Search

4 Restoran Halal Mesti Singgah Jika Datang Ke Taiwan!


Jangan khuatir, sekarang memang banyak restoran halal yang dibuka di Taiwan. Sebelum korang berkunjung ke Taiwan, jom lihat dulu beberapa restoran halal di Taiwan berikut ini:

1. TAIPEI HALAL BISMILLAH RESTAURANT T1


Image via crescentrating.com

Tak perlu jalan jauh ke tengah kota, korang boleh jumpa restoran halal di terminal 1, Bandara Taoyuan, Taipei. Restoran ini telah memiliki sijil halal dari China Muslim Association. Seluruh makanan yang disajikan juga merupakan makanan halal. Restoran ini menyajikan Chinese Fast Food. Jika anda ingin mencari restoran ini, hanya pergi ke bahagian food court di bahagian basement (B1).

2. AI JIA QINGZHEN BEEF NOODLE


Image via Littlepurpleskittles.blogspot.com

Jika anda ingin merasakan beef noodle yang autentik Taiwan, maka inilah tempatnya. Sama seperti Taipei Halal Bismillah Restaurant T1, restoran ini pun mendapat persijilan halal. Restoran ini dibuka dari hari Isnin hingga Sabtu, pada pukul 7.30 hingga 20.20. Jika korang memang ingin merasa beef noodlenya yang terkenal ini, maka sebaiknya datanglah lebih awal karena mungkin stoknya habis bila lewat malam. Selain beef noodle, anda oleh cubal jing bing atau sejenis tortilla.


Taiwan Beef Noodle

Alamat: No. 41, Lane 223, Sec. 4, Zhongxiao E. Rd.
Telefon: +886-2-2331-8203
Cara ke sana: Naik MRT dan turun di Xiamen Station, kemudian jalan kaki selama 10 minit.

3. ALI BABA’S INDIAN KITCHEN


Image via tripadvisor.co.uk

Sesuai dengan namanya, sudah dapat diduga bahwa restoran ini akan menyajikan masakan khas India. Ali Baba’s Indian Kitchen ini memiliki menu auntentik India Utara dan masakan Pakistan. Tentunya cita rasa aslinya ini akan memberikan anda rasa tersendiri dalam percutian anda di Taiwan. Restoran ini juga menyediakan kemudahan seperti surau, tempat wudhu, ruangan berhawa dingin, dan free WiFi. rata-rata harga makanan di sini adalah NT280 hingga NT$550.


Menu makanan khas India di Restoran Alibaba

Taoyuan
Alamat: 2F, 86, Minsheng Rd., Taoyuan City, Taoyuan County
Waktu Operasi: 11.00 – 22.00
Telefon:+886 3 336-0882
Cara ke sana: Anda boleh naik MRT ke Taoyuan Train Station dan berjalan kaki dalam 10 minit.

Taipei
Address: 2F., 56-58 Nanking E., Rd., Sec. 2, Taipei
Telefon: +886 2 2567-7163
Waktu Operasi: 12.00 – 14.30; 18.00 – 23.00

4. LAHORE RESTAURANT


Image via ladiespk.net

Kalau ke Kaohsiung, jangan lupa untuk singgah ke restoran yang satu ini. Lahore Restaurant merupakan restoran yang menyajikan masakan khas India dan Pakistan. Makanan yang disajikan memang simpel, namun memberikan rasa yang lazat. Kelazatan rempah kari yang pekat akan mengoyang lidah anda. Selain makanan khas India Utara, nikmati juga beberapa variasi makanan seperti makanan khas Mexico, Turki, dan Western.

Alamat: No.86, LinCyuan St, LingYa District, Kaohsiung City
Waktu Operasi: Selasa – Ahad, 11:00-14:00 dan 16:30-20-30. Hari Isnin Cuti.
Telefon: +886 7 7266803