Search

15 Pusat Membeli Belah Bebas Cukai Paling Top Di Malaysia!


Membeli belah di zon bebas cukai sememangnya berbaloi kerana ia menawarkan harga yang murah daripada biasa. Ramai yang apabila bercuti ke sesuatu tempat, akan mencari lokasi membeli belah bebas cukai kerana tidak mahu melepaskan peluang mendapatkan barangan dengan harga yang murah.

Kawasan bebas cukai hampir terdapat di setiap negeri. Mari kita lihat beberapa lokasi membeli belah bebas cukai yang terdapat di Malaysia

KELANTAN

1. Pengkalan Kubor



Terletak di jajahan Tumpat. Ianya bersempadan dengan Thak Bhai, Narathiwat, Thailand. Ianya dipisahkan oleh Sungai Golok. Pengkalan Kubor bukan sahaja mendapat kunjungan dari rakyat Malaysia, malah dari sempadan negara Thailand. Pelawat dari negara Thailand akan melalui pemeriksaan imigresen terlebih dahulu sebelum dibenarkan masuk ke sempadan Malaysia.

Pengkalan Kubor lebih kecil berbanding dengan zon bebas cukai Rantau Panjang. Pelbagai jenis barangan boleh didapati dan semuanya dengan harga yang murah. Semuanya boleh didapati pada harga serendah RM20.

2. Rantau Panjang



Jarak antara Rantau Panjang dan Pengkalan Kubor kira-kira 35 km. Berbanding dengan Pengkalan Kubor, Rantau Panjang mempunyai lebih banyak pilihan kerana kawasannya lebih luas. Ia juga bersempadan dengan Thailand.

Tempat ini sentiasa sesak dengan pengunjung terutama hari Sabtu dan Ahad juga pada hari cuti yang panjang. Sebaiknya datanglah pada awal pagi sekitar pukul 8 untuk mengelakkan kesesakan. Tips membeli di sini ialah tawar menawar. Bawa bersama rakan yang boleh berbahasa Kelantan supaya tawar menawar sukses. Biasanya pekedai akan mengenakan harga yang lebih mahal kepada pengunjung luar.

KEDAH - Bukit Kayu Hitam





Jika anda mencari jenama minyak wangi terkenal seperti Dunhill, Hugo Boss, Ralph Lauren, Calvein Klein dan sebagainya, zon bebas cukai Bukit Kayu Hitam adalah tempat yang perlu anda kunjungi. Selain itu, terdapat juga pakaian, pelbagai jenis makanan, coklat, jam tangan, aksesori, kosmetik, pinggan mangkuk dan sebagainya.

Bukit Kayu Hitam juga bersempadan dengan Thailand. Pengunjung yang datang bukan hanya dari Malaysia , malah dari sempadan Thailand. Jaraknya dari Alor Setar adalah 35 minit perjalanan.

Waktu operasi bermula pada jam 10 pagi sehingga 9 malam.




PERLIS - Padang Besar



Padang Besar juga bersempadan dengan Thailand, iaitu sempadan Songkla dan Hatyai. Disebabkan itu , ianya popular dikalangan rakyat dari negara Thailand dan juga pengunjung dari seluruh Malaysia. Kebanyakan barangan di sini diimport dari negara Thailand.

Kini, terdapat perkhidmatan Keretapi Tanah Melayu iaitu ETS dari KL Sental ke Padang Besar yang memakan masa 6 jam perjalanan. Waktu operasi bermula pada pukul 8.30 pagi hingga 10.30 malam.

JOHOR - Kompleks Bebas Cukai Johor Bharu, Stulang Laut




Kompleks bebas cukai Johor Bharu bukan sahaja mendapat kunjungan dari seluruh Malaysia, malah dari Singapura dan Indonesia. Ianya berdekatan dengan terminal feri Stulang Laut.

