Search

17 Aktiviti Menarik, Free Dan Murah di Melbourne


Kalau dah backpacker namanya, kita memang akan sentiasa cari tempat yang murah, tapi berbaloi untuk dilawati. Dan untungnya, di negara mahal seperti Australia, ada banyak tempat-tempat menarik yang percuma. Jangan tak percaya.



Jadi, untuk empat post yang akan datang (termasuk yang ini), saya senaraikan beberapa tempat yang boleh kita lawati dengan percuma di bandar-bandar besar di Australia iaitu bermula dengan Melbourne, Brisbane, Perth dan Sydney.

Antara tempat-tempat murah/percuma di Melbourne seperti di bawah.

1.Queen Victoria Market

Pasar besar ini adalah antara tempat kegemaran saya di Melbourne. Ia penuh dengan pelbagai makanan yang segar dan suasananya yang meriah dengan aktiviti jual beli. Bukan sahaja barangan basah, disini juga adalah tempat yang baik untuk mendapatkan cenderahati yang murah.



Ini adalah aktiviti berjalan kaki di dalam bandar sambil seorang warga tempatan menjad guide, secara ‘percuma’ selama dua ke tiga jam. Kita dapat memahami Melbourne dari kaca mata penduduk tempatan dengan hanya memberi sedikit tips kepasa mereka. Bagi saya secara peribadi, ia lebih berbaloi dari pergi dengan bas hop on hop off atau dengan pakej dari agensi pelancongan.

3.National Gallery of Victoria

Galeri ini adalah yang paling tua di Australia dan menempatkan hasil seni berkualiti dari lukisan, sejawah, rekaan fesyen, rekaan bangunan, tarian dan bunyi. Ada pameran yang percuma, dan ada juga yang berbayar, yang biasanya pameran khas dan dipamerkan dalam jangkamasa tertentu sahaja.



4.The Ian Potter Centre: NGV Australia

Terletak di Federation Square, ia adalah pusat untuk mempamerkan seni tempatan Australia. Disini juga ada Australian Centre For Moving Image (ACMI), yang mempamerkan pameran tentang wayang gambar, permainan video, TV dan budaya digital masa kini. Jika anda tak suka seni pun, mungkin sejam dua disini tak akan membosankan anda.

Image via www.tripadvisor.com.au
5.State Library of Victoria

Perpustakaan ini bukan calang-calang perpustakaan. Ia dibina pada tahun 1854 dan merupakan perpustakaan awam pertama di dunia dan antara yang pertama di dunia. Disini juga ada wifi percuma dan juga pameran yang biasanya percuma juga. Selain perpustakaan ini, City Library yang terletak di Flinders Lane juga adalah percuma. Namun ia lebih kecil sedikit dan lebih moden berbanding State Library ini.



6.Royal Botanic Gardens

Taman botani ini terletak 2 kilometer dari bandar Melbourne. Ia adalah antara hentian yang dilalui oleh bas Melbourne Free Shuttle dan juga bas hop on hop off juga. Selain mengenali flora dan fauna Australia, jika cuaca baik, disini juga adalah tempat yang baik untuk berkelah.

Image via www.youraustraliaguide.com
7.Festival di Melbourne

Melbourne adalah banday paling hype di Australia dan kerana itu banyak festival yang diadakan disini, dari festival kesenian, budaya, teknologi dan sebagainya. Jadi, mungkin anda boleh merancang untuk datang pada waktu ini untuk bersama-sama mengikuti aktiviti ketika festival ini yang biasanya ada yang percuma. Paling tidak ada konsert percuma dari pemuzik tempatan. Dan kalau anda disini pada bulan Julai atau Ogos, setiap hari Jumaat jam 7 petang akan ada pertunjukan bunga api selama 20 minit di Docklands.



8.Fee City Circle Tram

Kalau pergi ke Melbourne, mesti cuba naik tram. Ia adalah pengangkutan awam seperti keretapi pendek yang bergerak di atas landasan di tengah-tengah jalan di dalam bandar. Kalau tak mahu bayar, boleh naik tram percuma ini sahaja. Ia bernombor 35, biasanya berwarna merah dan laluannya merangkumi tempat-tempat di tengah-tengah bandar sahaja.

