Search

4 Taman Rekreasi Di Ipoh Untuk Aktiviti Beriadah Bersama Keluarga!


Mereka yang bercuti di Ipoh sudah tentu tertanya-tanya dimanakan taman-taman untuk beriadah atau berrekreasi bersama keluarga sambil mengisi sela masa petang-petang percutian anda. Mari lihat 4 taman rekreasi di Ipoh yang anda boleh pergi untuk aktiviti menarik bersama keluarga tersayang.



1.Taman Rekreasi Gunung Lang

Alamat : Taman Rekreasi Gunung Lang, Off Jalan Kuala Kangsar,30010 Ipoh, Perak

Tel : +605-5063088



Kredit Gambar : tlchua99.blogspot.my

Salah satu taman rekreasi yang cantik boleh dilawati di Perak ialah Taman Rekreasi Gunung Lang. Ianya terletak di Jalan Tunku Abdul Rahman. Taman rekreasi ini mempunyai latar belakang yang menarik iaitu Gunung Lang dan Gunung Bilike



Keseluruhan taman berkeluasan 30.35 hektar manakala tasiknya berkeluasan 14.16 hektar.

Antara daya tarikan yang terdapat di sini ialah :

Tasik dan air terjun buatan manusia





Menaiki Feri Mengelilingi Tasik



Taman & Laluan Pejalan Kaki sepanjang 2 km



Menara Tinjau




Rumah Tradisional Melayu



Persekitaran Taman Yang Cantik





Lain-lain yang terdapat di sini ialah taman permainan kanak-kanak, tapak perkhemahan, mini zoo, surau, tandas





Kredit Gambar : tlchua99.blogspot.my


2.Taman Dr. Seenivasagam

Alamat : Jalan Keliling Dalam, 30300 Ipoh, Perak

Taman Dr . Seenivasagam ini sebenarnya telah wujud sejak tahun 1950 lagi sekaligus menjadikan taman ini sebagai taman tertua di Ipoh. Ia berada pada lokasi yang sama dengan sebuah lagi taman iaitu Taman Jepun.




Taman Dr. Seenivasagam ini sebenarnya agak menarik tetapi ianya seperti diabaikan dan kurang penjagaan. Kebanyakan yang datang ke sini melahirkan rasa kecewa kerana keadaan taman yang tidak menarik dan suram.Keadaan pokok-pokok di sini kering, tidak segar dan daun-daun kering tidak disapu menjadikan kawasan ini kelihatan tidak terurus.





Taman Dr Seenivasagam juga dikenali sebagai Coronation Park. Di sini terdapat tasik buatan yang mempunyai beberapa spesis ikan, taman permainan kanak-kanak, pokok-pokok semaian, arca-arca batuan dan pondok-pondok untuk berehat dan berteduh.




3.Taman Jepun

Alamat : Jalan Raja Dihilir, Ipoh, Perak




Taman Jepun Ipoh ini terletak di kawasan yang sama dengan Taman Dr Seenivasagam. Berkeluasan 1.2 hektar, ia dibina persamaan dengan lanskap yang terdapat di Fukuoka, Jepun. Taman Mini Jepun ini dibina sempena kerjasama yang termeterai antara Ipoh dan Datuk Bandar Fukuok dalam pembangunan taman ini.

Walaubagaimanapun, keadaan Taman Jepun ini seperti terbiar dan tiada penjagaan yang sepatutnya. Keadaan taman juga suram tanpa pengunjung. Tidak banyak hiasan pokok dan bunga-bungaan segar yang sepatutnya dapat dilihat oleh pengunjung.

Walaupun terdapat arca-arca binaan jepun seperti jambatan, batu-batu hiasan dan pohon buluh yang merimbun, tetapi ianya tidak dapat menarik perhatian kerana kurang menarik.

Kebanyakan mereka yang mengunjungi taman ini akan berasa kecewa. Malah, penulis juga pernah mengunjungi taman ini. Seperti komen dari orang ramai, penulis juga memberikan komen yang sama.









Diharapkan pihak bandaraya Ipoh dapat mewujudkan semula suasana kemeriahan Taman Jepun supaya lebih ramai akan datang mengunjungi taman ini.

4.Taman Rekreaksi Sultan Abdul Aziz


Alamat : Jalan Brash, Ipoh, Perak




Dikenali juga sebagai Polo Ground kerana lokasinya yang terletak berdekatan dengan laluan kelab lumba kuda Ipoh. Taman ini menjadi tumpuan orang ramai untuk aktiviti santai, beriadah dan bersukan.


Di sini agak menarik kerana ramai ibu bapa membawa anak-anak bermain, bersantai,berjoging dan senamrobik, serta terdapat gerai-gerai jualan makanan seperti goreng pisang dan laksa.