Ia mendapat banyak kunjungan dari penduduk Batam, Indonesia kerana ada perkhidmatan feri yang disediakan dari Stulang Laut ke Batam dan sebaliknya.

LANGKAWI




1. Haji Ismail Group



Hj Ismail Group adalah satu nama yang popular di Langkawi. Antara barangan yang popular di pasaraya Haji Ismail Group ialah pinggan mangkuk, barangan dapur, perabut, coklat tempatan dan luar negara, beg, cenderamata dan lain-lain.

Kebanyakan cawangan Hj Ismail Group berada di Pekan Kuah. Jika anda berkunjung ke Pekan Kuah, jangan lupa bertandang ke sini untuk mendapatkan barangan pada harga yang murah.

2. Pusat Beli - Belah Langkawi Fair



Ianya terletak di Pekan Kuah. Terdapat lebih daripada 100 kedai dalam kompleks beli-belah ini. Tetapi anda perlu ketahui bahawa tidak semua kedai menawarkan barangan jualan bebas cukai. Hampir semua produk yang popular dijual di sini seperti coklat dan pakaian. Restoran juga disediakan untuk anda menikmati makanan. Waktu operasinya bermula 10 pagi hingga 10 malam.

Sebenarnya banyak tempat beli belah bebas cukai di Langkawi memandangkan ia memang tumpuan para pelancong dari seluruh dunia. Lain-lain tempat yang boleh dikunjungi ialah Pusat Beli Belah Saga, Kompleks Beli Belah Jetty Point, Pusat Beli Belah Zeno, Langkawi Parade Megamal, Idaman Suri, Cuban Attitude , Cable Car dan banyak lagi.

3. Zon Shopping Paradise - Pantai Chenang



Ianya terletak bersebelah dengan Underwater World Langkawi. Anda boleh dapatkan pelbagai barangan termasuklah barang kemas, perhiasan, cenderamata, barangan dapur, barangan kulit, cermin mata dan beg pakaian. Dibuka pada jam 9 pagi hingga 10 malam.

4. Coco Valley - Underwater World Langkawi




Tempat untuk anda membeli pelbagai jenis coklat yang digemari dari jenama seluruh dunia.

PERAK - Pengkalan Hulu
Image via kipllirahman.blogspot.com

Bersempadan dengan Thailand iaitu pintu masuk ke Betong, Thailand. Ia menjadi tumpuan pada pelancong dari Malaysia dan Thailand.

LAPANGAN TERBANG

Klia dan Klia2







Image via www.trbusiness.com
Klia - Zon membeli belah bebas cukai terdapat di Balai Ketibaan dan Terminal Satelit. Anda akan dapat menikmati lebih diskaun jika memiliki Kad Komuniti ZON.

Klia2 - Zon membeli belah bebas cukai terdapat di Pintu Masuk Tingkat 3, Terminal Satelit dan Tingkat 2. Antara barangan menarik boleh didapati ialah kosmetik, minyak wangi, coklat dan konfeksioneri.

PULAU PINANG - Lapangan Terbang Antarabangsa Penang



Merupakan salah satu ZON Duty Free. Jika anda memiliki Kad Komuniti ZON, anda akan menikmati lebih banyak ganjaran menarik. Coklat, kosmetik dan minyak wangi sudah semestinya antara yang paling popular untuk dibeli.

Lain-lain lapangan terbang di bawah Zon Bebas Cukai ialah Skypark Lapangan Terbang Subang, Lapangan Terbang Melaka (Balai Ketibaan & Perlepasan) dan LapanganTerbang Tioman (Balai Ketibaan & Perlepasan).

MELAKA - Kompleks ICQS, Muara Sungai Melaka



Merupakan pelabuhan yang termasuk dalam kawasan membeli-belah ZON Bebas Cukai. Lokasinya terletak di Bandar Hilir, Melaka

Lepas ni bila pergi di tempat-tempat bebas cukai ini, jangan lupa bawa duit lebih, Kita Shopping!