana menciptakan keindahan yang tak terungkap dengan kata-kata seperti yang dilihat di bumi Melbourne.





Nak cari tempat makan dan masjid untuk solat?

Anda boleh gunakan dua apps ni untuk buat carian makanan dan tempat solat dan memang senang sangat.  Anda boleh tahu tempat daging halal, lokasi masjid, surau, sekolah islam dan restoran halal. Boleh pergi download kat link dibawah.

1.Halal Trip  untuk Android

2.Halal Maps  untuk Iphone