Image via www.visitmelbourne.com
9.Melbourne Visitor Shuttle

Bas ini tidak percuma tetapi berbaloi jika anda merancang untuk jelajah bandar Melbourne dengan kos yang rendah. Ia jauh lebih murah dari pengangkutan awam yang biasanya sekitar AUD2 setiap perjalanan sehala. Ia juga percuma untuk kanak-kanak bawah 9 tahun.

Image via www.tripadvisor.com.au
10.Federation Square

Ia adalah kawasan lengang yang biasanya digunakan untuk acara dan aktiviti warga tempatan. Kalau tak ada acara pun, ia adalah tempat untuk people watching. Dari sini juga anda dapat melihat bangunan stesen keterapi Flinders St yang bersejarah dan merupakan salah satu ikon Melbourne.



11.Bangunan The Old Treasury

Satu lagi bangunan percuma dan menarik untuk dilawati adalah bangunan The Old Treasury, antara bangunan dengan senibina yang halus bercirikan zaman kebangkitan Renaissance. Tidak lagi digunakan sebagai bangunan pejabat, ia kini menjadi muzium yang menempatkan sejarah dan perubahan cara hidup Melbourne dari dulu hingga kini. 
  
Image via www.thecollectormm.com.au

12.St Kilda

St Kilda adalah kawasan tepi pantai yang tak jauh dari Melbourne dan dihubungkan dengan tram (laluan East Brunswick-St Kilda beach No: 96). Ia adalah bandar kecil yang penuh dengan kesenian. Disini juga ada Luna Park (berbayar), tempat permainan kanak-kanak. Disini anda boleh berjalan sambil melihat bangunan lama dan juga aktiviti setempat dan ke kedai kopi yang banyak dengan dessert yang menarik.


13.Mornington Peninsular

Jika anda sudah puas menjelajah bandar, anda boleh juga ke kawasan luar bandar seperti Mornington Peninsular (80km dari Melbourne) yang popular dengan gambar rumah-rumah berwarna warni di tepi pantai. Bukan itu sahaja, tempat ini juga menyediakan banyak trail untuk anda yang suka trekking. Ada banyak laluan yang anda boleh pilih dan tempat ini juga boleh diakses dengan pengangkutan awam seperti bas dan keretapi. 
  
Image via www.melbournecb.com.au
14.Bangunan Parlimen Victoria

Bangunan ini dibuka pada hari ahli parlimen tidak bersidang. Free tour juga disediakan untuk pelawat mengikut waktu yang ditetapkan dan ianya percuma juga. 

Image via jomlebercuti.blogspot.com

15.Laluan beli belah Block Arcade

Kalau berjalan-jalan di bandar Melbourne memang tidak sah kalau tak kesini. Bukan hanya untuk mereka yang suka membeli belah, laluan ini adalah untuk mereka yang suka dengan senibina lama yang gah. Selain itu disini juga ada banyak kedai-kedai yang menarik, walaupun untuk hanya dilihat. Tempat ini adalah salah satu kawasan sejarah yang penting kepada Melbourne kerana ia menjadi seperti simbol untuk aktiviti jual beli sejak dulu hingga kini.

Image via www.flickr.com
16.Degraves Street

Bagi saya, antara perkara yang paling popular bagi bandar Melbourne adalah lorong-lorong kecil yang penuh dengan kedai kopi kecil dan juga graffiti yang berwarna warni dengan mesej tersendiri. Dan jalan yang paling popular untuk anda melihat semua ini adalah di Degrave Street dan Centre Place. 

Image via Pinterest
17.Seni graffiti dan kesenian awam

Kalau anda suka menjelajah dengan berjalan kaki macam saya, pasti setiap hari akan ada perkara baru yang anda akan jumpa di Melbourne. Bangunan bangunan disini juga biasanya mempunyai kesenian yang menarik. Hasil kesenian mereka seakan-akan tidak habis untuk di temui.