Search

5 Sebab Kenapa Bora-Bora Antara Destinasi Pulau Percutian Paling Popular Di Dunia!


Bora Bora adalah sebuah pulau di gugusan Leeward dari Kepulauan Masyarakat, Polinesia Perancis, sebuah jajahan seberang laut Perancis yang terletak di Pasifik Ocean . Pulau ini terletak sekitar 230 km (140 batu) dari barat laut Papeete. Pulau ini dikelilingi sebuah lagun dan deretan terumbu karang. Di tengah-tengah pulau terdapat bekas sebuah gunung berapi yang memiliki dua puncak, Gunung Pahia dan Gunung Otemanu.

5 sebab kenapa Bora-bora menjadi destinasi paling popular terutamanya buat mereka yang sukakan pantai dan batu karang.

1) Air Yang Jernih Kebiruan

Image via www.ahstatic.com

Image via www.goway.com

Lagun dan laut sekitar Bora Bora akan kelihatan lebih banyak warna dan warna-warna biru daripada apa yang anda tidak pernah bayangkan. Apabila anda sampai kesini, ianya akan jelas kelihatan dari 'over-water' banglo anda atau dengan menaiki bot dari satu tempat ke tempat yang lain, anda akan berasa terpegun dengan perubahan warna yang anda saksikan ini.

Image via tripadvisor.com

Tidak cukup dengan hanya melihat airnya, Bora Bora merupakan salah satu tempat yang terbaik di dunia untuk aktiviti menyelam dan snorkeling. Jerung dan ikan pari adalah antara dua tarikan utama bagi para penyelam berpengalaman dan baru. Anda juga akan dapat melihat terumbu karang yang menakjubkan dengan ikan kecil daripada pelbagai warna serta makhluk laut yang lain. Menarik bukan ?
2) Pemandangan Yang Memukau!

Image via paradiseintheworld.com
Image via nature-landscape-photography.blogspot.com
Image via www.tahiti.com
Pemandangan yang terdapat di Bora-bora ini pasti bernilai tinggi kepada mereka yang menggemari akan keindahan laut tetapi jangan lupa untuk menerokai tempat lain yang tak kurang hebatnya. Pergunungan hijau dan lembah yang berhutan di Pulau ini khusus bagi orang-orang yang menggemari aktiviti mendaki gunung. Mendaki Gunung Pahia adalah salah satu puncak pusat di Pulau ini tetapi bukan tempat bagi pendaki gunung beginner, tetapi pemandangan dari bahagian atas puncak ini amat berbaloi untuk para pendaki menikmatinya. Untuk lebih banyak penerokaan, menyewa basikal dan berpusing mengelilingi pulau ini amatlah digalakkan.


3) Kepulauan 

"Motus" adalah Pulau-pulau kecil yang dihiasi sekitar Bora-bora (dan seluruh Polinesia Perancis). Kebanyakan daripadanya adalah dimiliki secara private, dengan menggunakan bot adalah cara terbaik untuk melihat dikawasan sekitar pulau kecil ini.

Image via nature-landscape-photography.blogspot.com
Image via 1000places.com
4) Kemesraan Penduduk Tempatan


Gaya hidup santai bukan hanya untuk pelawat ke Bora Bora malah penduduk tempatannya juga hidup dengan falsafah "aita pea pea" (Jangan bimbang) dan itu hanya sebahagian daripada apa yang menjadikan mereka tuan rumah yang mesra dan mengalu-alukan kedatangan pelawat ke sini. Budaya tempatan dinyatakan melalui makanan, tarian dan seni. Ia merupakan sebahagian penting bagi trip ke Bora Bora ini, dan penduduk di pulau tersebut adalah lebih daripada gembira untuk berkongsi pengalaman dengan anda.

5) Mewah 

Image via www.blacktomato.com
Image via www.oxentiatourism.ro
Image via booking.com
Image via theluxurytravelexpert.com
Image via www.travelandescape.ca
Image via www.myamazingplace.com
Jika anda pernah teringin ke sesuatu tempat yang best dan kelihatan mewah, ia semestinya Bora Bora. Resort yang menawarkan tahap perkhidmatan yang terbaik daripada segi makanan serta kemudahan-kemudahan yang tiada tandingannya. Banglo-banglo Villa yang mungkin paling didambakan dalam semua penginapan, dan anda akan dapati beberapa Resort yang menawarkan perkhidmatan seperti sarapan pagi yang disampaikan oleh outrigger canoe.

Jadi macam mana anda terasa tak berada di Bora-Bora!. So plan percutian korang sebab confirm anda kena prepare bajet yang tinggi untuk bercuti disini.

Tidak cukup dengan hanya melihat airnya, Bora Bora merupakan salah satu tempat yang terbaik di dunia untuk aktiviti menyelam dan snorkeling. Jerung dan ikan pari adalah antara dua tarikan utama bagi para penyelam berpengalaman dan baru. Anda juga akan dapat melihat terumbu karang yang menakjubkan dengan ikan kecil daripada pelbagai warna serta makhluk laut yang lain. Menarik bukan ?