Search

5 Tempat Makan Romantis Untuk Kejutan Orang Tersayang!



Anda ingin membuat kejutan ‘candle light dinner’ untuk si dia? Mencari restoran, kafe atau tempat yang unik dan bersesuaian? Jangan risau, disini terdapat 5 pilihan tempat makan romantis yang mungkin menjadi pilihan anda untuk makan malam bersama si dia. Pastinya ia akan menjadi kenangan manis yang tidak akan dilupakan.

1. Subak Restaurant



Berkonsepkan alam semulajadi, Subak sesuai bagi anda yang ingin menikmati makan malam bersama di dalam persekitaran semulajadi yang indah besertakan cahaya lilin dan muzik yang menenangkan.

Alamat : Lot 3213, Jalan Penchala Indah, Bukit Lanjan 60000 Kuala Lumpur
No Tel : 03 - 7729 9030 / 03 - 7729 9031
Laman Web : www.subak.com.my

2. Bora Ombak Cafe & Restaurant



Bora Ombak sering menjadi pilihan pasangan kekasih untuk makan malam bersama. Dengan hiasan lampu berkelip, beralunkan muzik lembut dan makanan yang lazat seolah anda dan pasangan berada di Bali mencipta memori bersama.

Alamat : G1 Persiaran Mamanda 1, Ampang Point, 68000 Ampang,
No Tel : 03 - 4251 6303
Laman Web : https://www.facebook.com/BoraOmbak


3. Ciao Ristorante




Menikmati makanan Itali asli di dalam suasana yang menyerupai sebuah rumah desa Venetian yang cukup unik dan diserikan tasik kecil serta taman yang cantik pasti akan membuatkan hati pasangan anda tersentuh.

Alamat : No. 20A, Jalan Kampung Pandan, off Jalan Tun Razak, 55100, Kuala Lumpur
No Tel : 03 - 9285 4827
Laman Web : www.ciao.com.my


4. Cafe Cafe



Dengan suasana yang elegan, mewah dan pencahayaan lembut bergaya romantik pasti akan memberikan pengalaman makan malam eksklusif yang sangat menarik dan sukar dilupakan oleh pasangan anda.

Alamat : 175, Jalan Maharajalela, 50150 Kuala Lumpur
No Tel : 03 - 2141 8141
Laman Web : www.cafecafe.com.my


5. Istana Bambu Restaurant



Istana Bambu mengetengahkan konsep buluh dan bahan pembinaan semulajadi yang direka khas bagi mewujudkan suasana desa seperti berada di tengah-tengah sawah padi. Ia pasti akan memberikan kelainan kepada anda yang baru pertama kali ingin membuat kejutan makan malam untuk si dia.

Alamat : Lot 841-842, Jalan Ulu Kelang, 68000 Ampang, Kuala Lumpur
No Tel : 03 - 4251 4717 / 03 - 4252 4718
Laman Web : www.istanabambu.com.my