Search

4 Restoran Halal Di Universal Studio Singapura Yang Anda Patut Tahu Bila Bercuti Ke Sana


Universal Studio Singapore memang tempat yang menarik untuk dilawati apabila menjejaki kaki ke Singapore. Anda kawan-kawan kata lebih menarik jika dibandingkan dengan Disney World Hong Kong. Aku tak boleh nak komen sebab tak pernah jejak kaki di Disney World Hong Kong walaupun sudah berkali-kali berjalan di Hong Kong.



Kerunsingan ramai pelancong muslim untuk pergi ke Universal Studio Singapore adalah isu makanan halal. Baru-baru ini kami sekeluarga telah pergi bercuti di Univeral Studio Singapore menginap di Hotel Festival berhampiran dengan USS. Alhamdulillah isu restoran halal di Universal Studio Singapore memang tidak ada kerana ada beberapa tempat makan halal di luar dan di dalam USS.

1.Malaysian Food Street


Terletak berhampiran kaunter tiket masuk ke Universal Studio Singapore dengan hidangan Nasi Lemak, Roti Canai dan Nasi Beryani. Harga boleh tahan jugalah tapi yang penting boleh mengisi perut sebelum berjalan lama di dalam USS.











2.Oasis Spice Cafe

Terletak di dalam Universal Studio Singapore berhampiran dengan Roller Coaster mengidangkan makanan Arab dan Pakistan.





3.Restoran Bali Thai

Terletak di lantai bawah (LG) sebelum masuk ke pintu utama USS di hadapan McDonald. Menu punyalah banyak gabungan makanan Indonesia dan Thailand.





4.Kentucky Fred Chicken

Ini confirm halal sebab tokey KFC Singapore adalah KFC Malaysia syarikat yang pernah aku bekerja dahulu.