Search

20 Tempat Makan Sedap Dan Best Di Johor Bahru


Kepada mereka yang baru pertama kali menjejakkan kaki di Johor Bahru sudah tentu terkial-kial mencari tempat makan sedap dan best di Johor Bahru ini. Kebiasaanya mereka akan google sahaja atau kalau ada rakan dan taulan yang tinggal disini lagilah menyenangkan untuk mencari port-port makan tersebut. Disini kami catatkan 20 tempat makan sedap dan best di Johor Bahru supaya selepas ini anda boleh terus terjah aje ke restoran tersebut tanpa perlu fikir panjang.

1. Restoran Azmi Wawa



Lokasi: 17, Jalan Masjid, Kg Melayu Majidee
GPS: 1.51233,103.75406

ABC Kg Melayu Majidee lengkap dengan segala bahan Aiskrim,Coklat dan juga kacang yang rangup dan beharga cuma RM3 sahaja. Di sini juga ada sup tulang merah yang di makan bersama roti, otak-otak, Rojak Asma, Nasi Beriyani dan juga Murtabak Singapura.

2. Restoran ZZ Sup Tulang



Lokasi: Lot 667, JKR Daerah Jalan Petrie, Off Jalan Mariamah, Johor Bahru
Tel: 012-722 7209
Hours:7 Pagi - 2 Pagi
GPS: 1.468223,103.746625

Di Restoran Sup Tulang ZZ menu istimewa adalah Sup Tulang, Mee Rebus Ayam, daging dan juga tulang. Kuahnya yang pekat pasti membuatkan anda kembali lagi ke sini. Selain itu,terdapat juga western food dan kerang sambal untuk santapan anda di sana

3. Anjung Warisan

Image via jauhar.my
Lokasi: JKR296, Jalan Petri, 80100, Kampung Tarum
GPS:1.472436,103.745864

Tarikan utama di Anjung Warisan adalah persembahan Angklung dan juga makan secara bersila di tempat makan yang di sediakan.

4. Asma Rojak Larkin

Image via passage2johorbahru.blogspot.com
Lokasi: Plaza Larkin
GPS: 1.497098,103.743393

Asma Rojak Larkin terletak di Food Court Mara bersebelahan terminal Bas Larkin.
Di sini juga ada makanan seperti Rojak Petis, Rojak Buah, Tauhu Bakar dan juga Otak-Otak goreng.

5. Bakar Bakar Steamboat & Grill House



Lokasi: No.1 , 1-01 Jalan Padi Emas 1/5 Uda Business Centre
Tel: 01110772609
Hours: 11Am-12Am
GPS:1.494319,103.709435

Bakar Bakar Steak House merupakan Restoran 2 tingkat bagi memberikan keselesaan kepada para tetamu menikmati hidangan secara buffet.

Ramai pengunjung berpuas hati dengan menu yang menarik,beraneka jenis serta layanan staf yang mesra pelanggan.Sesuai untuk kumpulan yang mengadakan reunion untuk berkumpul di sini.

Apa yang menariknya,tiada bayaran untuk kanak-kanak di bawah 7 tahun dan caj untuk dewasa adalah berpatutan iaitu RM33 hingga RM44 seorang.

6. Banafee Village



Lokasi: No 9022, Jalan Dato Abdullah Tahir
Tel: 07-333 3377
GPS:1.479309,103.759043

Menu yang patut anda cuba di Banafee Village adalah nasi padang dan juga ayam penyet.
Di sebelahnya malamnya terdapat live band untuk para tetamu bersantai sambil menjamah makanan.

7. Kapten Steamboat & Grill



Lokasi: 8-01 & 10-01 Jalan tun abdul razak, Susur 6, Taman Suria Muafakat
Tel: 0177111792
Hours: 12PM-12Am

Kapten Steamboat & Grill memberi pilihan kepada pengunjung untuk menikmati makanan secara ala carte atau buffet.

8. Malay Village Restaurant



Lokasi: No. 9A Jalan Kolam Air
Tel.: 017-7337303
Hour: 8AM-12:15Am
GPS:1.467973,103.736193


Masakan istimewa di Malay Village adalah Butter Prawns,MV Bamboo Rice Special, Lemon Chicken dan juga Assam Siakap Serta Siakap Terbang.

Di sini juga menerima tempahan untuk acara seperti majlis hari lahir,gathering dan juga kenduri kahwin.

9. Medan Selera Jalan Sg Chat


Image via www.eyriqazz.com

Lokasi: Jalan Sg Chat
GPS: 1.45968,103.738411

Medan Selera Sg Chat adalah bersebelahan dengan dataran bandaraya dan sebelum medan selera tepian tebrau. Di sini menu yang terkenal adalah ikan bakar dan juga murtabak Singapura.

