Search

5 Resort Murah Dan Muslim Friendly di Maldives


Maldives dikenali sebagai destinasi pelancongan yang mahal. Untuk tinggal di beberapa resort yang mewah, kita memang harus menyediakan bajet rata-rata USD800-1200 semalam. Tapi jangan dulu memadam Maldives dari bucket list kembara anda kerana ada 5 resort yang memang murah (kira-kira USD100-200 semalam) dan membolehkan anda untuk melawat Maldives tanpa harus kebocoran poket. Plus, semua resort ini terletak di pulau tempatan, sehingga anda dapat merasakan kehidupan asal penduduk Maldives dengan harga yang lebih berpatutan! Waktunya merancang percutian di pantai bersama teman dan keluarga

Sebagai tambahan, inilah sebab mengapa Maldives harus ada di bucket list destinasi kembara anda!

Nota: Harga yang tertera di bawah ini berdasarkan hasil pencarian Agoda tempoh 22-26 Februari 2016. Semua kemudahan terletak di pulau yang menyediakan makanan halal dan tidak menyediakan minuman beralkohol. Namun, tentu saja kami cadangkan agar pembaca mengesahkan perkara itu dengan pihak restoran.

1. Aveyla Manta Village

Kredit: Aveyla Maldives

Terletak di tengah-tengah satu-satunya taman  alam laut UNESCO di Maldives, hotel tepi pantai ini menawarkan pemandangan indah dari perairan yang jernih. Lebih-lebih lagi hotel ini cukup dekat dengan Hanifaru Bay, salah satu tempat diving dan snorkeling terbaik di dunia. Disini anda boleh berinteraksi secara langsung dengan pari manta (hanya sepanjang bulan Jun hingga November).

Kredit: Aveyla Maldives

Harga: Mulai USD $ 122.39

Tips : Jika kamu bersedia mengeluarkan wang lebih, anda boleh memilih bilik dengan pemandangan laut yang luar biasa.

2. Crystal Sands Beach Hotel



Kredit: Crystal Sands Beach Hotel

Crystal Sands Beach terletak di berhampiran terminal feri, sehingga mudah dicapai jika kamu menggunakan feri dari airport. Hotel ini juga menawarkan pilihan half-board dan full-board, jadi anda tidak perlu bimbang dengan jadual makan selama bercuti.

Harga: Mulai USD $ 135

3. Kaani Beach Hotel

Kaani Beach Hotel terletak di lokasi utama. Oleh kerana itu anda pasti ingin tinggal di salah satu kamarnya yang ditata dengan gaya Maldivian dan mempunyai pemandangan laut yang menakjubkan. Hotel ini menawarkan pelbagai aktiviti seperti snorkeling, diving, berpesiar dengan lumba-lumba, memancing, dan lain-lain.

Kredit: calvinteo

Kredit: Kaani Beach Hotel

Harga: Mulai US $ 105

Tips : Mintalah bilik di tingkat dua yang menghadap ke pantai, kamu boleh menyaksikan indahnya pemandangan matahari terbit dan tenggelam!

Harga: Mulai USD 105

4. Arena Beach Hotel


Arena Beach Hotel MaldivesArena Beach hotel terkenal dengan staff-nya yang penuh perihatin dan makan malam di bawah bintang dengan harga yang masuk akal. Setiap harinya hotel ini mengadakan aktiviti snorkeling, memancing, serta pelancongan resort lain.

Credit: Arena Beach Hotel

Harga: Mulai USD $ 110

Tips : Jika memungkinkan, pilihlah bilik dengan pemandangan laut.

5. The Barefoot Eco Hotel



Ok, mungkin yang satu ini tidak terlalu menjimatkan kerana harganya lebih dari US $ 200, tetapi kami memasukkannya ke senarai ini kerana mempunyai tawaran yang menarik. Terletak di hutan yang tebal di pulau Hanimadhoo, hotel yang baru ini dikelilingi perairan biru dan pantai cantik sepanjang satu kilometer. Dengan buffet lazat yang disediakan oleh chef Itali, pastinya selera kuliner anda akan selalu dipenuhi disini. Dan sesuai dengan namanya, anda adalah dialu-alukan untuk berkaki ayam di kawasan hotel.




Tips : The Barefoot Eco Hotel mempunyai pusat pemuliharaan dan ahli biologi laut jadi kami sangat menyarankan cuba diving atau snorkeling dengan mereka!

Kredit: Barefoot Eco Hotel

Harga: Mulai USD 245.92
BONUS

Anda boleh tinggal di resort mewah dengan harga yang lebih berpatutan jika melakukan booking lebih awal. Puncak bercuti di Maldives biasanya bermula dari Disember hingga Mei, kerana saat itulah musim kemarau di sana. Jika anda merancang untuk melawat Maldives pada bulan-bulan tersebut, mulailah memburunya sekarang.

Berdasarkan pencarian Agoda pada tempoh 22-26 Februari 2016, berikut ini adalah beberapa resort yang mengadakan diskaun besar-besaran:

Rihiveli by Castaway Hotels & Escapes

Kredit: Rihiveli

Harga: USD 288.90 untuk Standard Beach Bungalow (harga normal USD 1000).

Kuredu Island Resort and Spa

Kredit: Kuredu Island Resort and Spa

Harga: USD 416.67 untuk Garden Bungalow, termasuk semua fasilitas/all inclusive (harga normal USD 812.51).

Gangehi Island Resort

Kredit: Gangehi Island Resort

Harga: USD 375 untuk Garden View Villa (harga normal mulai USD802.50).

Vilamendhoo Island Resort & Spa

Credit: Vilamendhoo

Harga: USD 378.57 untuk Beach Villa dengan full-board (harga normal mulai USD600).

Kihaad Maldives Resort



Harga: USD 391.23 untuk Reserve Beach Villa (harga normal mulai USD 1000).

Jika anda merancang bulan madu atau ingin memanjakan diri, ada beberapa resort mewah di Maldives yang bisa dipertimbangkan. Dan tentu saja semuanya Muslim-friendly!