10. Medan Selera Luton Van di Dataran Bandaraya

Image via fadzilahmamat.com
Lokasi: Jalan Lingkaran Dalam
GPS: 1.459751,103.74316

Medan Selera ini terletak bersebelahan dengan Dataran Bandaraya.Tempat makan adalah jenis terbuka dan di kelilingi dengan Luton Van yang menyediakan pelbagai steamboat mengikut citarasa pelanggan.

Harganya di bezakan mengikut warna yang terdapat di hujung lidi yang beharga antara RM0.50 hingga RM1.50.Pelanggan juga boleh memesan sup atau kuah kacang untuk menikmati steamboat tersebut.

11. Medan Selera Tepian Tebrau

Image via www.wanista.com
Alamat: Jalan Sg Chat
GPS: 1.461435,103.73751

Menu yang boleh anda pesan adalah seperti ikan bakar, tauhu bakar, asam pedas dan juga murtabak Singapura.

Medan selera ini sebaris dengan Medan Selera Sg Chat.

12. Mee Rebus Hj Wahid


Image via ppunlimited.blogspot.com
Alamat: Plaza Angsana
GPS: 1.495507,103.706169

Mee Rebus Hj Wahid terletak di medan selera tingkat bawah Plaza Angsana.Kuahnya yang pekat menambahkan lagi kesedapan mee rebus.Selain itu,kaedah penyediaan juga adalah cepat dan pelanggan tidak perlu menunggu lama untuk menikmatinya.

13. Pots & Pans Cafe



Alamat: No 15, Jalan Bukit Meldrum

Restoran ini menyediaakan makanan seperti Burger Bakar, Sizziling Chicken, Carbonara Seafood dan bermacam jenis lagi pada harga yang berpatutan.

14. Restoran Dayang

Image via jauhar.my
Alamat: Taman Tasek Merdeka
GPS: 1.481191,103.737002

Restoran Dayang amat meriah di waktu malam terutama ada pertandingan bolasepak membabitkan JDT.Skrin layar di sediakan bagi memberikan kepuasan kepada para pengunjug untuk menonton perlawanan tersebut.

Antara menu yang ada adalah seperti Nasi Goreng Merdeka,Sotong Telur Masin dan Beriyani Warisan Johor.

15. Restoran Seri Bayu Perdana

Image via www.kisahemasputih.com
Alamat: No. 15 & 17, Jln Susur Dewata 1, Larkin Perdana Johor Bahru
GPS: 1.50112,103.74719

Restoran ini menjadi tumpuan orang ramai terutama di waktu tengahari kerana lauk pauk yang di sediakan sungguh banyak.

16. Restoran Singgah Selalu

Image via mamatisya.blogspot.com
Alamat: 36-F, Jalan Skudai Danga Bay
GPS: 1.483379,103.720554

Antara menu yang boleh anda cuba adalah Teppayanki Seafood Fried Rice,Satay dan juga sup ekor.

17. Roslin Beriani House



Alamat: 14 Jalan Rebana Kebun Teh Johor Bahru
Tel.: 60127939547
GPS: 1.49563,103.760338

Roslin Beriani House merupakan restoran yang terkenal dengan Nasi Beriyani di Bandar Johor Bahru.Di buka dari pukul 7:30 pagi hingga 7:30 malam dan di tutup pada Hari Ahad.

18. Senibong Sea Food



Alamat: No. 1 Jln Persisiran Pantai Kg. Senibong
Tel.: 012-755 7327
Houra: 4PM-2Am
GPS: 1.485257,103.817582

Pilihan untuk menikmati seafood sambil melihat matahari terbenam.Di sini terdapat banyak restoran dan antara yang popular adalah selera senibong seafood.

19. Tapah Corner



Alamat: 62, Jalan Stulang Bahru, Taman Suria
Hours: 7 Pagi - 2 Pagi
GPS:1.503873,103.751636

Tapah Corner pilihan orang johor Bahru untuk bersarapan yang menyediakan hidangan seperti bihun, nasi lemak, roti canai, Laksa Johor, Lontong Kering dan juga aneka jenis kuih muih.

Kedai makan ini juga turut menyediakan masakan panas bermula pada pukul 2PM hinggalah ke pukul 2 pagi.

20. Lazat Steakhouse Western restaurant



Alamat: Jln Padi Emas 1/5
GPS: 1.493807,103.709502

Lazat Steakhouse Western restaurant menyediakan makanan seperti Pizza, Spaghetti (Marinara, Bolognese, Carbonara, Alfredo) Fish & Chips serta Lamb Chop